tabung kelas teacher bella

Thursday, October 20, 2011

Pameran Literasi Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPBA. one word. letih dan penat!

assalamualaikum. seperti yang telah digembar-gemburkan dalam entri ini, hari ni kelas aku telah menyertai Pameran Literasi Bahasa yang diadakan di foyer IPBA. sebenarnya pameran ini wajib disertai oleh semua pelajar PISMP Tahun 1. salah satu subjek yang dipelajari pada sem ni, iaitu Literasi Bahasa yang mana memerlukan kami membuat alat bantu mengajar (ABM). oleh itu, segala ABM yang telah disediakan telah dipamerkan semasa pameran tadi.

basically pameran ni hanya untuk berkongsi idea mengenai pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan boleh dipraktikkan di dalam kelas. tapi biasanya benda-benda macam ni hanya dipraktikkan semasa praktikum aje. itupun sebab nak markah lebih. kalau yg dah dapat jawatan tetap as a teacher tu nan-hado lah nak rajin-rajin buat ABM semua ni. takde masa beb. tangungjawab banyak sangat kena pikul.harus ditegaskan di sini bahawa tugas seorang guru bukan setakat masuk kelas dan mengajar, tetapi banyak lagi tanggungjawab lain seperti pengurusan data (markah peperiksaan dan maklumat diri pelajar), unit beruniform, kejurulatihan (sukan) dan banyak lagi. ape kaw ingat jadi cikgu ni senang? salah Senah salah.

aku seronok bercampur bengang hari ini. seronok sebab banyak ABM yang dihasilkan lawa-lawa dan menarik perhatian aku yang dah layak dipanggil dewasa ni. tak sangka kreatif jugak budak-budak ni. bengang pula bila time setting barang untuk kelas aku, muka-muka yang sama datang untuk set up barang pameran dan juga muka-muka yang sama yang mengemaskan balik barang-barang tersebut. yang lain-lain hanya datang tunjuk muka and blah balik hostel untuk sambung membuta. excellent la u guys!

Nabila Z. dan Nabila N. sedang mengerjakan kertas- kaler-kaler untuk membuat banner kelas kami.

dan tadaaaa, hasilnya sungguh menawan! berbaloi sakit pinggang seharian
with coursemate from PISM TESL D

ini sebenarnya stage untuk pertunjukkan boneka. tapi semalam stage ni berfungsi sebagai frame untuk mengambil gambar. 

PISM MATH corner. 
kreatif gila kan? one of AB,  dari pelajar-pelajar kelas KSB

salah satu contoh aktiviti membentuk huruf.

booth PSV ni memang lawa. padanla jadi juara pun.

najad says : kecik-kecik tak pernah memancing. besar-besar ni jakun la plak mancing atas darat.

banner untuk pameran. nice!

my class corner! berpeluh ketiak kitorang nak susun semua ABM ni.
sebenarnya banyak lagi pertandingan-pertandingan yang dianjurkan semasa Bulan Bahasa ni. ada Kembara Bahasa, Kuiz Bahasa, pertandingan pidato, forum, dan pertandingan nyanyian lagu klasik. yang lain ade lagi tapi aku tak ingat. dan pencapaian kelas aku agak membanggakan jugak. untuk pertandingan forum, pasukan forum kelas aku menjadi juara. bagi pertandingan pidato pulak, juara dan naib juara ialah daripada kelas aku. juara ialah Asma dan naib juara ialah Mr. Hubby. dua-dua ni kena paksa masuk dengan lecturer sebenarnya. alhamdulillah dah rezeki diorang. dan untuk pameran Literasi Bahasa pula, kelas aku mendapat tempat ketiga. alhamdulillah sangat-sangat. tak sangka pun dapat top 3 sebab kelas-kelas lain pun banyak mempamerkan ABM yang lawa-lawa.

itu sahaja. maw melelapkan mata kejap. tapi sebelum itu...

kami yang kepenatan dan kelaparan.

wajah naib juara. haha!

B.A.B.A.I!!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)