tabung kelas teacher bella

Monday, October 10, 2011

budak form 3 berjimba dah habis PMR, aku pulak kena pulun study untuk test esok. nasibla badan..

assalamualaikum. apekehal nye tajuk aku sikit punya panjang? bila dha lama tak menghupdate ni skill berblogging pun dah tumpul sikit. leleh iyelah kau Senah! hari-hari update pun belum tentu skill blogging kau tajam bak pedang. tak gitu?

hari ni budak-bidaj Form 3 dah merdeka. last paper PMR hari ini ialah Kemahiran Hidup dengan Math. untungla hangpa dah boleh berjimba tak hengat dunia kan. kalau aku lepas PMR dulu aku aku pergi sekolah seminggu masa minggu last persekolahan je. itupun sebab sekolah buat jamuan akhir tahun dekat Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. kalau tak dah lama aku bungkus kain baju balik rumah tanam getah. kehkeh. pergi sekolah pun buat ape kalau kerjenye bertapa je dalam bilik muzik tengok cerita. takpun kalau dah bosan sangat masuk bengkel masakan Kemahiran Hidup masak megi. oh no no no bosan yang amat. baik aku duduk rumah ternak segala macam makhluk yang boleh diternak. begitulah cara aku meluangkan masa selepas PMR. penuh dengan pengisian bukan?

tapi kan tapi kan. dalam budak-budak Form 3 tu beriang gembira sebab dan terlepas dari azab PMR yang akan bersambung dengan azab SPM maha dasyat tu (betul wehh SPM punya azab memang bolehbuat korang mereng ye adik-adik), aku pun sedang di azab sekarang ni. untuk pengetahuan, minggu ni merupakan minggu segala UAK (ujian akhir kursus) dijalankan. UAK ni hanya untuk subjek-subjek minor seperti Numerical Literacy dan Liteasi Bahasa. esok adalah UAK bagi Numerical Literacy. Jumaat ni pulak UAK untuk Literasi Bahasa. dan paling hebat aku tak study hape pun lagi untuk UAK Numerical Literacy esok!

balik-balik tanpa sempat membuka tudung terus aku sepahkan meja untuk mencari nota Numerical Literacy (kalaulah ada). dalam hati tak putus-putus berdoa harap-harap ade la sekeping dua nota yang aku catat masa dalam kelas. kebiasaannya bagi aku (dan jugak budak-budak yang seangkatan denganku), kalau subjek minor ni kitorang buat derk aje. nak salin nota masa kelas tu memang liat lah sikit. datang kelas subjek tersebut pun dah kira baik lah kan. tapi nasib baik jugak la dalam main-main aku jumpa jugak nota Numerical Literacy yang tebalnya tak sampai 1cm pun. paling banyak aku kira ade la enam helai. jadilahh daripada takde langsung Senah kan..

disebabkan nota yang ada pun seciput aje, maka terpaksalah aku melakukan research tambahan (eleh ayat taknak kalah) dengan meng "Google" mana-mana nota yang dirasakan perlu. masa ni lah baru nak baca ape itu Polya's Model,  mental arithmetik bla bla bla. nasib baik Madam bagi nota statistik minggu lepas. senang satu kerja di situ. macam takde semangat la nak study. Math is not my favourite subject. kalau kat sekolah dulu cikgu Math la musuh aku. kehkehkeh.

perlu memaksimumkan masa yang ada untuk study. study study cepat-cepat nanti boleh tengok Running Man!


babai! see you soon!



ohYESiFORGOTtoTELL : walaupun markah mid term test Learning and the Learner buat hati aku remuk rendam (ecehh), tapi markah mid term test Phonetics and Phonology boleh buat aku senyum. syukur padamu ya-Allah :')

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)