tabung kelas teacher bella

Thursday, September 8, 2011

my last day of SBE..gonna say good bye to SK Bintang..

assalamualaikum. kejap je masa berlalu, SBE dah pun sampai ke hari yang terakhir. urghh apekah maknanya semua ini?? maknanya sabtu ni kena balik IPBA dah..maknanya lepas ni kena bersengkang mata siapkan 10 page reflection..maknanya lepas ni kena pulun study sebab dah nak final. apasal takde benda best pun bakal berlaku? arghhh benci taw benci taw!!

hari ni lah aku kalut nak observe cikgu. dahlah sekolah ni kekurangan guru bahasa inggeris. yang ada pun kerap mintak MC. apekes ni cikgu?? yang bestnye, cikgu yang sepatutnya aku observe hari ni tiba-tiba ada kecemasan..anak dia sakit and aku tak dapat nak observe dia. dan secara automatik, aku ngan Mok Cik pulak yang kena relief kelas dia nanti..apekah?? hahahaha..kelas 1 Bestari yang aku ngan Mok Cik masuk masa hari Isnin kalau tak silap..budak-budaknya ligat masya-Allah...

hari ni jugak banyak benda nak setelkan..urusan-urusan SBE ni la. banyak pulak lampiran-lampiran yang diorang nak..buat tebal fail aku je. hmphhh..oh lupa..kena pergi fotostat lembaran kerja untuk budak darjah satu tu nanti..kalau tak bagi kerja nanti diorang dok ekrumun aku la jawabnya mintak nak tengok cerita..kuss semangat..

ok bai bai..


p/s : ada cerita menarik nak share tapi sebab kabel telefon tertinggal kat hostel, tak boleh nak upload gambar...tunggu aku balik KL la ye aku citer kat koranggg~

cikgu for the last day..gonna miss you all kiddo!
 


0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)