tabung kelas teacher bella

Monday, October 31, 2011

Mega Giveaway CPB : Mehlah Kritik Kalau Berani


assalamualaikum. penantian dua hari telah berakhir selepas Cik Puan Bunga jangok+ohsem merasmikan GA
beliau pada hari ni. meleleh air liur aku nengok hadiah-hadiah yang CPB offer. macam-macam ada. wah teruja teruja dah tak payah nak membebel panjang nanti CPB potong markah.

syarat-syarat penyertaan semua dah passed. tinggal acara kemuncak iaitu mengkritik blog beliau. neves weh.


dear Cik Puan Bunga, emm, nak kritik ape ye. saya pun baru je follow blog akak awal tahun ni. first thing yang saya perasan lah kan, akak ni suka tukar background blog akak. kejap gambar dotted love flower, kejap gambar baby-baby la and latest gambar corak paisley oren-biru tuh. baru nak jemu dengan satu-satu background akak, akak dah tukar dengan yang lain. dahlah background akak ni semua lawa-lawa. mane akak dapatkan background yang lawa-lawa ni ea? dan lagi satu, macam mana akak buat border post body akak tu? lain dari yang lain. biasanya kalau setting default blogger kan post body tu straight je. tapi akak punya post body bergerigi macam corak kertas kena carik. uniklah. ajarkan saya macam mana nak buat tu boleh?


next, saya suka stail sidebar akak. ringkas tapi tersusun dan tak diserabutkan dengan gadget yang entah ape-ape. saya paling suka header akak yang latest ni. header tu menunjukkan akak dah mencapai tahap kematangan sebagai seorang wanita anggun berkerjaya dan juga seorang ibu. header akak yang sebelum ni nampak kebudak-budakan sikit. sekali tengok macam header macam masuk ke blog budak belum mumayiz pun ada. dengan kalerful-kalerfulnya meriah betul. the new one ni lagi lawa dengan warna pink dan gambar kasut dan handbag yang selalu menjadi buruan mata akak time shopping. betul tak? header ni akak buat sendiri ye?


kasut tuh mengancam. ade kat pasaran tak design kasut camnih?
your writing style, hahaha siyes selalu gelak bila baca blog akak. first time jumpa blog akak dulu masa saya tengah serabut dengan assignment Linguistic. daripada buat assignment, terus saya sangkut membaca setiap entri akak daripada yang latest kepada yang oldest. gaya penulisan akak santai dan bila rasa terasa macam eh comelnye comelnye. secara tak langsung boleh hilangkan serabut kat kepala. akak berjaya membangkitkan emosi pembaca akak. kalau akak sedih, your writing pun jadi sedih. baca post akak pun boleh sebak. tapi kalau akak hepi, macam-macam perkataan akak guna untuk describe kegembiraan akak sampaikan kami yang membacanya pun boleh rasa kegembiraan tu. pendek kata, setiap hasil tulisan akak ni sarat dengan emosi. one more thing yang saya tabik dengan akak, akak tak takut untuk menceritakan setiap kejadian yang menimpa akak. kisah hidup akak, masalah akak dengan family mertua (maaf kalau saya sentuh isu sensitif bagi akak ni) mahupun kehidupan harian akak semua akak ceritakan dekat blog. even merajuk dengan suami pun akak ceritakan jugak. comel betul ♥


dalam banyak-banyak entri akak, entri ni paling best.  yang pasal berzina tu. eh bukan nak kata berzina tu best. tak tak nauzubillah mintak dipeliharakan iman daripada buat benda terkutuk tu. cuma sedikit sebanyak entri akak ni memberi kesedaran bagi saya untuk menjaga diri dan maruah sebagai seorang perempuan. jangan bila perut dah membusung baru nak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. 


to kak CPB, saya suka baca blog akak. kadang-kadang sehari dua tiga kali saya view blog akak takut-takut ada entri yang saya terlepas pandang. semoga akak cool kentang selalu, bahagia dengan suami dan Adam yang super comel, (harap-harap lepas ni akak dapat baby girl pulak. hahaha!). semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketabahan dan kesabaran serta kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. sorry kalau akak ade terasa dengan kritikan tak berapa membina saya ni :). urgh akak, neves la nak publish entry nih!



ok, done mengkritik blog CPB. sekarang aku nak tag 2 orang insan bertuah untuk turut sama mengkritik CPB. eheh! dengan ni, aku perturunkan kepercayaanku kepada Gwen dan Miss Orangee untuk mencuba nasib dan memeriahkan GA super brutal Kak CPB ni. nama GA je super brutal tapi penganjur GA cool kentang. kan akak kan kan? :D. korang ada masa sampai 30 November untuk menyertai GA ni.

nak tengok hadiah tak, kasi saspen sikit lah. kalau nak tengok sila picit sini.

ok i'm done. bai!

7 students asking questions:

gwen velora said...

thanks for the tag. :)

Miss Orangeee said...

tq tag...
kna cuba nasib ni =)

bella bellitos said...

@gwen velora welcome dearie

bella bellitos said...

@Miss Orangeee welcome. join taw join taw :D

Cik Puan Bunga said...

^___^


Terharunya baca. Awak mmg ikhlas join giveaway ni. Teliti sungguh entry awak. Thanks ye bella.

Hopefully ada rezeki awak! ^___^

bella bellitos said...

@Cik Puan Bunga insyaAllah. thanks jugak kak bunga buat GA best nih ^^,

bella bellitos said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)