tabung kelas teacher bella

Friday, September 16, 2011

riang ria cuti sekolah : melawat ladang cendawan.

assalamualaikum. fuhh lamanya tak mencarut  mengarut kat sini. tiba-tiba jari-jemari gebu aku rasa macam kaku je nak menaip. betulsumpahtaktipu! otak pun semacam tepu je pasal dah terlampau over limit pennggunaannya.

ok, lupakan aje kisah yang lalu. cewahh kau! maksud aku lupakan sekejap kisah minggu yang super hectic ni. mari imbas kembali kisah-kisah riang masa cuti raya + SBE hari tu. ingat tak dalam entry ini aku pernah cakap yang i have something interesting to share? maaflah baru sekarang dapat tunaikan janji aku tuh.

kenal tak? inilah cendawan tiram adik-adik.

hari Rabu (7 september), disebabkan masa berada kat rumah dah semakin singkat masa tu, mak tanya aku kot-kot la ada mengidam nak makan ape-ape. masa balik hari tu mak dah masakkan bubur lambuk untuk aku (pasal dua hari sebelum balik mak tanya nak makan ape). pucuk dicita ulam mendatang. laju je aku listkan nak makan ape. entah apa mimpi aku hari tu tiba-tiba rasa nak makan cendawan goreng. mak pon angguk aje. maka perut aku bersirak gembira. kahkah ayat macam hampeh je.

petang tu mak ajak pergi beli cendawan. maka mengendeng la aku dan anas ikut mak. oh mak aku sejak reti bawak kereta manual ni dah tak pakai aku as her driver. nak pergi mana-mana dia drive sendiri je even aku ada kat rumah. kalau dulu everytime aku balik cuti aku kena mengabdikan diri untuk jadi driver tak bertauliah mak. sekarang dah kena pecat.

back to the story. aku ingatkan kitorang nak pergi beli cendawan yang dah siap pack dekat kedai je. rupa-rupanya mak bawak pergi kebun cendawan kawan dia. kawan mak tu namanya Kak Ti. dia dan husband nya start buat perusahaan cendawan tiram ni since Januari tahun ni. boleh tahan besar jugak kebun cendawan diorang ni.


muka jakun first time masuk kebun cendawan. 
cendawan-cendawan tu ditempatkan dalam satu bangunan yang beratap nipah to mantain air ventilation and to keep the temperature. ceewah speaking london u'olls. mind my grammar. suasana kat dalam tu pun redup je. first time aku masuk kebun cendawan so i'm kinda jakun lah jugak. tapi takdelah sampai terlompat-lompat macam adik aku, Anas tuh (walaupun dalam hampir-hampir terlompat sebab eksaited tengok cendawan yang banyak dan besar-besar).

Anas buat muka merajuk lepas kena sound dengan kak long. sapa suruh melompat tak ajak kak long!
it was a great experience. tengok cendawan-cendawan yang bermacam saiz, tengok macam mana proses menanam, dan yang paling best kitorang kutip sendiri cendawan yang kitorang nak beli. laju je tangan aku capai cendawan-cendawan yang ada. tak sampai sepuluh minit dah penuh bakul yang aku bawak tu. itu baru kutip dekat dua rak. belum tawaf satu kebun tu lagi.

masa ni mak aku dah sound , " udah-udah ler bergambar tu along oii. kang nanti cendawan tu layu pulak". fine mak fine.........kesot ati (kecil hati dalam loghat terengganu)

adik dan kakak gebu. like mother like sister like little brother. 
 balik rumah terus bersihkan cendawan dan makan. menu utama ialah cendawan celup tepung dan juga sup cendawan. nikmatnya...dahla cendawan fresh dari ladang. anas mulanya tak nak makan cendawan goreng tu tapi bila dia tengok aku dok hadap sepinggan cendawan goreng tu dia pun try sekali. hamek kau sekali try terus  mintak lagi dan lagi. selera Anas memang terbaik.

bui bui semua. have something to do :)





p/s : sekarang sku sangat addicted dengan DIY craft..




4 students asking questions:

Qaireen Nuha said...

sodappnyer cendawan goreng kat kafe!

bella bellitos said...

@Qaireen Nuha sedap lg cendawan goreng kt rumah~

CIK TOM said...

eh cik bellah ni org tganu ke??hee...cendawan tue goreng tepung pon sodapp

bella bellitos said...

@CIK TOM aah org trganu :) sedap sedap! feveret bella tue

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)