tabung kelas teacher bella

Monday, September 26, 2011

kisah dating di Mingdvalley & filem Bini-biniku Gangster

assalamualaikum. alhamdulillah dua assignment membunuh (Children Literature/CL dan English Language Teaching Methodology/ELTM) dah berjaya disiapkan dengan jayanya. dah siap tu, aku check sekali lagi, print, bind dan terus ku semadikan di dalam beg untuk dihantar di level five pada esok pagi. ko bayangkan cemana muaknya otak,perut dan penglihatan aku bila berhujung minggu dengan assignment? tido pun depan assignment, makan pun ingat assignment, bangun tido pulak terus bukak laptop menghadap assignment. ya-Allah ngeri amat. sampaikan aku tak sempat nak melagha lama-lama. tengok video klip lagu Monalisa by Mblaq pun skip-skip je. stakat tengok-tengok part Thunder hensem aku nyanyi je. orang lain bolayan! sobs sobs dugaan hidup seorang pelajar lah katekan.

tapi kan, dalam dok kalut-kalut nak menyiapkan assignment tu, sempat je aku keluar ngedate dekat Midvalley. ooppss ooppss bukan ngedate dengan Mr.Hubby je taw. kali ni aku ngedate berjemaah bersama Jay, Pie botak dan aweknya Wawa. eh tak lupa buah hati pengarang jantung ku Mr.Hubby. sebenarnya date kali ni sebab kitorang nak jumpa Wawa tu je. selama ni asyik dik chatting kat facebook je. aku dah pernah jumpa Wawa 2 kali. si Jay la yang tak pernah jumpa dia. so lepas set date and place, we've decided to lepak-lepak dekat Midvalley je.

sementara tunggu Wawa dengan Pie sampai, aku, Jay dan Mr.Hubby beli tiket wayang dulu. beratur punyala panjang homaigod!! nasib baikla kat depan tu dah ada budak-budak KS (Haris Hambali, Syafiq, Sofea and Zafirah). turn diorang dah sampai masa tu. nampak kitorang masih terkial-kial beratur panjang-panjang, diorang offer untuk tolong beli tiket wayang bagi pihak kami. pucuk dicita ulam mendatang. nasib baik budak-budak tu bawak student card. dapat harga murah sikit. terima kasih daun keladi ye korang. usai beli tiket, aku, Mr.Hubby and Jay memulakan aktiviti mentekedarah atau dalam bahasa yang lebih sopan makan ye. Carls Junior menjadi pilihan Jay. Mr.Huby pulak makan satu set Big Mac McD bersama air ribena (aku punye keje la tu suruh dia amek air ribena. kehkeh). aku pulak makan cheesetart yang aku beli dekat La Boheme je.

masa ni aku selsema dah,. suara pun dah start menghilang.

insan yang ditunggu-tunggu, Pie dan Wawa. Pie dengann muka mintak lempangnya. kehkeh.

dari kiri : Wahida Nawawi (Wawa sudehh), Nabila Zainudin (Bella aje) dan Nabila Najad (Jay pun bolehh)


Pie yang kesepian sebab aweknya syok sembang dengan kawan-kawan..kahkahpadanmukakaw!

lepas kami semua selesai makan dan bergambar-gambaran serba sedikit, maka kami pun beransur masuk menuju ke panggung wayang. cerita yang kami tengok hari tu ialah Bini-Biniku Gangster. review pasal cerita ni korang boleh tengok kat sini. bagi penggemar cerita komedi macam aku ni, cerita ni boleh tahan la. lawak-lawaknya nampak hidup dan tak nampak bodoh sangat.aku kagum dengan watak Manja (Yana Kamarudin) yang sanggup pinangkan Riana (Intan Ladyana) untuk jadi isteri nombor dua kepada suaminya Hairi (Shaheizy Sam). walaupun itu hanya lakonan semata-mata, tapi bagi aku,  cuma satu je, Shaheizy Sam nampak sedikit tenggelam dalam cerita ni. mungkin watak Yana Kamarudin dengan Intan Ladyana lagi menonjol kot. apepun, bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, anda dinasihatkan untuk menonton filem ini di bawah pengawasan orang dewasa ye :P (korang tengoklah sendiri cerita ni. nanti korang taw lah kenapa aku cakap macam ni). tapi kan, untuk suami isteri mungkin sesuai kot tengok cerita ni. sebabnye dalam cerita ni banyak adegan yang menunjukkan macam mana si Manja tu melayan suami dia dan memahami tugas suami dia yang sentiasa sibuk tuh.

lepas keluar dari panggung wayang, Jay bawak kami ke kedai yang menjual Durian Pancake. aku tak pernah makan durian pancake ni sebab aku tak suka durian (Jay cakap ini adalah jenayah). setakat seulas dua tu aku layan lah. kedai yang jual Durian Pancake ni terletak di The Gardens, berdekatan dengan Big Apple The Gardens tu. sesiapa yang suka makan durian tu, cuba lah. Mr.Hubby cakap sedapp. lepas tu kami jumpa satu kedai yang jual barangan aksesori untuk perempuan. sah-sah la budak-budak leaki tu taknak masuk ke kedai macam ni. maka kami berpecah. aku, Wawa dan Jay berhibur sesama kami. Mr.Hubby dan Pie melepak di KFC sambil menghabiskan durian pancake masing-masing. disebabkan masing-masing banyak cerita nak dikongsi, plus kaki tu laju je menapak dari satu kedai ke satu kedai (maklumlah perempuan), maka akibat keletihan kami bersantai di tandas Jusco. sebenarnya bukan suka-suki pergi bersantai kat situ. aku yang nak buang air kecil. Wawa pulak nak touch-up mekap dia.

model terpaling cun!

bila lama-lama bergambar mula la keluar aksi tak senonoh!

kami hot! *muntah*

kami lagi. eh wawa cekci la


dalam pukul 9 malam, kitorang dah bergerak balik. masa nak say goodbye kat Wawa tu aku ngan Jay kind of sedih jugak la. lepas ni mesti susah sikit nak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan tugas seorang pelajar. takpe Wawa, next time insya-Allah kite hang out lagi ye. thanks to Mr.Hubby ngan Pie sebab bawak kitorang hang out sama-sama.

background cantik kan? kami pun cantik jugak. kahkah desperate mintak pujian!

teacher Jay, teacher Bella and pakar forensik Wawa.
itu sahaja. esok update lagi. buibui!

3 students asking questions:

asyraf oppa said...

best ke movie tue?teringin jgk nk tgk :)

bella bellitos said...

@asyraf oppa kelakar weh. bwk la awek mu tgk skali. cte tu sweet je

bella bellitos said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)