tabung kelas teacher bella

Monday, October 31, 2011

first love is always the hardest to forget.

assalamualaikum. sekarang ni musim putus cinta ke? dekat home facebook aku budak-budak ni dok update status berbaur kekecewaan macam putus cinta je.ala baru putus cinta.  "first love is always the hardest to forget". well, statement ni betul tapi mempunyai banyak kemungkinan. sama ada your first love tu sangat baik, tinggi akhlaknya, ilmu agama yang mantap dan mempunyai kehidupan yang stabil, pendek kata first love ko ni perfectlah ataupun first love ko tu macam hantu raya, playboy malaya (kononnya lah), kelek perempuan sini sana, bajet hero idaman dara-dara dan curang belakang ko. pilih yang mana satu? bagi aku, cinta pertama aku memang sangat sukar aku nak lupakan sebab dia lah hantu. bajet playboy malaya, bajet idaman dara-dara dan terang-terang main dengan perempuan lain kat belakang aku.

aku kenal ex aku tu dah lama. since sekolah rendah lagi. dulu dia ngan adik dia stay dengan atok dia kejap sebab ayah dia kena transfer ke Sarawak. aku start rapat dengan dia masa Form 3. at that time he was my cousin best friend. he is tall, good looking but a bit lacking in his attitude. sedikit berlagak dan poyo. tapi masa tu buta dengan kehenseman dia aku buat tataw je. actually aku pun tak taw aku kapel dengan dia atas sebab cinta atau sebab dia hensem.

beza umur kami 2 tahun. masa form 4 aku dapat tawaran masuk SESTER, dan dia dapat tawaran ke UITM Dungun. masa tu kami dah jarang contact sebab aku tak bawak henfon pergi sekolah. ok form 4 adalah taun bajet skema kerana junior selalu di watch out oleh senior-senior. tapi 3 bulan pertama je aku baik. lepas tu aku bawak je henset. but still kitorang jarang contact. kononnya dia busy dengan kelas dan assignment. ok fine aku terima. sepanjang tempoh tu, aku ngan dia pernah jumpa sekali je. itupun pergi makan dekat KFC Mydin Mall dengan kawan-kawan aku dan bestfriend aku (Adda) dari kampung yang study sama dengan dia.

then aku dapat taw dari Adda, mamat poyo ni playboy kat UITM. aku tanya dia, of course la tak mengaku kan. lepas tu Adda tunjuk prove dekat aku. dekat Myspace dia, berlambak gambar dia ngan so-called-awek-barunya berpeluk-peluk, peang tangan whatsoever lah. dan that girl aku kenal sangat-sangat. schoolmate aku jugak masa sekolah rendah dulu. aku mintak tolong adik dia untuk check inbox henset dia, dan terbukti memang dia curang kat belakang aku. aku bengang, satu-satu gambar dia dengan awek baru aku print, aku ajak dia face-to-face then suruh dia mengaku. mulanya dia tak mengaku. dia cakap itu adik angkat dia. tapi aku tak boleh nak terima. bila aku suruh dia pilih beetween me and that girl, dia terdiam. and i conclude, we're over. sehari lepas tu, aku pulangkan balik semua barang-barang yang dia pernah bagi dekat aku. teddy bear, bantal, gelang kaki, even surat zaman belum mumayiz pun aku bagi balik. sakit hati aku sebab sampai ke sudah dia tak maw mengaku dia ada affair dengan perempuan tu. dan aku tak sangka selepas setahun dia still cari aku. kononnya ank pujuk aku yang merajuk. but sorry to say, aku dah penat layan kerenah kau, ex!

tragis kan my forst love? alhamdulillah, aku dah completely lupakan dia. bagi aku, tak guna ingatkan orang macam tu sebab nati aku jugak yang makan hati. well, tak semua orang ada first love yang indah-indah. aku adalah antara yang tak bernasib baik. lepas tu baru aku betul-betul memilih pasangan untuk berkapel. masa kat SESTER dulu, bukan takde orang tackle aku. ade je senior-senior yang hot-hot try nak masuk line. tapi disebabkan first love aku yang macam haram tu, aku jadi memilih. aku lagi suka untuk berkawan dulu and kalau aku rasa dia boleh terima aku seadanya dan aku pun begitu, insya-Allah perhubungan kami akan melangkah ke tahap seterusnya.

berkenalan dengan Mr.Hubby bila aku masuk IPBA. masa tu 1 still carry my status as a single woman. woman macam tua sangat single teenager la muda sikit :P. walaupun kami sekelas, aku dengan dia tak pernah bertegus sapa. he is kinda of poyo dengan muka garang dan jarang senyum. entah macam mana one day kami start SMS and YM. masa tu dia ceritakan semua problem dia dekat aku. masa aku tension bila kena kacau dengan budak-budak laki kat IPBA ni, dia yang tenangkan aku. siap pergi sound lagi sorang budak ni sebab buat gurauan berbaur 18SX dengan aku. masa ex aku kembali kacau aku samoai 1 week aku jadi pendiam pun, dia yang ceriakan aku balik. masa ni aku dah start jatuh hati dengan dia tapi aku diamkan aje. takmaw dikatakan perigi mencari timba. masa cuti hujung tahun tu pun, we still keep in touch. tiap-tiap hari SMS sampaikan aku rasa selesa dengan dia. tapi still dalam kelas kami macam strangers. langsung tak bercakap.

it took me about 6 month to accept him. dan bila dia propose me to be his gf, aku terdiam. nangis jugak setitik dua. tacing ah konon. aku terima dia seadanya dan begitu juga dia. hubungan kami berjalan lancar tanpa ada sesiapa yang tahu except my roomate. classmate yang lain semua tak tahu. diorang semua tahu bila kami ubah relationship kat facebook. kaw kaw kena paku dalam kelas lepas tu. but i know, pilihan aku kali ini insya-Allah tepat. dia berjaya buatkan aku lupakan ex aku yang macam sampah tu. dah kena tinggal dengan awek dia baru terhegeh-hegeh cari aku balik ptuihh. menyampah aku!

kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. yang pertama selalunya yang terindah. yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. yang pertama selalunya sukar dilupakan. kata orang lagi, luka pertama adalah yang paling dalam dan sukar disembuhkan. walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam sanubari. hebatnya penagan pertama. (petikan dari sini) 

macam mana nak lupakan first love? meh aku share ape yang aku buat dulu.

1. tukar nombor telefon supaya dia tak dapat hubungi kita lagi. 


2. segala pemberian darinya, tak kira la teddy bear ke kasut ke bantal ke, pulangkan balik. kalau semua ni still ade dengan korang ianya hanya akan mengigatkan korang kepada first love korang tu. kalau dah selalu teringat macam mana nak lupakan kan?


3. delete gambar dia daro henset, laptop/komputer mahupun gambar di dalam album simpanan korang. yang gambar dalam album tu, you can choose whether to return to him or kalau aku, campak je dalam api masa bakar sampah. bsersemarak api tu tahu :D


4. if u decide to forget him, then stay with your decision. jangan kejap-kejap nak clash, kejap-kejap tak mau. 


5. keep yourself busy. as for me, aku luangkan masa dengan kawan-kawan aku dan sebokkan diri dengan silat and other stuff. slowly aku dapat lupakan dia.


6. paling penting, berdoalah kepada-Nya agar dipermudahkan niat korang untuk melupakan first love tu. banyakkan baca al-Quran. itulah penenang yang paling hebat. 

insya-Allah. korang akan boleh lupakan first love tu tapi mungkin akan take time sedikit. well, first love kan susah nak dilupakan. tak gitu. tapi jangan pulak dalam usaha nak lupakan your first love tu korang kalut cari pakwe lain semata-mata nak gantikan tempat yang telah dikosongkan oleh your first love tu. ini adalah satu jenayah besar. konfirm-konfirm perasaan sayang kau tu tak tumpah sepenuhnya kepada your new partner sebab ko memaksa diri ko untuk melupakan first love ko. buat ape nak main-mainkan perasaan pasangan baru kau kalau hati kau masih ingatkan first love kau? dan lagi satu, janganlah dengkikan kebahagiaan hidup orang lain. tak payah busuk hati nak porak-perandakan hubungan orang lain hanya kerana hubungan ko putus di tengah jalan. mungkin jodoh kau belum sampai, sape tahu kan? kita hanya merancang, tapi yang menentukannya ialah Allah SWT. renung-renungkan.

melalut panjang aku. need to rest for a long-long hour of mas lecture tomorrow. night people. bye!

sambil-sambil tu, bolehlah amalkan doa doa kat bawah ni (sumber google)





maaf, post kali ni panjang sangat. have a pleasant time reading!

4 students asking questions:

yaya said...

dear. thnx for sharing the doa. i wish u great happiness with ur hubby =)

bella bellitos said...

@yaya
sama-sama :) hope doa ni dapat membantu kita. thanks for the wishes

Marliyana Mk said...

wahhh..good sharing :)
apapun yg kita buat,

doa lah jlannya :D

bella bellitos said...

@Marliyana Mk welcome :D.. betul tu. setuju sangat. doa lah senjata paling kuat :)

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)