tabung kelas teacher bella

Sunday, October 16, 2011

Kejohanan Bola Baling Terbuka IPBA 2011

assalamualaikum. sebenarnya niat di hati nak update entri pasal kejohanan bola baling ni semalam lagi tapi disebabkan kepenatan yang maha dasyatt maka entri ni terbengkalai seketika. sekarang still penat dan lenguh-lenguh satu badan tapi disebabkan takmau cerita ni basi begitu sahaja maka aku update la jugak. gigih kan mak, Senah oii!

semalam, 15 Oktober 2011 bertempat di padang IPBA, kelas aku (PISMP TESL (PRIMARY) C) bersama dengan PISMP TESL PRIMARY D dan PPISMP TESL SEMESTER 3 (budak-budak hingusan). kejohanan ini  merupakan tugasan GERKO kami untuk semester ini. sebenarnya ini kali kedua kelas aku mengadakan kejohanan bola baling untuk subjek GERKO sebab masa semester 2 foundation dulu permainan untuk GERKO kitorang adalah bola baling jugak. jadi sedikit sebanyak pengalaman yang dah ada tu boleh digunakan untuk menguruskan kejohanan bola baling untuk kali ini pulak.

tapi aku tak nafikan, konflik dalaman dalam kalangan penganjur memang ada. masalah pertama kekangan kewangan. pihak IPBA hanya sponsor hadiah je, so kami terpaksa mencari alternatif lain untuk menyediakan minuman kepada peserta. kesudahannya, setiap penyertaan perlu disertakan dengan bayaran RM10. masalah kedua dan yang paling besar yang kami hadapi ialah kerjasama. disebabkan bilangan ahli penganjur ni terlampau ramai, ade ka makhluk-makhluk tak bertanggungjawab yang ambil sikap lepas tangan. terutamanya yang jadi anak-anak buah kepada setiap AJK yang ada. semua kerja main lepas kat AJK tertinggi je. kurang ajar betul. sampaikan kami yang AJK tertinggi ni terkejar-kejar nak setelkan semua benda. panas hati aku.  boleh dikatakan AJK tertinggi semalam banyak kali naik darah dengan budak-budak yang tak buat kerja tu. boleh pulak diorang melepak kat bawah pokok yang teduh nan redup dan biarkan kami je terkejar-kejar sana sini buat segala kerja. memang lu bikin darah wa naik la wehh! kalau ikutkan hati aku nak je aku report kat lecturer budak-budak tu tak buat kerja. mentang-mentang Cik Bad takde korang naik lemak ye. puaka betul!

tambah panas bila seorang player kelas aku tiba-tiba melesapkan diri semalam. tak pasal-pasal aku yang still selsema ni kena ganti dia main. dhla pagi tu kalut dengan pendaftaran dan jadual perlawanan, tak sempat stretching aku terus main. hasilnya hari ni satu badan sengal-sengal.

insiden perang mulut pun tak kurang hebat. biasalah setiap kalu kejohanan kalau takde group yang perang mulut tak sah. seingat aku masa kejohanan yang dulu pun ada pasukan perempuan yang perang mulut kat tengah padang sebab masing-masing main kasar. kali ni pun sama jugak. ade juga yang mempertikaikan keputusan pengadil. bila tak puas hati bising je mulut diorang cakap pengadil berat sebelah la, buta tak nampak kesalahan lawan la, macam-macam la. derrr! kami belajar bola baling pun baru sem ni. buat kejohanan pun for the sake of GERKO. rules yang kami guna pun basic rules sahaja. sebab kami masih belajar lagi. pfffttt membebel pulak aku.

champion (boys) = WARGA EMAS IPBA

sesi taklimat

first girls match = OUU YEAH VS GERENCH

kau ingat muka kiut ko menggoda ke bang long?

yang serba hitam tu aku. masa ni dok tahan hingus dari keluar. pfftt

SEMUT : tahmiah dapat no 3. korang la penyelamat maruah batch kita

final match

pasukan TERATAI LAYU & DI TASIK MADU

sebahagian daripada penganjur. yang tak buat keje takleh masuk gambar

hadiah sponsored by IPBA

itu sahaja. babai!!

1 students asking questions:

aRa ❤ aFiq™ said...

wah.. msty meriah an.. tp ara xske join xtvt padang.. hee

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)