tabung kelas teacher bella

Monday, October 31, 2011

Mega Giveaway CPB : Mehlah Kritik Kalau Berani


assalamualaikum. penantian dua hari telah berakhir selepas Cik Puan Bunga jangok+ohsem merasmikan GA
beliau pada hari ni. meleleh air liur aku nengok hadiah-hadiah yang CPB offer. macam-macam ada. wah teruja teruja dah tak payah nak membebel panjang nanti CPB potong markah.

syarat-syarat penyertaan semua dah passed. tinggal acara kemuncak iaitu mengkritik blog beliau. neves weh.


dear Cik Puan Bunga, emm, nak kritik ape ye. saya pun baru je follow blog akak awal tahun ni. first thing yang saya perasan lah kan, akak ni suka tukar background blog akak. kejap gambar dotted love flower, kejap gambar baby-baby la and latest gambar corak paisley oren-biru tuh. baru nak jemu dengan satu-satu background akak, akak dah tukar dengan yang lain. dahlah background akak ni semua lawa-lawa. mane akak dapatkan background yang lawa-lawa ni ea? dan lagi satu, macam mana akak buat border post body akak tu? lain dari yang lain. biasanya kalau setting default blogger kan post body tu straight je. tapi akak punya post body bergerigi macam corak kertas kena carik. uniklah. ajarkan saya macam mana nak buat tu boleh?


next, saya suka stail sidebar akak. ringkas tapi tersusun dan tak diserabutkan dengan gadget yang entah ape-ape. saya paling suka header akak yang latest ni. header tu menunjukkan akak dah mencapai tahap kematangan sebagai seorang wanita anggun berkerjaya dan juga seorang ibu. header akak yang sebelum ni nampak kebudak-budakan sikit. sekali tengok macam header macam masuk ke blog budak belum mumayiz pun ada. dengan kalerful-kalerfulnya meriah betul. the new one ni lagi lawa dengan warna pink dan gambar kasut dan handbag yang selalu menjadi buruan mata akak time shopping. betul tak? header ni akak buat sendiri ye?


kasut tuh mengancam. ade kat pasaran tak design kasut camnih?
your writing style, hahaha siyes selalu gelak bila baca blog akak. first time jumpa blog akak dulu masa saya tengah serabut dengan assignment Linguistic. daripada buat assignment, terus saya sangkut membaca setiap entri akak daripada yang latest kepada yang oldest. gaya penulisan akak santai dan bila rasa terasa macam eh comelnye comelnye. secara tak langsung boleh hilangkan serabut kat kepala. akak berjaya membangkitkan emosi pembaca akak. kalau akak sedih, your writing pun jadi sedih. baca post akak pun boleh sebak. tapi kalau akak hepi, macam-macam perkataan akak guna untuk describe kegembiraan akak sampaikan kami yang membacanya pun boleh rasa kegembiraan tu. pendek kata, setiap hasil tulisan akak ni sarat dengan emosi. one more thing yang saya tabik dengan akak, akak tak takut untuk menceritakan setiap kejadian yang menimpa akak. kisah hidup akak, masalah akak dengan family mertua (maaf kalau saya sentuh isu sensitif bagi akak ni) mahupun kehidupan harian akak semua akak ceritakan dekat blog. even merajuk dengan suami pun akak ceritakan jugak. comel betul ♥


dalam banyak-banyak entri akak, entri ni paling best.  yang pasal berzina tu. eh bukan nak kata berzina tu best. tak tak nauzubillah mintak dipeliharakan iman daripada buat benda terkutuk tu. cuma sedikit sebanyak entri akak ni memberi kesedaran bagi saya untuk menjaga diri dan maruah sebagai seorang perempuan. jangan bila perut dah membusung baru nak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. 


to kak CPB, saya suka baca blog akak. kadang-kadang sehari dua tiga kali saya view blog akak takut-takut ada entri yang saya terlepas pandang. semoga akak cool kentang selalu, bahagia dengan suami dan Adam yang super comel, (harap-harap lepas ni akak dapat baby girl pulak. hahaha!). semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketabahan dan kesabaran serta kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. sorry kalau akak ade terasa dengan kritikan tak berapa membina saya ni :). urgh akak, neves la nak publish entry nih!



ok, done mengkritik blog CPB. sekarang aku nak tag 2 orang insan bertuah untuk turut sama mengkritik CPB. eheh! dengan ni, aku perturunkan kepercayaanku kepada Gwen dan Miss Orangee untuk mencuba nasib dan memeriahkan GA super brutal Kak CPB ni. nama GA je super brutal tapi penganjur GA cool kentang. kan akak kan kan? :D. korang ada masa sampai 30 November untuk menyertai GA ni.

nak tengok hadiah tak, kasi saspen sikit lah. kalau nak tengok sila picit sini.

ok i'm done. bai!

first love is always the hardest to forget.

assalamualaikum. sekarang ni musim putus cinta ke? dekat home facebook aku budak-budak ni dok update status berbaur kekecewaan macam putus cinta je.ala baru putus cinta.  "first love is always the hardest to forget". well, statement ni betul tapi mempunyai banyak kemungkinan. sama ada your first love tu sangat baik, tinggi akhlaknya, ilmu agama yang mantap dan mempunyai kehidupan yang stabil, pendek kata first love ko ni perfectlah ataupun first love ko tu macam hantu raya, playboy malaya (kononnya lah), kelek perempuan sini sana, bajet hero idaman dara-dara dan curang belakang ko. pilih yang mana satu? bagi aku, cinta pertama aku memang sangat sukar aku nak lupakan sebab dia lah hantu. bajet playboy malaya, bajet idaman dara-dara dan terang-terang main dengan perempuan lain kat belakang aku.

aku kenal ex aku tu dah lama. since sekolah rendah lagi. dulu dia ngan adik dia stay dengan atok dia kejap sebab ayah dia kena transfer ke Sarawak. aku start rapat dengan dia masa Form 3. at that time he was my cousin best friend. he is tall, good looking but a bit lacking in his attitude. sedikit berlagak dan poyo. tapi masa tu buta dengan kehenseman dia aku buat tataw je. actually aku pun tak taw aku kapel dengan dia atas sebab cinta atau sebab dia hensem.

beza umur kami 2 tahun. masa form 4 aku dapat tawaran masuk SESTER, dan dia dapat tawaran ke UITM Dungun. masa tu kami dah jarang contact sebab aku tak bawak henfon pergi sekolah. ok form 4 adalah taun bajet skema kerana junior selalu di watch out oleh senior-senior. tapi 3 bulan pertama je aku baik. lepas tu aku bawak je henset. but still kitorang jarang contact. kononnya dia busy dengan kelas dan assignment. ok fine aku terima. sepanjang tempoh tu, aku ngan dia pernah jumpa sekali je. itupun pergi makan dekat KFC Mydin Mall dengan kawan-kawan aku dan bestfriend aku (Adda) dari kampung yang study sama dengan dia.

then aku dapat taw dari Adda, mamat poyo ni playboy kat UITM. aku tanya dia, of course la tak mengaku kan. lepas tu Adda tunjuk prove dekat aku. dekat Myspace dia, berlambak gambar dia ngan so-called-awek-barunya berpeluk-peluk, peang tangan whatsoever lah. dan that girl aku kenal sangat-sangat. schoolmate aku jugak masa sekolah rendah dulu. aku mintak tolong adik dia untuk check inbox henset dia, dan terbukti memang dia curang kat belakang aku. aku bengang, satu-satu gambar dia dengan awek baru aku print, aku ajak dia face-to-face then suruh dia mengaku. mulanya dia tak mengaku. dia cakap itu adik angkat dia. tapi aku tak boleh nak terima. bila aku suruh dia pilih beetween me and that girl, dia terdiam. and i conclude, we're over. sehari lepas tu, aku pulangkan balik semua barang-barang yang dia pernah bagi dekat aku. teddy bear, bantal, gelang kaki, even surat zaman belum mumayiz pun aku bagi balik. sakit hati aku sebab sampai ke sudah dia tak maw mengaku dia ada affair dengan perempuan tu. dan aku tak sangka selepas setahun dia still cari aku. kononnya ank pujuk aku yang merajuk. but sorry to say, aku dah penat layan kerenah kau, ex!

tragis kan my forst love? alhamdulillah, aku dah completely lupakan dia. bagi aku, tak guna ingatkan orang macam tu sebab nati aku jugak yang makan hati. well, tak semua orang ada first love yang indah-indah. aku adalah antara yang tak bernasib baik. lepas tu baru aku betul-betul memilih pasangan untuk berkapel. masa kat SESTER dulu, bukan takde orang tackle aku. ade je senior-senior yang hot-hot try nak masuk line. tapi disebabkan first love aku yang macam haram tu, aku jadi memilih. aku lagi suka untuk berkawan dulu and kalau aku rasa dia boleh terima aku seadanya dan aku pun begitu, insya-Allah perhubungan kami akan melangkah ke tahap seterusnya.

berkenalan dengan Mr.Hubby bila aku masuk IPBA. masa tu 1 still carry my status as a single woman. woman macam tua sangat single teenager la muda sikit :P. walaupun kami sekelas, aku dengan dia tak pernah bertegus sapa. he is kinda of poyo dengan muka garang dan jarang senyum. entah macam mana one day kami start SMS and YM. masa tu dia ceritakan semua problem dia dekat aku. masa aku tension bila kena kacau dengan budak-budak laki kat IPBA ni, dia yang tenangkan aku. siap pergi sound lagi sorang budak ni sebab buat gurauan berbaur 18SX dengan aku. masa ex aku kembali kacau aku samoai 1 week aku jadi pendiam pun, dia yang ceriakan aku balik. masa ni aku dah start jatuh hati dengan dia tapi aku diamkan aje. takmaw dikatakan perigi mencari timba. masa cuti hujung tahun tu pun, we still keep in touch. tiap-tiap hari SMS sampaikan aku rasa selesa dengan dia. tapi still dalam kelas kami macam strangers. langsung tak bercakap.

it took me about 6 month to accept him. dan bila dia propose me to be his gf, aku terdiam. nangis jugak setitik dua. tacing ah konon. aku terima dia seadanya dan begitu juga dia. hubungan kami berjalan lancar tanpa ada sesiapa yang tahu except my roomate. classmate yang lain semua tak tahu. diorang semua tahu bila kami ubah relationship kat facebook. kaw kaw kena paku dalam kelas lepas tu. but i know, pilihan aku kali ini insya-Allah tepat. dia berjaya buatkan aku lupakan ex aku yang macam sampah tu. dah kena tinggal dengan awek dia baru terhegeh-hegeh cari aku balik ptuihh. menyampah aku!

kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. yang pertama selalunya yang terindah. yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. yang pertama selalunya sukar dilupakan. kata orang lagi, luka pertama adalah yang paling dalam dan sukar disembuhkan. walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam sanubari. hebatnya penagan pertama. (petikan dari sini) 

macam mana nak lupakan first love? meh aku share ape yang aku buat dulu.

1. tukar nombor telefon supaya dia tak dapat hubungi kita lagi. 


2. segala pemberian darinya, tak kira la teddy bear ke kasut ke bantal ke, pulangkan balik. kalau semua ni still ade dengan korang ianya hanya akan mengigatkan korang kepada first love korang tu. kalau dah selalu teringat macam mana nak lupakan kan?


3. delete gambar dia daro henset, laptop/komputer mahupun gambar di dalam album simpanan korang. yang gambar dalam album tu, you can choose whether to return to him or kalau aku, campak je dalam api masa bakar sampah. bsersemarak api tu tahu :D


4. if u decide to forget him, then stay with your decision. jangan kejap-kejap nak clash, kejap-kejap tak mau. 


5. keep yourself busy. as for me, aku luangkan masa dengan kawan-kawan aku dan sebokkan diri dengan silat and other stuff. slowly aku dapat lupakan dia.


6. paling penting, berdoalah kepada-Nya agar dipermudahkan niat korang untuk melupakan first love tu. banyakkan baca al-Quran. itulah penenang yang paling hebat. 

insya-Allah. korang akan boleh lupakan first love tu tapi mungkin akan take time sedikit. well, first love kan susah nak dilupakan. tak gitu. tapi jangan pulak dalam usaha nak lupakan your first love tu korang kalut cari pakwe lain semata-mata nak gantikan tempat yang telah dikosongkan oleh your first love tu. ini adalah satu jenayah besar. konfirm-konfirm perasaan sayang kau tu tak tumpah sepenuhnya kepada your new partner sebab ko memaksa diri ko untuk melupakan first love ko. buat ape nak main-mainkan perasaan pasangan baru kau kalau hati kau masih ingatkan first love kau? dan lagi satu, janganlah dengkikan kebahagiaan hidup orang lain. tak payah busuk hati nak porak-perandakan hubungan orang lain hanya kerana hubungan ko putus di tengah jalan. mungkin jodoh kau belum sampai, sape tahu kan? kita hanya merancang, tapi yang menentukannya ialah Allah SWT. renung-renungkan.

melalut panjang aku. need to rest for a long-long hour of mas lecture tomorrow. night people. bye!

sambil-sambil tu, bolehlah amalkan doa doa kat bawah ni (sumber google)





maaf, post kali ni panjang sangat. have a pleasant time reading!

Sunday, October 30, 2011

berhati-hati dengan pembuli jalan raya (road bully)

assalamualaikum. baru keluar mengedate dengan Mr.Hubby. destinasi tujuan kami ialah KFC Petaling Jaya kerana masing-masing kebuluran tak makan seharian. tengah tunggu Mr.Hubby datang menjemput dengan kereta kudanya Waja putihnya tiba-tiba hujan turun dengan lebat. selamat ada payung. kalau tak lencun jugak kena kena air hujan tu. dan sempat lagi aku pass payung tu dekat Jaazli sebab kesian tengok dia macam terkulat-kulat dekat guard tu tak tahu nak balik blok 1 macam mane. jangan lupa pulangkan payung aku esok ye Jaaz! lepas tu Mr.Hubby and I meneruskan perjalanan meredah hujan yang maha lebat menuju ke KFC. perut aku dah start buat opera masa ni. nasib baik bunyi hujan kat luar tu kuat kalau tak kantoi dengan Mr.Hubby perut berbunyi. hadoii!

meredah hujan yang lebat bukanlah satu perkara yang cool. hujan membataskan penglihatan kita. tambah-tambah kereta banyak tadi. tak pasal-pasal aku kena jadi mata no 5 dan 6 untuk Mr.Hubby. tolong tengok-tengok takut terlepas simpang nak pergi KFC tu. it's okay for me sebab aku pun duduk saja-saja je kan. sampai di satu traffic light yang dekat flyover menghala ke PPUM tu, datang seorang pakcik yang terburu-buru menuju ke kereta kami. aku dah cuak. Mr.Hubby still cool. pakcik tu ketuk tingkap and Mr.Hubby bukak sikit tingkap kereta.


pakcik anonymous : dik boleh tolong saya tak? kereta saya mati kat sana. starter rosak. boleh bagi pinjam RM50 tak?

Mr.Hubby : saya takde duit la pakcik. kami nak pergi bank la ni.

pakcik anonymous : ala dik RM50 je dik. tolongla saya nak balik jauh ni. saya nak balik ke Seremban. starter kereta saya rosak. RM30 ada? tolongla saya. hujan ni saya pun dah basah.

Mr.Hubby : takde pakcik. kami baru nak keluarkan duit ni. 

pakcik anonymous : takkan RM30 pun takde? RM20 la. anggap la ni amal jariah you untuk orang macam i (dan dan je tukar guna "you and i". yucks.). you miss takkan takde kot? (merujuk kepada aku)

aku : takde la pakcik. kan dah cakap tadi.

pakcik anonymous : eii tolongla takkan RM20 pun tak ada bla bla bla (ayat seterusnya aku dah tak tahu sebab Mr.Hubby terus blah lepas lampu isyarat tukar kaler hijau)


selepas kami blah tinggalkan pakcik tu, aku terus urut dada. Mr.Hubby tiba-tiba menjerit lepaskan geram. katanya kalau ikutkan hati nak je dia tengking pakcik tadi tu. kalau betul dia perlukan bantuan kenapa dia tak pergi ke kereta kat belakang kereta kami bila we refuse to help him? boleh pulak dia main tawar menawar dengan kitorang. kejap nak RM50 la, RM30 la, RM20 la. dah tu nada suara mula-mula elok, lepas tu bila kami macam taknak bagi duit terus nada suaranya macam nak marah-marah dan macam nak menengking kami. Mr.Hubby syak dia ni saja nak pow kitorang. and muka dia familiar. macam pernah nampak tapi entahlah kot kot pelanduk dua serupa ke. manalah tahu kan. but sayang, you're brave enough to open the window. kalau aku la, sampai ke sudah aku tak bukak tingkap tu

so to all drivers kat luar sana terutamanya pemandu wanita, berhati-hati kalau tengah berhenti kat traffic light or bahu jalan, tiba-tiba ada orang ketuk tingkap.  dunia sekarang ni dipenuhi dengan orang yang berniat jahat. kalau boleh sediakan penyembur lada hitam sebagai langkah berjaga-jaga. malang tak berbau kan? baik kita beringat sebelum kena.

apepun kami selamat sampai ke KFC tu walaupun pakcik anonymous tu buat Mr.Hubby hangin satu badan kejap. dan kami berjaya melahap Bargain Bucket (3 rice + 6 pieces of chickens), 1 coleslaw large, 1 mashed potato large, 1 cheesy wedges dan air sorang satu. gila banyak kami makan. still ada 1 ketul ayam dengan aku, 1  bowl nasi + 2 ketul ayam + half oh coleslaw + half or mashed potato dengan Mr. Hubby. that will be his supper, i guess. oh, ayam perasa tomyam itu sangat tidak enak. i prefer spicy more!

need to complete my ISL thingy by tonight. two more task to go. fighting.

semorang, babai!


p/s : hope esok tak Monday blues sebab dah seminggu cuti dan mood belajar entah kemana. hei bella study lah study final dah dekat!

first thing i wanna told you..kenapa aku berblogging?

assalamualaikum. ada orang tanya aku ape tujuan aku blogging? well, actually aku blogging just for fun. for me blog is my virtual diary. aku tulis dan ceritakan ape yang terjadi kepada aku sehari-harian. itupun kalau aku update hari-hari lah. tapi aku tidak sesenang itu untuk mengupdate segala macam aktiviti harian aku setiap hari. aku hanya update bila aku ada kelapangan. itu sahaja. dan cerita-cerita yang aku paparkan di blog aku ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. semua kegirangan, kesedihan, kebengangan dan kemarahan yang ditonjolkan hanyalah luahan hati aku. so tak perlulah nak terasa-terasa atau jeles-jeles dengan kehidupan aku yang tak seberapa ni.

okbai~

Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday #16 : 4 days more

and the holiday end.. and i'm going to meet you.. and come the final exam. gulp!

25 things random giveaway by Penmerah.com



meriah sakan Penmerah.com ni buat GA taw!dah letak banner, dah follow, sekarang aku nak tag tiga orang mangsa bertuah. insan-insan tersebut ialah *drum roll*


done! good luck guys!

Friday, October 21, 2011

selamat tinggal KL! haiii Terengganu!

assalamualaikum. semua orang dah sedia maklum kan sekarang ni suti Deepavali. untung la jadi budak maktab ni. kami semua dapat cuti seminggu. memang aku berebut pergi beli tiket awal-awal sebab semngat nak balik rumah. rindu tahu tak dekat manusia-manusia montel dekat rumah tu!

semua barang dah selamat disumbat dalam luggage. insya-Allah takde ape-ape yang tertinggal.Insya-Allah. esok pagi Mr.Hubby akan pergi hantar aku dan si botak Pie ke Hentian Putra sebab kami akan menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman dekat situ. selepas tu baru dia balik ke IPBA dan pergi ke Pudu Sentral untuk balik ke Sungai Petani. sori ye Mr.Hubby menyusahkan b untuk hantar ayg pergi Hentian Putra tu. balik IPBA nanti ayg belanja b makan durian pancake dekat The Gardens tu eh :P

seminggu cuti ni, actually tak tahu lagi nak buat ape. i'm supposed to revised on all the major subjects because the final examination is around the corner. tapi biasanya bila dah ada kat rumah buku-buku akan dianak-tirikan. nanti mesti kerja aku menghadap laptop dengan Anas dan terkekeh-kekeh dengan girangnya menggelakkan Spongebob Seluar Petak tu. tak pun berebut remote tv dengan dua adik lelaki yang makin hensem (Amir dan Adib) sebab masing-masing nak tengok channel lain. atau terperuk dekat dapur sambil garu-garu kepala memikirkan nak masak ape untuk lunch. dan menjerit kepada adik-adik bujang supaya jemur kain yang dah dibasuh. tak pun sorokkan kunci kereta  Kancil sebab takut abah merayau bawak kereta comel tu. yelah motor dah kena kebas dengan dua jejaka hensem tu. urgh rutin yang sama je tiap kali balik rumah.

sampai kat rumah esok, mesti Anas akan cakap, "kak, boleh tak adik nak tidur dengan kak malam ni?". Anas memang manja dengan aku dan kalau aku ada dekat rumah dia akan tidur dalam bilik aku. budak ni boleh tahan buas tidurnya. pernah kaki dia tiba-tiba landing atas dada aku sampai senak aku dibuatnya. nasib baik dia ni takde penyakit ngompol. lagi satu budak-budak tiga orang ni mesti akan suruh aku masakkan benda ni untuk diorang...
murtabak megi kegemaran seisi keluarga. gambar dicilok dari Google. 


untuk Mr. Hubby manje, do take care sepanjang cuti seminggu ni. jaga kesihatan, jaga diri baik-baik. jangan nakal-nakal taw. dan jangan nak buli adik b tu. nanti every night kita YM ye syg. will miss u hubby!

babai! esok pagi-pagi dah nak gerak balik! ohh mak janji nak masak nasi briyani kali ni. hip hip hoorayyy!

dalam hati ada taman

encik buah hati pengarang jantung, terima kasih kerana sentiasa membuat saya tersenyum, ketawa dan riang gembira. every seconds with you are very precious.!! jom dating esok sampai lebam.. :)

oh ya, awak sangat comel masa atas stage tadi. sampaikan ayang stunned and lupa nak snap pic. teruk kan? but never mind. awak sentiasa comel, kacak dan ganteng di mata saya.


selamat malam semua

Thursday, October 20, 2011

Pameran Literasi Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPBA. one word. letih dan penat!

assalamualaikum. seperti yang telah digembar-gemburkan dalam entri ini, hari ni kelas aku telah menyertai Pameran Literasi Bahasa yang diadakan di foyer IPBA. sebenarnya pameran ini wajib disertai oleh semua pelajar PISMP Tahun 1. salah satu subjek yang dipelajari pada sem ni, iaitu Literasi Bahasa yang mana memerlukan kami membuat alat bantu mengajar (ABM). oleh itu, segala ABM yang telah disediakan telah dipamerkan semasa pameran tadi.

basically pameran ni hanya untuk berkongsi idea mengenai pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan boleh dipraktikkan di dalam kelas. tapi biasanya benda-benda macam ni hanya dipraktikkan semasa praktikum aje. itupun sebab nak markah lebih. kalau yg dah dapat jawatan tetap as a teacher tu nan-hado lah nak rajin-rajin buat ABM semua ni. takde masa beb. tangungjawab banyak sangat kena pikul.harus ditegaskan di sini bahawa tugas seorang guru bukan setakat masuk kelas dan mengajar, tetapi banyak lagi tanggungjawab lain seperti pengurusan data (markah peperiksaan dan maklumat diri pelajar), unit beruniform, kejurulatihan (sukan) dan banyak lagi. ape kaw ingat jadi cikgu ni senang? salah Senah salah.

aku seronok bercampur bengang hari ini. seronok sebab banyak ABM yang dihasilkan lawa-lawa dan menarik perhatian aku yang dah layak dipanggil dewasa ni. tak sangka kreatif jugak budak-budak ni. bengang pula bila time setting barang untuk kelas aku, muka-muka yang sama datang untuk set up barang pameran dan juga muka-muka yang sama yang mengemaskan balik barang-barang tersebut. yang lain-lain hanya datang tunjuk muka and blah balik hostel untuk sambung membuta. excellent la u guys!

Nabila Z. dan Nabila N. sedang mengerjakan kertas- kaler-kaler untuk membuat banner kelas kami.

dan tadaaaa, hasilnya sungguh menawan! berbaloi sakit pinggang seharian
with coursemate from PISM TESL D

ini sebenarnya stage untuk pertunjukkan boneka. tapi semalam stage ni berfungsi sebagai frame untuk mengambil gambar. 

PISM MATH corner. 
kreatif gila kan? one of AB,  dari pelajar-pelajar kelas KSB

salah satu contoh aktiviti membentuk huruf.

booth PSV ni memang lawa. padanla jadi juara pun.

najad says : kecik-kecik tak pernah memancing. besar-besar ni jakun la plak mancing atas darat.

banner untuk pameran. nice!

my class corner! berpeluh ketiak kitorang nak susun semua ABM ni.
sebenarnya banyak lagi pertandingan-pertandingan yang dianjurkan semasa Bulan Bahasa ni. ada Kembara Bahasa, Kuiz Bahasa, pertandingan pidato, forum, dan pertandingan nyanyian lagu klasik. yang lain ade lagi tapi aku tak ingat. dan pencapaian kelas aku agak membanggakan jugak. untuk pertandingan forum, pasukan forum kelas aku menjadi juara. bagi pertandingan pidato pulak, juara dan naib juara ialah daripada kelas aku. juara ialah Asma dan naib juara ialah Mr. Hubby. dua-dua ni kena paksa masuk dengan lecturer sebenarnya. alhamdulillah dah rezeki diorang. dan untuk pameran Literasi Bahasa pula, kelas aku mendapat tempat ketiga. alhamdulillah sangat-sangat. tak sangka pun dapat top 3 sebab kelas-kelas lain pun banyak mempamerkan ABM yang lawa-lawa.

itu sahaja. maw melelapkan mata kejap. tapi sebelum itu...

kami yang kepenatan dan kelaparan.

wajah naib juara. haha!

B.A.B.A.I!!

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday #15 : teaser Pameran Literasi Bahasa

currently sedang berlangsung Pameran Literasi Bahasa peringkat IPBA. more pictures coming soon!

Monday, October 17, 2011

BabyMaker on Facebook

assalamualaikum. aku tak tahu la budak-budak maktab aku ni dah gatal nak kahwin ke ape tapi ramai yang dok main game BabyMaker ni. budak laki pun ramai main game ni bhaii! whoaaa very the fatherly la uolss. semua pakat dok post gambar baby masing-masing. mula-mula aku buat derk je gambar baby diorang tuh tapi lepas Mr.Hubby pun dah start main game ni, aku mula tak puas hati.

haii! nama saya Awang. klasik kan nama yang daddy bagi? kahahaha!!

daddy jaga Awang baik sangat..sat ja dah leh jalan. oh ya, daddy belikan Awang mainan baru.. kihkih

ok my first impression bila tengok Mr. Hubby pun main game ni is " apekehal nye dia ni dah gatal nak kawen ke hape? ".. then tengok pulak nama baby dia "Awang", I was OMG klasik nye nama..! automatik teringat nama beruk peliharaan arwah atok dulu ye gemuk & namanya Awang (sebutan dalam loghat Kelantan ialah Awe, no offense ye).  kahahaha klasik gila dia nih pilih nama. faillll betul Mr. Hubby bagi nama anak!

tapi bukan setakat Mr.hubby je yang main game ni. ramai jugak yang dok main game ni and pakat dok post gambar baby masing-masing. so cute. yang mengejutkan, dalam kalangan kawan-kawan aku, budak lelaki yang ramai main game ni. hahaha lawak betul diorang ni. kononnya practice nak jadi bapa mithali in future lah tu kan?

ni baby Daddy Ammar. nama baby ni is Umair. comel kan nama dia?

yang ni pulak anak Daddy Aziz. namanya Adam. oloholoh rambut macam retiss korea gittew!
oloholoh anak Daddy Kuwe ni! like father like son betol. rambut sejemput aje macam daddynya.
Boboiboy Mummy Aimida ni hensemnye lah aihh! 

baby from UK!! Syamanda is Kak Norfa's baby.
rasa nak tergelak pun ada. semua orang dok compare baby masing-masing. buat virtual baby tu dah macam anak sendiri daa. hahaha. ehem ehem aku pun ada baby jugak. gegirl taw uolls.. terpengaruh dengan Mr. Hubby la nak men mendalah ni. konon nak compare baby sape lagi comel. tak boleh blah betul!

ok ok introducing my sweet and gorgeous gegirl~~*drum roll*

annyeonghaseyo~~ nama saya Tasnim. grand nama saya kan makcik Senah~
rambut saya sejemput aje. tak feminin langsung kan? sekali tengok dah macam Awang. dua kali tengok baru macam Tasnim


sekarang saya dah boleh berjalan! hari-hari saya paksa mummy kejar saya. hikhik. oh ya, baju ni mummy belikan as a gift to me sebab dah pandai jalan. thanks mummy!

latest of me. rambut sejemput dah takde. sekarang rambut panjang mengurai. ade sape-sape  perlukan  model iklan syampu?
semoga baby-baby kami membesar dengan sihat. muahahaha. okbaii!

Sunday, October 16, 2011

Kejohanan Bola Baling Terbuka IPBA 2011

assalamualaikum. sebenarnya niat di hati nak update entri pasal kejohanan bola baling ni semalam lagi tapi disebabkan kepenatan yang maha dasyatt maka entri ni terbengkalai seketika. sekarang still penat dan lenguh-lenguh satu badan tapi disebabkan takmau cerita ni basi begitu sahaja maka aku update la jugak. gigih kan mak, Senah oii!

semalam, 15 Oktober 2011 bertempat di padang IPBA, kelas aku (PISMP TESL (PRIMARY) C) bersama dengan PISMP TESL PRIMARY D dan PPISMP TESL SEMESTER 3 (budak-budak hingusan). kejohanan ini  merupakan tugasan GERKO kami untuk semester ini. sebenarnya ini kali kedua kelas aku mengadakan kejohanan bola baling untuk subjek GERKO sebab masa semester 2 foundation dulu permainan untuk GERKO kitorang adalah bola baling jugak. jadi sedikit sebanyak pengalaman yang dah ada tu boleh digunakan untuk menguruskan kejohanan bola baling untuk kali ini pulak.

tapi aku tak nafikan, konflik dalaman dalam kalangan penganjur memang ada. masalah pertama kekangan kewangan. pihak IPBA hanya sponsor hadiah je, so kami terpaksa mencari alternatif lain untuk menyediakan minuman kepada peserta. kesudahannya, setiap penyertaan perlu disertakan dengan bayaran RM10. masalah kedua dan yang paling besar yang kami hadapi ialah kerjasama. disebabkan bilangan ahli penganjur ni terlampau ramai, ade ka makhluk-makhluk tak bertanggungjawab yang ambil sikap lepas tangan. terutamanya yang jadi anak-anak buah kepada setiap AJK yang ada. semua kerja main lepas kat AJK tertinggi je. kurang ajar betul. sampaikan kami yang AJK tertinggi ni terkejar-kejar nak setelkan semua benda. panas hati aku.  boleh dikatakan AJK tertinggi semalam banyak kali naik darah dengan budak-budak yang tak buat kerja tu. boleh pulak diorang melepak kat bawah pokok yang teduh nan redup dan biarkan kami je terkejar-kejar sana sini buat segala kerja. memang lu bikin darah wa naik la wehh! kalau ikutkan hati aku nak je aku report kat lecturer budak-budak tu tak buat kerja. mentang-mentang Cik Bad takde korang naik lemak ye. puaka betul!

tambah panas bila seorang player kelas aku tiba-tiba melesapkan diri semalam. tak pasal-pasal aku yang still selsema ni kena ganti dia main. dhla pagi tu kalut dengan pendaftaran dan jadual perlawanan, tak sempat stretching aku terus main. hasilnya hari ni satu badan sengal-sengal.

insiden perang mulut pun tak kurang hebat. biasalah setiap kalu kejohanan kalau takde group yang perang mulut tak sah. seingat aku masa kejohanan yang dulu pun ada pasukan perempuan yang perang mulut kat tengah padang sebab masing-masing main kasar. kali ni pun sama jugak. ade juga yang mempertikaikan keputusan pengadil. bila tak puas hati bising je mulut diorang cakap pengadil berat sebelah la, buta tak nampak kesalahan lawan la, macam-macam la. derrr! kami belajar bola baling pun baru sem ni. buat kejohanan pun for the sake of GERKO. rules yang kami guna pun basic rules sahaja. sebab kami masih belajar lagi. pfffttt membebel pulak aku.

champion (boys) = WARGA EMAS IPBA

sesi taklimat

first girls match = OUU YEAH VS GERENCH

kau ingat muka kiut ko menggoda ke bang long?

yang serba hitam tu aku. masa ni dok tahan hingus dari keluar. pfftt

SEMUT : tahmiah dapat no 3. korang la penyelamat maruah batch kita

final match

pasukan TERATAI LAYU & DI TASIK MADU

sebahagian daripada penganjur. yang tak buat keje takleh masuk gambar

hadiah sponsored by IPBA

itu sahaja. babai!!

Friday, October 14, 2011

Giveaway LuvBunny House

assalamualaikum. wah ade GA lagi lah. ofkoss la aku nak joinn~ kali ni giliran Cik Bunny from Luv Bunny House untuk buat GA sempena pembukaan blognya yang baru.

syarat-syarat GA ni simple sahaja.


  1. mempunyai alamat di Malaysia  - yes definitely i'm a Malaysian.
  2. follow blog Luv Bunny dan Cik Bunny untuk update GA - DONE!
  3. like fanpage penaja - DONE!!
  4. letak banner blog dan link kan ke entri ini.


sayalah Bunny yang super kiut itu!
tarikh tutup GA ialah 1 November. so sempat lagi lah kalau nak jemput kawan-kawan untuk meriahkan GA ni. dengan berbesar hati (cewahh) aku nak jemput insan-insan bertuah berikut :



nak join klik Bunny comel tu ye. babai!

Thursday, October 13, 2011

ehemm ehemm. perhatian kepada pihak yg berkaitan

assalamualaikum. tajuk sikit macam mau buat announcement orang hilang anak. kehkeh. cuma aku rasa menarik tertarik da bomb bila baca entry akak gojes ni. meh meh aku copy pastekan ye.


some bitches they just don't know where to stop. some, need to be stopped. either way, they are still bitches.they feel good bitching on others. one good thing about being a bitch, they don't care if they got bitched by others. 
like i said, either way they are still bitches.
sumber asal dari : SINI LAH. 

what i can say is......aku setuju bebenor dengan ape yang akak gojes tu tulis..kalaupun kau tak suka seseorang atas sebab-sebab tertentu, tak perlulah kau bawak mulut, jaja cerita sana sini, canang yang bukan-bukan merata tempat hanya untuk membusukkan nama mangsa kebencian kau tu. tak perlu nak tulis kat blog yang si polan tu sebar fitnah bukan bukan pasal diri ko(contoh je nih). tak perlu tulis status kat facebook, "hey pompuan ko igt ko hebat? ak benci ko sampai tujuh keturunan bla bla bla...." hanya untuk tarik perhatian dan meraih simpati orang-orang luar yang tak tahu hal sebenar. tak gitu? kalau betul kau ada tak puas hati dengan si polan itu, better slow talk dulu dengan ia. bukan susah pun.. ko inbox je dia kat facebook. kan senang. tak perlu buat status pelik-pelik. itu adalah public humiliation untuk si polan berkenaan dan juga diri kau sendiri. free aje orang pandang slack kat kau. tapi kalau kau dah bertaubat dari menjaja keburukan orang yang hanya kau saje nampak tu, orang tetap akan pandang slack kat kau. kan?!

renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri.


pengalaman lalu membuatkan aku serik dengan golongan sebegini. mulanya menghulurkan salam perkenalan dengan penuh mesra tapi lepas tu macam-macam cerita kau reka. bukannya sekali dua jadi. banyak kali beb! mak tak shukeee perangai keji  uollss taw!

eh nak pegi makanla.bai!



p/s : post ini adalah bersifat umum. tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. hanya untuk renungan bersama.

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday #14 : 1 year, 7 months and 2 days

iu so much. ecehh!

Tuesday, October 11, 2011

Giveaway by Batik Valley

assalamualaikum. wahh wahh  Batik Valley buat GA sempena anniversary parents tauke Batik Valley, Cik Fatin comel lote tu ha.  so sweet! hah ni mak eksaited kemain. join jangan tak joinn!

mula-mula tempek banner. banner cun wohh!

kan dah cakap banner dia cun. eh sape nak join sila klik banner cun ini ye.


apa pendapat saya mengenai Batik Valley? (sekali tukar aku jadi saya pulak daa..sopan sikit kan.)

well, secara keseluruhannya, kebanyakan item yang dijual di Batik Valley ni affordable, terutamanya kepada student macam Bella ni. banyak pilihan yang lawa-lawa sampai rambang mata Bella nengok. rasa macam nak beli semua tapi pokai lah nanti kan. lagi satu dekat Batik Valley ni setiap item yang dijual didatangkan dalam warna-warna yang menggoncang iman. betulsumpahtaktipu! tak percaya tengok bawah ni

hot selling item! sape nak belanje saya?



aww melting ting ting! saya suka polkadot! yang merah putih tu memang cun.

dress labuh macam ni pun best! boley cover montot besarku. ouch!

tengok-tengok kaler item-item ni. very the traffic light you.


saya suka baju cenggini. sesuai untuk dipakai ke kelas mahupun bercanda bersama teman. yang penting sopan dan labuh lebih punggung. 

teruja tak teruja tak? aku (maksud saya Bella) memang teruja gila setiap kali  buka blogshop of Facebook page Batik Valley. diulangi lagi sekali rasa nak beli semua item yang ada. semua item hot hot. sebab tu semua item cepat aje sold out. time Bella baru je siap buat bajet kewangan untuk beli item yang Bella nak sangat-sangat tu, tengok-tengok item tu dah sold out. kalau tak silap masa tu Bella nak beli shawl rainbow. tsk tsk kecewa diriku.

Cik Fatin Cik Fatin nak bagi cadangan boleh? Bella suka pakai skirt. boleh tak nanti Cik Fatin carikan stok skirt yang cantik-cantik? susah nak jumpa blogshop yang jual skirt lawa-lawa dan memikat hati. kalau ade terima kasih banyak-banyak taw. kalau takde pun terima kasih jugak dekat Cik Fatin sebab buat GA yang best ni.


sape nak join, silakan silakan. tarikh tutup GA ini ialah pada 14 Oktober 2011.

ok, babai.



p/s : klik SINI atau SINUN untuk bershopping di Batik Valley