tabung kelas teacher bella

Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday #20 : jenuh lah nak refresh

menyampah tahu! tak kuase aku nak refresh patplohpat kali! CELCOM, pelissla, the power is in our hand okay...!

Tuesday, November 29, 2011

dapat kad jemputan kahwin ex-boyfriend.kau hadooo?

Assalamualaikum.
Sekarang musim orang kahwin kan? Sana sini ade kenduri sampaikan aku dah tak lalu nak tengok lauk-pauk dekat kenduri tuh. Tapi dah orang jemput kita pergi jelah kan. Rezeki jangan  di tolak ye tak?

Semalam posmen datang rumah aku and macam biasalah, ade la 2 3 ketul surat yang dialamatkan kepada alamat rumah aku ni. Aku pun dapat satu surat.  Biasanya surat yang aku dapat hanyalah bil broadband (yang aku langsung tak pernah ambil kisah sebab abah yang bayarkan).  But surat yang aku dapat semalam ni lain macam sikit. sampul kaler pink siap ada ribbon-ribbon lagi ko!

Actually surat yang lain macam sikit tu merupakan kad jemputan perkahwinan. And it’s from my ex-bf. Huh whatdesmurf tiba-tiba aku dapat kad jemputan ko. Spoil my day betul. Ingatkan lepas ko dengan family ko pindah ke Sarawak segala data diri aku pun ko dah lupuskan ke Sungai Rajang tuh ha. Tak sangka ko still simpan alamat rumah aku. Nombor telefon memang mustahil lah ko ade sebab aku dah tiga kali tukar nombor telefon lepas clash dengan ko dulu. Nasib baik kad kahwin ko tuh lawa. Siap ada tulisan kaler gold and bau harum lagi. Ade taste jugak rupenye ko ye. Bhahaha.

Ape perasaan aku bila dapat kad kahwin ko ni? I’m feelingless. Seriously tak rase pape pun.  Ko nak kahwin, kahwin jelah. Takde kaitan dengan aku. Ehemmm macam emo bunyinye kan. Takdelahh aku cool aje. Tapi lepas-lepas kita clash dulu kan ko tak pernah contact aku pun. Nape tiba-tiba time ko nak kahwin ko hantar kad dekat aku pulak? Pelik bin ajaib bukan. Mak aku pun pelik masa aku hulur kad jemputan kahwin ko tu. Oh, kehadiran aku nanti menambah seri majlis ko ye?

Anyway,  thanks for the invitation. But maybe I can’t make it. Tarikh 26 Disember tu mungkin aku dah ada dekat Putrajaya balik sebab ada bisnes dengan maksu aku. Kalau aku takde pape pun aku tak rasa aku akan pergi ke majlis kahwin ko. Bukan sebab aku benci ko, Cuma aku rasa kehadiran aku tak diperlukan dalam majlis tu. Maybe ko tak rasa pape but your wife might not feel the same. Aku perempuan so aku taw lah ape yang perempuan ni fikir. Mulut mungkin boleh senyum tapi dalam hati tersiat-siat tengok ex-gf laki sendiri tunjuk muka masa majlis kahwin korang kan. Lainlah kalau bakal wife ko tu jenis yang open-minded. Who knows? Takpelah, aku wakilkan dekat mak aku jelah nanti k. itupun kalau mak nak pergi lah. lagi satu, apesal buat majlis dekat rumah atok ko? Setahu aku korang ade rumah dekat Perak kan? Ke korang buat rumah lain dekat kampung ni? Uishhh mintak simpang lah!

Untuk ko, Kimi dan bakal wife ko, Erna, selamat pengantin baru in advance. Dah nak jadi laki orang dan bakal bapak orang ni, aku harap perangai buaya darat ko tu pun dah kurang lah. Bukan ape, kesian anak bini ko nanti. err terasa ke? SORRY~


Eh, bukan dulu awek ko masa clash ngan aku nama Amy ke? Errr, typo ko~

Okbai!





p/s: kad kahwin ko Anas dah buat kapal hanyutkan dekat sungai. maaf, tak dapat diselamatkan. nak tempek gambar kad kahwin glam ko dekat blog ni pun tak sempat. haiihhh!

Sunday, November 27, 2011

"Along kena kawen sebelum umur 26", abah cakap!

assalamualaikum.

here is my conversation with my beloved abah this morning.

Abah : Long (along), dah ade pakwe ke belum?

Bella Bellitos (BB) : errr, apesal tiba-tiba tanya pasal ni? (dalam hati pelik + cuak).

Abah : saje je. abah ngan  pun mak tak kisah pun sape pilihan along. janji beriman dan boleh tanggung along ngan family nanti. yang boleh jaga makan pakai along ngan anak-anak nanti. yang boleh tolong tengok-tengokkan makan sakit mak ngan abah nanti, yang boleh tolong tengokkan adik-adik nanti.

BB : err, ye la abah.

Abah : pakwe ko orang Kedah ke long?

BB : err, aah. mane abah taw?

Abah : hahahaha. mak yang gitaw. kehkeh

BB : eh, pulak dah.

Abah : kalau boleh, abah nak along kawen sebelum umur 26. paling lewat pun 27 la. along start keje nanti umur 24 kan? sempat la kerja 2 tahun. boleh la kumpul duit sikit-sikit untuk belanja kawen. kalau tak cukup abah topup la sikit-sikit. 26 tu kira sesuai lah nak kawen bagi perempuan. jangan nak kawen lewat-lewat sangatlah. tak elok anak dara kawen lewat-lewat.

BB : ehehhhh. yelahh yelahh. lama lagi tuh. rilek la abah.
=====CONVERSATION END HERE=========


whatdesmurf tiba-tiba abah cakap pasal kawen dengan aku. seriously rhis is the first time abah cakap pasal masa depan dengan aku. sebenarnya abah dah pernah cakap pasal ni dekat mak, and mak pun dah gitaw dekat aku. masa tu aku rilek je siap boleh gelak-gelak lagi. tapi bila abah sendiri yang cakap pasal ni i'm really shocked and terkedu terus. you know abah aku ni seorang yang sangat jarang nak bercakap pasal future dengan anak-anak dia. usually if he has anything to say dia akan gitaw dekat mak and mak yang akan sampaikan dekat kitorang.

aku sebenarnya merasakan yang topik kawen-kawen ni tak sesuai lagi untuk dibincangkan buat masa sekarang. yela aku ngn Mr.Hubby pun masing-masing baru masuk umur 20 tahun. kalau tiba-tiba kami cakap pasal ni dekat orang tua kami tak ke dicop merenyam nak kawen nanti. haihhh tak kuasa aku. lagipun hubungan kami baru nak masuk 2 tahun. for me, it's sill new and banyak benda yang kami kena belajar. memang kami takkan kawen dalam masa yang terdekat sebab aku dah janji dengan diri sendiri, aku nak habiskan ijazah ni dulu, kerja dan tolong family aku. maklumlah aku kan anak sulung. time sebelum pegang title "Puan" la aku boleh tolong family aku. kalau satu hari nanti jodoh aku dengan Mr.Hubby panjang, we get married konpem-konpem lah aku kena ikut dia duduk kat Kedah.

lagipun, pasal kawen ni bukan boleh dibuat main. kawen untuk seumur hidup kan, bukan untuk suka-suka. sebelum kawen tu kena fikir betul-betul adakah pilihan aku tu betul atau tak. dan aku sendiri pun kena muhasabah diri sendiri, adakah aku dah sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri daan bakal ibu. ingat nikah kawen ni senang macam makan kacang goreng? tidak sayang tidak. pasal belanja kawen tu pulak, kalau boleh untuk majlis perkahwinan aku, aku nak gunakan duit aku je. aku tak nak susahkan mak dan abah aku. kalau boleh tak nak satu sen pun duit diorang mengalir untuk majlis kawen aku. ramai orang fikir mak dan abah akan berhabis duit untuk majlis kawen aku nanti sebab aku sorang je anak perempuan dalam family ni. selagi aku mampu, aku akan tanggung semua perbelanjaan sendiri. majlis aku pun ikut kemampuan aje. tak perlu nak buat majlis 3 hari 3 malam kalau poket tak berapa nak kembung.

kekok gila nak cakap pasal topik ni. memanglah, belum tiba masanya untuk aku sentuh topik ni.

okbai! nak berkelah di tepi sungai sambil makan rojak buah!



will you, be my prince?

Saturday, November 26, 2011

akhirnya aku update jugak (tajuk tiada kaitan)

assalamualaikum.

alhamdulillah hari ni matahari dah boleh muncul walaupun malu-malu sikit. dah boleh jemur baju dekat ampaian (kalau tak porch kereta abah jadi mangsa untuk jemur baju). disebabkan hari ni dah mula panas adik ongsu aku (Anas) pagi-pagi buta dah ajak mandi sungai yang hanya 10 langkah dari rumah. oh adik manja ko tahu tak kaklong kau ni spesis kambing sikit? air sungai tu maha sejuk memang tak lah aku nak terjun sungai tu seawal jam 8 pagi. habis beku segala lemak dekat badan aku nanti.

nak online pun semacam putus angin sebab internet dekat kampung ni korang tahu-tahu lah. sopan sangat. malas aku nak tunggu loading satu-satu page yang boleh makan setengah jam kadang-kadang (kalau tenetnya bikin gilos). nak reply komen dekat post pun xlepas. nak blogwalking lagi lah tak dapat. itu memang kirim salam lah. maaf kepada sesiapa yang blogwalking ke blog aku ni or follow blog ni, aku akan cuba untuj balas kunjungan korang tu secepat mungkin. Insya-Allah. doakan broadband aku ni sihat sejahtera untuk membolehkan aku online dengan jayanya.

sesungguhnya, cuti kali ni aku memang takde plan nak buat ape. hari tu dah plan ngan mak nak belajar menjahit but mak busy lately. esok kerna pergi kursus dekat Kuala Terengganu. planning nak buat brooch lagi, Insya-Allah akan diusahakan. sekarang aku kena siapkan satu kad untuk birthday my friend's mom (sebab hari tu dah janji dengan dia nak siapkan kad ni sebelum cuti tapi malangnya tak sempat).

seroiusly cuti aku kali ni xde plan ape-ape. korang macam mana pulak?

okbai!


p/s : selamat pengantin baru to my cousin, Idi dan pasangannya. pfft semalam lupa bawak kamera kalau tak konpem dah full memory kamera aku tu dengan gambar-gambar bersanding ko tahu!

Wednesday, November 23, 2011

perjalanan balik ke Kelantan yang........mencabar kot

assalamualaikum..

alhamdulillah aku dan Paksu anak beranak selamat tiba di Bachok, Kelantan semalam (lagi tepat pukul 8 malam). perjalanan pulang ke Kelantan bersama keluarga Paksu sesungguhnya tidaklah ohsem mana. biasalah kalau dah duduk dalam kereta lama-lama bersama budak-budak, diorang cepat bosan kalau tak boleh nak membuas melompat sana sini.tambahan pulak bila ada budak autism macam Iskandar tu. kerjanya nak membuas aje. tak boleh membuas tarik rambut adik pun jadi. bila kena marah sebab buat adiknya menangis dia cakar-cakar orang pulak. mangsa cakarannya sudah tentu aku sebab aku duduk dekat belakang dengan dia. sampai berdarah jari aku kena cakar. sabar jelah. macam Maksu cakap, "dengan budak macam ni kena banyak sabar. dia bukan reti ape-ape pun". takpelah abang (kami panggil Iskandar tu abang), kaklong tak ambil hati pun.

nak buatkan Iskandar diam dalam kereta bukannya senang. 1 jam pertama dia boleh behave lagi. masuk jam yang kedua dia dah mula panas bontot. agaknya dah start bosan la tu. mulalah merakas sana sini. tarik tudung aku lah, cubit-cubit aku lah. lepas tu diam sekejap lepas dapat jajan. dah habis jajan dia main dengan toys Adlin (adiknya). bila dah bosan main denga toys, main pulak tab. satu benda yang aku perasan pasal Iskandar ni. dia suka bukak Youtube dan tengok video-video lagu  ABC, 123, takpun video pasal shape. alhamdulillah sekarang dia dah kenal dan boleh sebut huruf A sampai Z dan membilang nombor 1 sampai 10. doakan dia dapat bercakap suatu hari nanti. amin :)

inilah Iskandar. bila dia dah bosan macam ni lah jadinya.



satu-satunya benda yang boleh buat dia duduk dengan diam dan patuh ialah Iphone papanya. dekat dalam tu ada segala mak nenek games. Iskandar kalau dapat Iphone papanya memang akan duduk diam-diam dan main games tanpa perlu orang ajar. masa ni lah aku boleh tidur kejap. tapi bila adiknya merengek nak main game jugak, kadang-kadang dia bagi dengan patuh, tapi kadang-kadang rebel jugak. sebelah tangan hulur Iphone sebelah tangan lagi tarik rambut adiknya. hadoii kuss semangat aku.


dapat Iphona papa terus behave


Adlin cakap : nak ain gem papa (nak main gem papa)

last-last main Angry Bird dekat tab je




sampai di Kelantan, hujan turun maha lebat. ya-Allah memang banjir lah kalau macam ni. masa kitorang singgah dekat rumah Pakngah nak ambil nenek oun hujan turun lebat gila. jalan yang dekat Tok Bali tu pun dah naik air sikit. memang dah nampak tanda-tanda nak banjir. yang bestnye, sampai-sampai dekat rumah nenek satu kampung blackout. huahuahua tido dalam kegelapan la malam tu. percaya tak, pukul 9 malam tu kami semua dah lena tidur. mungkin sebab kepenatan kot. hampir 12 jam duduk dalam kereta sape tak penat weh. naik kematu bontot ni haa.

nasib baik dekat kampung ni sejuk. blackout pun takpe sebab boleh tidur dengan aman. sedar-sedar bangun pagi esok dah pukul 8 pagi. ni yang syok duduk dekat kampung. sejuk sangat tak payah pasang aircond pun! jimat bil eletrik u'olls~

okbai!

wordless wednesday #19 : i miss my boy :(

miss you b. do take care at home okayy?

Monday, November 21, 2011

inilah yang jadi bila aku bosan.

ade kaitankah?
how to make me happy now? tell me please.
always happen to me
for you my dear Mr.Hubby!!


actually bosan bosan bosan sangat. tak tahu nak buat ape. nak sambung edit blog pun macam takde idea dah nak edit ape. Mr.Hubby pulak tak tahu ke mana. tengok bola maybe. biarkan lah dia. nasib baik ada Iskandar. boleh menari-nari girang dengan dia! malam ni belajar shape and colours! weewoooooo

okbai!



p/s : i loooovvveeeee quote

terenganu dah banjir?

assalamualaikum..

paksu plan nak balik kelantan pagi esok. tapi tengahari tadi mak call cakap Terengganu dah banjir. tempat aku dekat Setiu tu dah ade yang kena pindah. alamak. macam mana la nak balik esok ni? harap-harap perjalanan kami dipermudahkan.

pulak tu Tuah Adlin demam. suhu badan panas sangat. tadi Maksu bawak Adlin pergi klinik, doktor cakap suhu badannya 38'C . kalau esok dia still demam mungkin kami terpaksa tangguhkan perjalanan balik kampung tu ke hari Rabu.

hmm..ape-ape pun semoga perjalanan pulang kami dipermudahkan.

Sunday, November 20, 2011

kau ade ke takde sama je. baik takde daripada ada.

assalamualaikum.

hari kedua di rumah Paksu memang mencabar. memandangkan Paksu kerja dan Maksu pulak ade kursus hari ni, so aku lah yang kena "babysit" kan Alyssa, Tuah Iskandar dengan Tuah Adlin tu. plus buat house chores dan masak untuk lunch. dalam hati aku berkata " ohh, ok kot sebab bukan aku sorang je. ade lagi sorang cousin aku yang balik rumah maksu minggu ni". Cousin aku yang lagi sorang tu dah kerja dekat area sini-sini jugak lah. kadang-kadang weekend dia selalu balik rumah Paksu dengan Maksu nih.

yang membuatkan aku kesal dan bengang ( lebih kepada bengang lah), hari ni dia langsung tak jejal kaki ke tingkat bawah (rumah Paksu ni dua tingkat. bilik kitorang dekat tingkat atas). bangun-bangun pagi tadi aku terus pergi jemur kain dan sapu rumah. lepas tu baru naik mandi dan turun balik sebab nak masak lunch, basuh baju dan jemur baju yg second round punya. sambil-sambil tu kena watchout Tuah Iskandar takut tiba-tiba dia pergi main jauh-jauh. nanti tak pasal-pasal hilang lagi. Tuah Adlin pulak kejap-kejap nangis kejap-kejap mintak layan dia main game. yang si Alyssa pulak kerjenye asyik nak berebut tab dengan Adlin aje.

si cousin aku tu lah yang best. aku duk tung tang tung ttang masak dekat dapur dia senyap je menghadap tv dekat atas. aku dok terjerot-jerit marahkan Iskandar tadi dia rilek je layan Facebook macam takde ape yang jadi. korang bayangkanlah masa aku tengah goreng telur dadar untuk Iskandar tadi tiba-tiba aku matikan api sebab Adlin datang cakap dia lapar. terus suapkan Adlin makan makaroni yang maksu masak dan ajak Iskandar makan sekali. huhh boleh tahan stress hari ni. lepas tu jemur baju yang second round punya, dan lipat baju yang baru kering. penatt wehh penatt. dah siap masak sume aku makan je sorang-sorang. dah malas nak naik jemput sape-sape turun makan.

nasib baik hari ni maksu balik awal. pukul 3 tu dah balik. sempat jugak tolong maksu masak apam gula hangus tadi. maksu siap tanya aku lagi, "mana sedara awak yang lagi sorang tu?". aku jawab cani je, " tak jejak bawah pagi maksu. tak mencemar duli lagi hari ni". Maksu gelak je. baru aku tahu macam mana perasaan Maksu setiap kali dia balik rumah ni.

aku bukannye nak mengaibkan dia. masalahnya kalau dah tahu kita ni menumpang dekat rumah orang buat la cara menumpang. tak payahla nak diva sangat berkurung je dalam bilik mengadap laptop menonton tv. dah ada tempat menumpang ni pun kira syukur lah. dahla Paksu dengan Maksu memang tempat kitorang bergantung sebab diorang lah saudara yang paling dekat dengan kitorang kalau dekat sini. sedara-sedara lain mostly stay dekat Kelantan. bagi aku, masa ada dekat rumah diorang ni lah nak tolong-tolong ape yang patut. tapi ko xfikir macam tu pun kan sayang?!

i might sounds emo because i'm totally tired. energy level ada 10% je lagi. nak edit blog someone pun macam tak larat dah. betulla maksu cakap, dia ade ke takde sama je. better takde kot dari ada. okbai!

Saturday, November 19, 2011

i'm waiting......

assalamualaikum.

bahagia bila jumpa streamyx nih. habis segala benda aku nak download. sambil-sambil download aku tengok Family Outing. Yoo Jae Suk kelakar gila. Lee Hyori pun kelakar. online Facebook pulak pakai tab paksu. tapi bosan jugak. actually tengah tunggu call dari Mr.Hubby. sekarang dia ngan family tengah otw balik Sungai Petani. he promised to call me once he reach home. hope they will have a safe journey.


sebab dah bosan sangatlah aku update blog ni. okbai!



p/s : currently tengah download Running Man episod 65. now nak buat ape ye? tengok We Got Married Sweet Potato Couple atau Family Outing??





pssstttt...i'm starting to miss you, dear Mr.Hubby

i've been tagged by Shazika Shamrin

assalamualaikum.

first off all, aku nak mintak maaf maaf maaf sangat-sangat dekat Shazika Shamrin sebab lambat buat tag nih. dia tag aku dah dekaat seminggu kot tapi sebab haritu busy dengan exam aku delaykan jawag tag dia nih. now dah free baru aku ada masa nak menjawab tag dan blogwalking. sory ye Shazika Shamrin :)

first of all, meh baca rules untuk tag ni dulu..


RULES
  • you must post this rules.
  • each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • answer the question about the tagger set for you in their post. and create 11 new question for the people you tagged to answer.
  • you have to choose 11 people to tag and link them to the post.
  • go to their page and tell them you'vr tagged him/her.
  • no tag backs.
  • no stuff in the tagging about "you have been tagged if you read this". you legitimately (a.k.a trust, with all honesty) to tag 11 people.


ok, let's continue about 11 things about me! 
  • Bella Bellitos tu hanya nama dekat blog je. macam yang tertulis dekat profile aku, Bella Bellitos bukan nama IC.
  • minat K-Pop, tak suka filem bergenre seram.
  • anak sulung dari empat adik beradik. 3 orang adik aku semuanya lelaki.
  • tak boleh makan makanan pedas sebab perut aku ni perut baby. makan makanan yang pedas-pedas mesti sakit.
  • mula stay dekat hostel sejak darjah 5. so i'm quite independent tapi selalu je call mak sebab homesick.
  • anak manja abah (adik aku panggil aku anak emas abah)
  • masuk IPBA dengan paksaan mak. mak nak aku jadi cikgu macam dia.
  • manja, happy-go-lucky dan kadang-kadang mudah menangis.
  • suka shoping ( well semua perempuan suka shoping). tapi aku tak kesah pasal brand, janji murah, lawa, menutup aurat (yang ni paling penting) dan affordable untuk aku as a student ni. 
  • anti dengan lelaki yang hisap rokok!

done with 11 things about me. sekarang aku nak jawab soalan yang Shazika Shamrin tanya dekat aku pulak.

1. lagu yang bermain di fikiran sekarang?
lagu "Old Mcdonald Had A Farm" sebab sekarang aku tengah menghadap laptop dengan my little cousin, Tuah Iskandar.

2. dalam percakapan seharian kamu menggunakan loghat/dialek negeri ape?
ofkos la kelantan + terengganu sikit-sikit. tapi memandangkan roomate and Mr. Hubby bukan orang Kelanytan so diorang tak faham sangat loghat Kelantan. dengan diorang aku cakap KL je (keelllassss kau Jah!). kalau dengan classmate aku banyak cakap kelantan sebab majoriti classmate aku orang Pantai Timur.

3. kamu berasal dari negeri mana?
Terengganu Darul Iman

4. sekarang belajar/bekerja di mana?
seperti yg aku tukis kat atas tu, aku sekarang belajar dekat IPBA.

5. apakah supplement/ makanan tambahan yang kamu ambil?
honestly, aku tak ambil ape-ape supplement pun.

6. Maxis, Digi or Celcom?
Celcom and Maxis :)

7. pakai henfon model apa?
Sony Ericson ngan Nokia cap baling ayam. tak mampu nak pakai iphone or galaxy (tapi aku suka galaxy!)

8. favourite cartoon zaman kanak-kanak dulu?
aku suka Garfield. sampaikan masa umur aku 4 tahun kot, mak pernah belikan aku patung Garfield yang saiznya lagi besar dari aku. sekarang patung tu entah kemana sebab rasanya mak bagi dekat orang :(

9. sejak bila kamu mula kenal blog Shazika Shahrim?
tak ingat bila. tapi tahun ni la bila aku start aktif blogging balik.

10. munasabah tak soalan-soalan yang aku tag dekat kamu ni?
munasabah. takde pun soalan-soalan yang buat aku kena fikir sampai 2,3 jam.

11. kamu suka tak kena tag pastu buat tag?
memandangkan sekarang aku bosan dan tak tahu nak buat ape, maka aku akan jawab aku suka kena tag 

11 soalan yang aku nak tanya pada orang yang aku tag :

1. first impression korang terhadap aku? ( jawab dengan jujur. aku terima je sebarang kritikan dari korang :)
2. cita-cita pertama yang diimpikan semasa kecil?
3. makanan yang paling tidak digemari dan kenapa?
4. dimanakah favourite spot untuk korang shoping/ melepak?
5. korang pernah cuba main ice skating tak?
6. makanan tradisional yang paling digemari?
7. apakah masakan pertama yang korang pelajari? di mana korang belajar masakan tersebut?
8. masakan mak korang yang paling digemari?
9. impian korang yang masih tidak tercapai sehingga sekarang?
10. currently, korang berada di mana?
11. pernah pergi Terengganu? pada pendapat korang ape yg spesel sangat dekat Terengganu tu?

11 insan bertuah untuk menjawab soalan tak mencabar minda ni ialah : 
Gwen, Anep, Alaina,  Ara, Syiqin Estrada,  Cik Eiyda, Abang Stalker, Cokelat Lady,  Syasya  Melastiq Love , Zraa, dan Izzah..tahniah. korang emmang bertuah!

okbai! budak Adlin ni dah tarik-tarik rambut aku suruh buat susu.

Friday, November 18, 2011

everything is settle. Alhamdulillah.

assalamualaikum.

kata orang, don't solve problems with problems. yeahh, i'm totally agree with that. if you solve problems with problems, actually you just create another problems. tak pasal-pasal kan? for me, the best way to solve problems is slow talk. bukan susah mana pun. daripada dok memaki hamun sana sini better slow talk je. senang dan takde yang sakit hati, kan? bila dah slow talk ni, tangan ko pun takdelah nak parkinson sangat menggeletar tahan marah. fikiran ko pun konpem-konpem akan jadi waras. trust me because you don't want to cause another war, right?

to you, let's be friend. hokayyy?


now, i'm at ease. hati rasa tenang, jiwa rasa lapang. satu permulaan yang baik.
okbai! kemas barang. esok paksu datang ambik!




p/s : bagi cadangan dekat aku, contoh background yang sesuai untuk boy? tengah edit blog someone ni tapi taktaw background macam mana sesuai untuk dia.

hari-hari terakhir di blok 8

assalamualaikum.

sesungguhnya aku sekarang sedang bermalasan di atas katil sambil berselimut dan merenung siling bilik. konon merenung masa depan lah kan. bosan yang amat tak tahu nak buat ape. rumet aku ah keluar melaburkan duitnya di Jalan Tar. Mr. Hubby pula tadi keluar pergi ambil famili dia dekat Pudu Sentral. famili dia datang bercuti di KL. aku tak ikut sebab segan. bhahaha betul la weh segan kot!

sedar tak sedar, tahun 2011 dah hampir ke penghujungnya. dan Year 1 pun dah berakhir. ada lagi 3 tahun masa yang aku terpaksa lalui dalam cabaran sebagai seorang guru pelatih. ko ingat nak jadi cikgu ni senan ke ha? serius tak semudah seperti yang koramg sangka kan. banyak assignment nak kena buat, banyak event (seperti BIG, SBE, pameran dan etc) yang perlu diuruskan dan banyak test menanti. memang aku selalu terkejar-kejar nak siapkan semua benda sebab masa tak mencukupi. tapi aku admit lah aki terkejar-kejar tu sebab buat kerja last minute. hikhikhik padan muka!

alhamdulillah, barang semua dah kemas masuk beg dan kotak. yang mana nak disimpan dekat common room pun aku dah simpan semalam. sekarang cuma tinggal barang yang nak bawa balik umah Paksu jelah. dah bosan berbaring dekat katil sampai naik kematu punggung aku. tiba-tiba rasa sayang nak tinggalkan blok 8 ni. walaupun jauh dari kelas tapi blok ni selesa. dengan toilet kat dalam bilik, ada meja study sendiri yang besar gedabak, tambahan pulak bilik yang aku dok sekarang ni dua orang je. heavenn kot. kat hall siap ada set sofa dan aircond lagi. kalau kat blok 6 takde semua ni. but never mind. aku tak kisah pun semua tu. janji aku still boleh duduk dekat hostel. duduk blok mana pun sama je. kalau sewa rumah kat luar pun belum tentu selesa macam dekat hostel. dahlah mahal @___@

rumet aku yang cool kentang, Tasya. tahun depan dah tak rumet dah. wuwuwuwuwu
dear rumet, 
aku tak sangka ko ni cool kentang. kepala otak masuk air macam aku. sebelum ni aku tengok ko macam orang yang diam dan sopan je. rupenye tak. bhahaha siyes aku tertipu di sebalik kelembutan muka ko tuh. nampak macam pendiam tapi talkative gila. masa mula-mula tengok aku list name aku sebilik ngan ko tu aku cuak jugak. takut nanti ko yang tak selesa duduuk dengan aku. rupanya sangkaan aku salah. kelakar jugak ko nih rupanya. berjaya menternak lemak aku sampaikan hari tu berat aku naik 2kg tahu. siot je ko kan. sayangg ko! cepat kawin dengan abang eh. tak sabar nak tengok ko ngan abang naik pelamin. thanks sebab selalu belanja aku blueberry cheesetart yang berjaya menjana extra luggage 2kg tu. maafkan aku kalau ade terkasar bahasa sepanjang satu semester kite dok sebilik ni. tahun depan kita housemate kan? let.s be good to each otherlah! ceewahhhh!




yang ni pulak some of my housemates yang cool kentang jugak!

housemates lagi. masing-masing dok merenung kek Chocolate Indulgence Secret Recipe tuh.
okbai! petang ni idea terbantut sikit tak tahu nak mengarut ape

Wednesday, November 16, 2011

Famous Amos sumber inspirasi terhebat untuk study!

feveret forever! kau hadooo? fokus kat mata aku. itulah effort study for the sake of exam ye kawan-kawan.


Assalamualaikum.

got Famous Amos Chocolate Chip  from my besties, Mok Cik. daripada mood malas nak belek notes terus aku rajin dan bersemangat waja nak study Children's Literature.automatically aku dengan patuhnya duduk di meja study, keluarkan pensel dan kertas dan nota serta baca powerpoint note yang lecturer bagi masa mass lecture dulu. oh, nak kena bagi reward dulu baru nak study. teruk betul. by the way aku suka biskut chocolate chip yang cair di mulut nih!

chingu, kamsahamnida♥♥♥. okbaii. study study study! last paper dah ni!

wordless wednesday #18 : holidayyyyy!

is on the wayyyy

1 more paper tomorrow then we shall announce HOLIDAY!

Saturday, November 12, 2011

arwah Bushirie, kehilanganmu sangat dirasai. al-fatihah.

assalamualaikum.
aku hanya nak share note yang dikarang oleh Teacher Yus (cikgu BI aku dekat Sester dulu). note ni pasal kenangan teacher Yus dengan arwah Bushirie. sebak aku baca note Teacher Yus ni..

The Day He Went Away by Teacher Wan Yusnita
at 1.28 am, i received a msg telling me that he had passed away. i didnt know how to react to the news of his death & stared in disbelief at the msg & reread it again & again. ive expected he would go but this was too soon. ive texted every teacher in the school about the news & some replied.

in the morning, i and a few planned to go to his house to pay our last respect. by then, i told my mom of the news & my mom instantly cried. we both cried as this was the 4th death we faced in 2 months. it was very near to each other & there's too little time for us to heal. in these 2 months, ive lost 4 people that i love & care for. my mom was devastated & our family sometimes just couldnt cope up.
my mom quickly assured me that it was the best for him as he's been sick for 2 years. as planned, i met up with my colleagues at a spot & drove together to his house. it welcomed us in a numb & lifeless look any house would be when death occurs. we walked in rhythm & immediately scouted for his mother.
i was the last to see her & when i hugged her, i couldnt control my tears. once the mother said it's probably the best for him, i just couldnt utter any word of comfort but cried for i didnt know how to react. the mother explained that he's been in and out of icu in these 2 months. the last was for 21 days & his mother requested to bring him home for aidil adha. once at home, he caught a fever & finally died in peace that night. 
i was crying profusely as i realised that ive been in the same hospital during the 21 days of him in the icu as i frequented it to visit my sister's mother in law. she also had passed away due to critical head injury after a 3 week coma. i regretted that i didnt visit him before after last year. obligations & duties were my reasons but i should make time.
i went home crying all the way in the car remembering that he died 2 weeks before SPM & he was also hospitalised for his sickness 2 weeks before SPM back in 2009. i visited him everyday & brought him all his notes & taught him english. i was just his english teacher but i just couldnt leave him alone there in the hospital. maybe i cared too much. 
he was a fighter indeed. everyone thought that he would stop trying & sit for his exam in the hospital but he didnt. he fought hard & returned back to school for it. i was probably the happiest to see him in his school uniform & when he came to the staff room showing me his essay.
when others asked, was he my mentee, i answered 'no'. was he my favourite, i answered 'no'. i did it because i cared i guess. no special reason for it as he was such a nice fellow & i didnt want him to feel abandoned & left behind when others were at school with each other. he was also this guy who would cheer others up with his jokes. a cool one & usually effortless. he's a natural comedian & i remembered him as a spirited hockey player. that's how we started being good friends.
he is now gone. i had so much hope that he would be cured as there's a bright future that awaits him but God loves him more. he has been sick for years & tested for his patience in agony which none of us could ever imagine. i believe it is the BEST for him to be taken by God to a better place (heaven)
to those who knows BUSHIRIE, remember him as the person that could always make you smile & cheerful. remember him as a fighter &  pray for his happiness in the hereafter. wallahualam.
(credit to Teacher Yusnita)



arwah Bushirie merupakan classmate aku masa Form 5. perwatakannya yang ceria, suka buat bising dalam kelas, suka buat lawak (macam Teacher Yus cakap, he is a natural comedian) dan peramah membuatkan dia mudah untuk didekati. kalau satu hari tu tiba-tiba dia tak masuk kelas, maka kelas 5 Al-Khawarizmi akan sunyi sepi tanpa suara penghuninya bergelak ketawa. arwah juga merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan. olahraga, hoki, bola baling, bola tampar semua dia masuk. arwah dah lama sakit buah pinggang tu, tapi aku tak sure sejak bila. cuma yang aku ingat masa form 5 dulu dia pernah dimasukkan ke hospital sebab kesihatannya masa tu tak berapa elok. masa tu lagi 2 minggu nak SPM. satu petang tu, kami semua (kelas 5 Al-Khawarizmi) pergi melawat dia dekat hospital sambil bawa nota dan soalan-soaan spot untuk dia. masa tu aku menangis tengok dia sebab keadaan fizikal dia berubah sikit. muka dia nampak macam membengkak (ustaz aku kata effect ubat dan dialisis). tapi masa tu dia still boleh buat lawak dengan kitorang. dia siap gelakkan lagi kami budak-budak perempuan yang dok tahan sebak tengok keadaan dia. sape tak sedih tengok kawan yang selama ni sihat walafiat, aktif masuk sukan itu ini tiba-tiba terbaring dekat katil hospital. 

arwah Bushirie menghembuskan nafas terakhir pada malam raya Aidiladha yang lalu. pemergiannya sangat-sangat dirasai oleh kami semua. benarlah ape yang Muhyi cakap, "kita kehilangan seorang kawan yang pernah menceriakan hidup kita". Al-Fatihan untuk arwah Bushirie. terima kasih sebab pernah brainwash aku masa aku dah hampir-hampir give-up dengan Add Math dulu. kalau tak mesti aku dah quite dari Sester. doa kami mengiringi pemergianmu. :')

arwah Bushirie. semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, kawan...

Friday, November 11, 2011

komen FB annoying tahap dewa-dewa

assalamualaikum. i'm so pissed off with orang-orang yang mengomen tanpa menggunakan kewarasan akal fikiran ni. mesti korang tercengang-cengang tak faham cerita kan? tadi aku ade update status kat facebook, then ade seorang hamba Allah ni komen. berjela-jela komennya tapi xde point. komen yang useless bagi aku. ade dekat separuh page komen dia tuh. entah copy paste dari mana aku pun taktaw lah.

part 1 komen yang annoying tuh. baru part 1 wehh!
part 2 komen annoying tuh. entah ape-ape je komennye. bunguks!


hello Mr,
what's the point komen kat status orang kalau ko sendiri pun tak taw ape yang ko komen tuh? dahlah main copy paste dari mane-mane entah. haihhh membazir 10 minit aku untuk digest ape yang ko tulis tu tahu! kalau revise note Phonology tu dah abes 5 point aku baca tahu tak. grrrr! free saje dapat makian dari aku malam ni. saje aku malas nak censoredkan nama dia. bhahaha. nak bergurau pun, pada-pada lah ek :D..... okbai!

dua manusia tak sedar diri berjimba masa exam week


inilah manusia-manusia bertuah tu. kerjanya makan, bergelak ketawa dan bergembira je. makan sampai buncit, lepas tu camwhoring sambil buat muka pelik. perangai pun dah pelik-pelik. haihh anak sape lah ni.

eh eh, janganla salah faham. ni gambar kami masa keluar lunch sama-sama tadi. this picture was taken right after we had our lunch. muka masing-masing macam budak tak cukup zat. bhahahahaha! pedulikan aje.

okbai! nak study. Phonetic and Phonology ke English Language Teaching Methodology? ce pilih ce pilih cepat..

Thursday, November 10, 2011

1 down 3 more to go!!

assaamualaikum. huarghhhh 1 paper pembunuh sudah selesai. babai Learning and The Learners. akan ku kuburkan segala nota-nota dan foliomu ke dalam kotak. huarghhh soalan boleh tahan memecahkan kepala. tawaakal jelah. insya-Allah aku dah buat sehabis baik. tapi macam ralat jugak. tak tahuah nape. berserah jelah..

takpelah. lupakan yang dah lepas. ni lagi 3 paper yang nak hadap ni pe cer?  ohh ahhhh yang tu malam ni lah kita jenguk-jenguk. sekarang nak lepaskan lelah dengan blogwalking, facebooking, and twittering dulu. malam ni kita study. oh ya, first time exam bukan di level 2, tower block. dahlah exam hall kali ni kat gymnasium kipas pulak betu-betul depan aku. kalu tak beware memang berterbangan habeslah segala harta benda aku. silap-silap aku pun terbang sama. mampu? ok aku jawab sendiri " tak mampu la enduk. ape ko ingat ko tu sebesar zarah je ke?". ok fine lah fine aku gemokk~alah gemok-gemok pun comel ape *lempang doblas das*

daam keadaan lemah longlai keluar exam hall tadi, perut aku tiba-tiba buat konsert rock. mane tak rock nye kalau tengahari tadi tak lunch. nak makan dinner terus tadi pun macam awal sangat. bagi mengubati kelaparan perut dua manusia ( aku ngan Mr.Hubby), kami pun menapak ke kedai makan yang dekat sebelah stadium hoki tu dan mengorder benjo sebagai alas perut. bolehla tu sebab pukul 8 nanti dinner pulak. kihkihkih

dan masa blogwalking tadi, aku jumpa ini..ade sape-sape baik hati maw belanja?


rainbow cake! siap ade M&M lagi tuh! whoaaaa so tempting and i'm drolling!! pic credit here

Wednesday, November 9, 2011

sekali sekala layan video matlutfi nih seronok jugak. nak-nak time exam ni. hilang stress kejap!

assalamualaikum. korang mesti kenal mat lutfi kan? ala yang selau buat video lawak-lawak tuh. seriously time-time exam macam ni aku akan cari video dia for the sake nak gelak-gelak hilangkan tension. bahahaha penawar terbaik lah lu. memang aku gelak kaw-kaw punya. mimik muka tu takleh annoying lagi ke? setiap video dia memang ade underlying message kan?



this is his latest video. and some part aku setuju ngan matlutfi ni. aku pun jarang dengar lagu-lagu malaysia sebab banyak dok dengar lagi english ngan korea.. sebabnya bila aku dengar lagu malaysia ni macam fake je. ayat hiperbola habes. tapi takdapt dinafikan ade jugak lagu-lagu malaysia yang best-best. lagu Aizat banyak best-best. weeee.

Cik Epal Gonjeng pun ada cakap pasal ni. meh tengok entry dia kat sini 

okbai! sambung study

wordless wednesday 18: esok exam. yeayy!

esok satu paper, minggu depan tiga paper. then i shall announce HOLIDAY!! insya-Allah, semoga dipermudahkan segalanya. doakan aku ye korang!

Monday, November 7, 2011

10 Zuhijjah di KL : susahnye nak cari kedai makan kat sini T__T

assalamualaikum.
alhamdulillah kita semua dah selamat meraikan hari raya korban bermula semalam. walaupun tak buat korban lembu atau kambing tahun ni (sebab tak mampu lagi) tapi aku berkorban perasaan sebab tak balik beraya kat kampung lagi. nak buat macam mana exam dah dekat sangat. kalau balik rumah confirm la buku kemana aku beraya sakan. sabar jelah. tahun lepas pun dah tak balik beraya. maknanya dah dua tahun aku beraya di perantauan. ecehh KL dengan Terengganu je pun. saja nak bagi syahdu guna perkataan "perantauan" tu. malam raya tu dah berhujan sorang-sorang sebab dengar takbir raya. sedih kot. nasib baik hujan rintik-rintik je. (tahun lepas hujan lebat T____T). kehkeh. lepas tu sebab nak elakkan diri dari berhujan dalam bilik aku ajak Asma pergi blok 6 rumah kawan-kawan aku. aku pi bilik Husna, Asma pi naik bilik Sajida. bolehla hilangkan perasaan sedih tu.

tapi pagi raya bila dengar orang takbir raya dengan khutbah raya dari Masjid Ar-Rahman UM tu mak oiii bergenang air mata aku. tapi aku tahan baik punya. konon-konon kuat lah. tapi benteng air mata pecah juga lepas mak call. mak la yang nangis dulu. eh tak mak tak nangis pon just suara dia sebak-sebak. lepas tu adik aku buat taik pergi cakap dia tengah makan nasi dagang lauk guai ikan tongkol which is my favourite. huh hamek kau lagi laju air mata turun. dahla masa tu lapar. koajaq punya adik. siap ko kaklong balik nanti!

drolling!! inilah feveret aku tu. pic from here


nasib baik Mr.Hubby ada. happy sikit sebab dia ada. ni merupakan sambutan hari raya yang pertama untuk kami. woowww ♥♥♥. mulanya kami plan nak berkonvoi ramai-ramai ke rumah Nazmir tapi entah macam mana pulak boleh cancel. aku pulak masa tu lapar tahap gaban dah. Mr.Hubby pun ajak keluar pergi makan. tanpa banyak soal aku setuju je. dah lapar tak makan dari pagi, pulak tu dah terliur dengan cerita adik aku makan nasi dagang. dua kali ganda kelaparan aku. kedai makan yang dekat-dekat dengan histel kami semua tutup. terpaksalah kami pusing-pusing area Pantai Dalam tu, tapi takde satu pun kedai makan yang bukak. even kedai mamak pun semua tutup. tiga kali pusing-pusing kat Pantai Dalam tu, Mr.Hubby berhenti kat bahu jalan and kami discuss tempat mana lagi yang ada kedai makan.

Mr.Hubby cadangkan kami pergi beli barang-barang basah untuk masak then balik masak kat bilik tapi masalahnya kat rumah aku mane ada dapur nak masak. perut aku pulak mengada nak makan nasi, takmau KFC or McD. so aku cadangkan kami pergi MidValley dan makan dekat foodcourt dia. tapi jalan ke MidValley tu jam sangat-sangat sebab semalam ialah last day PC Expo kat MidValley tuh. Mr. Hubby pulak terlepas masuk simpang untuk ke parking so kami berpusing-pusing lah lagi sekali. muka aku masa ni dah kelat-kelat sebab kelaparan.

last-last Mr.Hubby bawak aku makan dekat Restoran Pelita Nasi Kandar dekat Bangsar. itupun dah pilihan terakhir sebab tempat tu mahal sikit kalau nak compare dengan kedai-kedai biasa. ahh lantak ah aku dah tak ambil kisah semua tu janji perut aku kenyang. kali nih aku makan memang senyap tak cakap ape-ape sabab dah kebuluran. sampaikan Mr.Hubby gelakkan aku sebab dia kata tak pernah tengok aku makan dengan bersungguh-sungguh macam tu. ohh mesti dah tak ayu dan sopan kan b? lantaklah. yang penting aku tak fake & control ayu depan dia. kehkehkeh. but he says i'm cute masa tengah makan. ehemm kembang kejap kena puji dengan pakwe~~

alhamdulillah selepas dekat sejam dok pusing-pusing cari kedai makan akhirnya dapat jugak aku makan nasi. muka yang kelat-kelat pun dah jadi manis-manis. bhahaha buat lawak tak jadi betol. lepas makan terus ada mood nak bercamwhoring. tadi kemain sorok kamera dalam beg sebab meluat dah pakai lawa-lawa tapi takde mood nak bergambar.


perut kenyang suka hati. senyum pun dah nampak gigi :D
tapi kan, ade orang tu tiba-tiba nak enterframe jugak. biasanya dia tak suka tangkap-tangkap gambar ni. dia suka jadi photographer tak bergaji je. maklumla low profile. semalam dia pulak excited nak enterframe bila tengok aku syok camwhoring sorang-sorang.

ni lah budak tu..err budak ke? dah boleh jadi bapak budak ni haa.

thanks b bawak ayg g makan. thanks taw thanks taw sayang b ketat-ketat ♥♥♥
cukup 2 gambar je. letak gambar banyak-banyak nanti ade yang dengki pulak. hati manusia sapa yang taw kan? itu sahaja cerita raya di perantauan aku untuk hari yang pertama. okbai!

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha untuk semua.

assalamualaikum.
sebelum hati yang suka menjadi hiba, sebelum aku bergundah gulana, baik aku sampaikan ucapan aku sekarang. cehh konon-konon sekarang happy lagilah padahal dalam hati dah sebak-sebak. tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambut raya haji di perantauan. acehh, KL ni perantauan jugak lah sebab kampung aku dekat Terengganu. tahun lepas dah tak balik sebab ape entah lupa dah. tahun ni pulak sebab exam. lagipun minggu lepas masa deepavali aku dah balik rumah. takpelah kot kalau tak balik raya haji ni. cheitt cakap macam tabah bebeno padahal air mata dah bergenang. isk isk sroot sroot..

to mak dan abah, maaf sebab tahun ni along tal dapat balik raya haji dengan family. nanti dah habis exam along balik kampung cepat-cepat ye. adik-adik kaklong yang tersayang, Amir, Adib dan Anas, jangan nakal-nakal. jangan gaduh-haduh dalam kereta nanti sebab berebut nak duduk tepi tingkap. korang kan dah besar. adik Anas, jangan sedih-sedih ye kaklong takde ni. kalau abang Amir buli adik, call kaklong cepat-cepat. Amir ngan Adib, jaga mak dengan abah elok-elok. tolong diorang mana yang patut ok? and to makcik Ani dan family, maaf ye along tak boleh nak join kemeriahan korang buat kenduri raya ni..

eh ada air hujan jatuh *ayat cover*. untuk semua kawan-kawan yang ada kat IPBA nih, selamat hari raya aidiladha untuk korang. pagi esok masak rendang jum!

ikhlas dariku di perantaun. eceh!
korang, classmate aku masa dekat SESTER dulu, Bushirie baru sahaja pulang ke rahmatullah semalam kerana komplikasi buah pinggang. arwah ni dah lama sakit, sejak zaman sekolah lagi. masa trial SPM dulu pun dia ambik exam dekat hospital. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang beriman. al-Fatihah..

fesyen kegemaran aku : lace dress and knitted dress

assalamualaikum. sekarang ni macam-macam style pakaian yang lawa-lawa dan sedap mata memandang kan? well, i'm a big fan of dress. kalau pergi Berjaya Times Square memang bersinar-sinarlah mata bulat aku ni usya dress yabg lawa-lawa dan harganya memang berpatutan lah. average harga baju kat BTS tu dalam RM19-RM40. my favourite dress are lace dress and knitted dress. kalau jumpa kat kedai memang aku akan belek-belek dan acukan ke badan dengan gaya berminat nak beli padahal saje nak try test je~~

aku suka lace dress sebab penggunaan fabrik lace pada dress tu membuatkan dress tu nampak cantik dan ekslusif. and or course fabrik lace ni kalau tak ada kain alas memang transparent lah. bagi perempuan Muslim macam aku ni, tak ada masalah untuk menggayakan lace dress ni. anda semua boleh memakai inner mahupun menggayakannya dengan cardigan. senang bukan? i'm a big fan of lace dress.
oh my berkenannya kat lace dress Taylor Swift ni

i have one dress yang designnye lebih kurang macam ni

like like liiiikkkkeeee!!

black lace dress still takde dalam my collection. 

knitted dress pulak aku suka sebab feeling-feling korean gituh bila memakainya. ok ayat sangat yucks dan silalah jangan dikeji. sebenarnya aku suka tekstur knitted dress tu sebab bagi aku ianya sangat unik. kalau nak tengok wayang, knitted dress adalah pilihan yang tepat sebab ianya tebal dan konpem korang takkan menggigil kesejukan kat dalam cinema tu. trust me. koleksi knitted dress aku tak banyak pun. ada la sehelai dua. tapi knitted cardigan banyak. ade kaler pink, coklat, putih and hitam. hihihihi

see corak dia. lawa kan.

suka part leher baju ni..aww!

me wearing my favourite purple knitted dress given by Mr.Hubby during my birthday recently.
fesyen korang macam mana pulak? jom share kalau sudi ;)
okbai!

Friday, November 4, 2011

aku tak tahan dah!

assalamualaikum.
masa balik dari blok 6 lepas mandi pagi tadi, aku nampak  notis ni cantik je parking kat dinding sebelah lif tu. notis tu berbunyi lebih kurang macam ni :

NOTIS/PENGUMUMANKEPADA PENGHUNI BLOK 8 & 9, KERJA-KERJA PEMBAIKAN SISTEM BEKALAN AIR SEDANG DIJALANKAN. KERJA-KERJA PEMBAIKAN INI MUNGKIN BERLARUTAN SEHINGGA SELASA (8 NOVEMBER 2011). bla bla bla (panjang lagi ayat tapi aku dah lupa)

ouh damn!sebenarnya masalah bekalan air dekat blok hostel IPBA ni benda biasa. tapi blok 8 dan blok 9 merupakan blok yang baru 2 tahun didiami oleh pelajar IPBA. takkan blok baru ni pun dah ade masalah air? dah habis berjuta-juta renovate 2 biji blok ni tapi condition elok bertahan hanya 2 tahun je? dahlah 2 bulan lepas  lif rosak sebab ade air bertakung. haihhh macam-macam masalah betul IPBA ni. kalau air takde sampai selasa depan memang nayalah kami yang tak balik beraya ni. nak solat, nak basuh baju, nak minum, nak mandi bersihkan diri semua. kalau yang period tu memang susahla...tiba-tiba macma menyesal pulak tak terima offer maksu untuk balik beraya kat johor. haihh nak beraya kat IPBA pun dah hilang mood. planning nak masak pagi raya tu pun entah jadi entah tidak. benci betulla!

hopefully bekalan air boleh pulih seperti sediakala secepat mungkin. okbai! nak ngedate kejapp!

Thursday, November 3, 2011

histeria bila hostel takde air.

assalamualaikum.

sungguh weh, aku rasa macam nak histeria bila balik kelas tadi buka paip kat dalam toilet bilik aku dengan niat nak basuh kaki tapi setitis air pun tak keluar. tak pernah jadi lagi kejadian air takde dekat blok 8 Kediaman Pantai Puri sepanjang 1 sem aku menetap kat blok ni. pelik macam mana lah boleh takde air sedangkan kat luar tu hujan turun maha lebat. try pergi tengok dekat rumah depan, nasib baik kat rumah depan ada air lagi. elok je aku habis basuh kaki dan cuci muka, air dah takde. ouhh d*mn. susahla macam ni.

then roomate aku sampai. terkocoh-kocoh dia berlari masuk toilet sebab nak terkucil. nasib baik sempat aku gitaw dia air takde. kalau tak boleh dengar lagi satu jeritan histeria dari dalam bilik air kami. hahaha! ok roomate aku lawak je. tapi kesian dekat kau terkulat-kulat nak terkucil tadi. lepas tu aku dengar pulak jeritan histeria budak-budak depan bilik aku Tiara dengan Asma yang terpaksa basuh tangan dengan air masak. nasib baik ada air masak. lepas tu Faizah pulak menjerit tak boleh nak ambik air sembahyang pasal air takde. bwahahaha aku gelak je. mana nak cari air beb kalau 1 blok dah takde air?

oh, mintak-mintak petang ni dah ada air. amin ya rabbalalamin!!

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday #17 : exam fever

from here
 yes, i need to turn the exam fever mood on since the final exam is around the corner....