tabung kelas teacher bella

Sunday, October 30, 2011

berhati-hati dengan pembuli jalan raya (road bully)

assalamualaikum. baru keluar mengedate dengan Mr.Hubby. destinasi tujuan kami ialah KFC Petaling Jaya kerana masing-masing kebuluran tak makan seharian. tengah tunggu Mr.Hubby datang menjemput dengan kereta kudanya Waja putihnya tiba-tiba hujan turun dengan lebat. selamat ada payung. kalau tak lencun jugak kena kena air hujan tu. dan sempat lagi aku pass payung tu dekat Jaazli sebab kesian tengok dia macam terkulat-kulat dekat guard tu tak tahu nak balik blok 1 macam mane. jangan lupa pulangkan payung aku esok ye Jaaz! lepas tu Mr.Hubby and I meneruskan perjalanan meredah hujan yang maha lebat menuju ke KFC. perut aku dah start buat opera masa ni. nasib baik bunyi hujan kat luar tu kuat kalau tak kantoi dengan Mr.Hubby perut berbunyi. hadoii!

meredah hujan yang lebat bukanlah satu perkara yang cool. hujan membataskan penglihatan kita. tambah-tambah kereta banyak tadi. tak pasal-pasal aku kena jadi mata no 5 dan 6 untuk Mr.Hubby. tolong tengok-tengok takut terlepas simpang nak pergi KFC tu. it's okay for me sebab aku pun duduk saja-saja je kan. sampai di satu traffic light yang dekat flyover menghala ke PPUM tu, datang seorang pakcik yang terburu-buru menuju ke kereta kami. aku dah cuak. Mr.Hubby still cool. pakcik tu ketuk tingkap and Mr.Hubby bukak sikit tingkap kereta.


pakcik anonymous : dik boleh tolong saya tak? kereta saya mati kat sana. starter rosak. boleh bagi pinjam RM50 tak?

Mr.Hubby : saya takde duit la pakcik. kami nak pergi bank la ni.

pakcik anonymous : ala dik RM50 je dik. tolongla saya nak balik jauh ni. saya nak balik ke Seremban. starter kereta saya rosak. RM30 ada? tolongla saya. hujan ni saya pun dah basah.

Mr.Hubby : takde pakcik. kami baru nak keluarkan duit ni. 

pakcik anonymous : takkan RM30 pun takde? RM20 la. anggap la ni amal jariah you untuk orang macam i (dan dan je tukar guna "you and i". yucks.). you miss takkan takde kot? (merujuk kepada aku)

aku : takde la pakcik. kan dah cakap tadi.

pakcik anonymous : eii tolongla takkan RM20 pun tak ada bla bla bla (ayat seterusnya aku dah tak tahu sebab Mr.Hubby terus blah lepas lampu isyarat tukar kaler hijau)


selepas kami blah tinggalkan pakcik tu, aku terus urut dada. Mr.Hubby tiba-tiba menjerit lepaskan geram. katanya kalau ikutkan hati nak je dia tengking pakcik tadi tu. kalau betul dia perlukan bantuan kenapa dia tak pergi ke kereta kat belakang kereta kami bila we refuse to help him? boleh pulak dia main tawar menawar dengan kitorang. kejap nak RM50 la, RM30 la, RM20 la. dah tu nada suara mula-mula elok, lepas tu bila kami macam taknak bagi duit terus nada suaranya macam nak marah-marah dan macam nak menengking kami. Mr.Hubby syak dia ni saja nak pow kitorang. and muka dia familiar. macam pernah nampak tapi entahlah kot kot pelanduk dua serupa ke. manalah tahu kan. but sayang, you're brave enough to open the window. kalau aku la, sampai ke sudah aku tak bukak tingkap tu

so to all drivers kat luar sana terutamanya pemandu wanita, berhati-hati kalau tengah berhenti kat traffic light or bahu jalan, tiba-tiba ada orang ketuk tingkap.  dunia sekarang ni dipenuhi dengan orang yang berniat jahat. kalau boleh sediakan penyembur lada hitam sebagai langkah berjaga-jaga. malang tak berbau kan? baik kita beringat sebelum kena.

apepun kami selamat sampai ke KFC tu walaupun pakcik anonymous tu buat Mr.Hubby hangin satu badan kejap. dan kami berjaya melahap Bargain Bucket (3 rice + 6 pieces of chickens), 1 coleslaw large, 1 mashed potato large, 1 cheesy wedges dan air sorang satu. gila banyak kami makan. still ada 1 ketul ayam dengan aku, 1  bowl nasi + 2 ketul ayam + half oh coleslaw + half or mashed potato dengan Mr. Hubby. that will be his supper, i guess. oh, ayam perasa tomyam itu sangat tidak enak. i prefer spicy more!

need to complete my ISL thingy by tonight. two more task to go. fighting.

semorang, babai!


p/s : hope esok tak Monday blues sebab dah seminggu cuti dan mood belajar entah kemana. hei bella study lah study final dah dekat!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)