tabung kelas teacher bella

Friday, October 21, 2011

selamat tinggal KL! haiii Terengganu!

assalamualaikum. semua orang dah sedia maklum kan sekarang ni suti Deepavali. untung la jadi budak maktab ni. kami semua dapat cuti seminggu. memang aku berebut pergi beli tiket awal-awal sebab semngat nak balik rumah. rindu tahu tak dekat manusia-manusia montel dekat rumah tu!

semua barang dah selamat disumbat dalam luggage. insya-Allah takde ape-ape yang tertinggal.Insya-Allah. esok pagi Mr.Hubby akan pergi hantar aku dan si botak Pie ke Hentian Putra sebab kami akan menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman dekat situ. selepas tu baru dia balik ke IPBA dan pergi ke Pudu Sentral untuk balik ke Sungai Petani. sori ye Mr.Hubby menyusahkan b untuk hantar ayg pergi Hentian Putra tu. balik IPBA nanti ayg belanja b makan durian pancake dekat The Gardens tu eh :P

seminggu cuti ni, actually tak tahu lagi nak buat ape. i'm supposed to revised on all the major subjects because the final examination is around the corner. tapi biasanya bila dah ada kat rumah buku-buku akan dianak-tirikan. nanti mesti kerja aku menghadap laptop dengan Anas dan terkekeh-kekeh dengan girangnya menggelakkan Spongebob Seluar Petak tu. tak pun berebut remote tv dengan dua adik lelaki yang makin hensem (Amir dan Adib) sebab masing-masing nak tengok channel lain. atau terperuk dekat dapur sambil garu-garu kepala memikirkan nak masak ape untuk lunch. dan menjerit kepada adik-adik bujang supaya jemur kain yang dah dibasuh. tak pun sorokkan kunci kereta  Kancil sebab takut abah merayau bawak kereta comel tu. yelah motor dah kena kebas dengan dua jejaka hensem tu. urgh rutin yang sama je tiap kali balik rumah.

sampai kat rumah esok, mesti Anas akan cakap, "kak, boleh tak adik nak tidur dengan kak malam ni?". Anas memang manja dengan aku dan kalau aku ada dekat rumah dia akan tidur dalam bilik aku. budak ni boleh tahan buas tidurnya. pernah kaki dia tiba-tiba landing atas dada aku sampai senak aku dibuatnya. nasib baik dia ni takde penyakit ngompol. lagi satu budak-budak tiga orang ni mesti akan suruh aku masakkan benda ni untuk diorang...
murtabak megi kegemaran seisi keluarga. gambar dicilok dari Google. 


untuk Mr. Hubby manje, do take care sepanjang cuti seminggu ni. jaga kesihatan, jaga diri baik-baik. jangan nakal-nakal taw. dan jangan nak buli adik b tu. nanti every night kita YM ye syg. will miss u hubby!

babai! esok pagi-pagi dah nak gerak balik! ohh mak janji nak masak nasi briyani kali ni. hip hip hoorayyy!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)