tabung kelas teacher bella

Monday, September 5, 2011

hari ni masuk mengajar..weewuuuuu lagi~

assalamualaikum..bosan taw tak ade kat sekolah ni. pagi-pagi aku datang nak lapor diri, ofis tak buka lagi.,eh, depa ni masuk kerja pukul sepuluh ke ape? maka aku dan Mok Cik pun membawa diri ke Kelas Bermasalah Pembelajaran (KKBP). KKBP ni untuk budak-budak yang bermasalah dalam pembelajaran macam slow learner, sindrom down, dyslexia etc. masa tu nasib baik kak Aisyah (pembantu kelas KKBP) dah sampai. boleh la aku menumpang melepak kejap. kelas KKBP ni dah makin lawa aku tengok. kemudahan pun dah banyak. kalau tak silap tahun lepas kelas ni direnovate. maksud aku dibesarkan sikit. alhamdulillah dah selesa pun kelas tu sekarang.

dalam pukul 8.30 baru aku naik melapor diri. nasib baik tak kantoi dengan guru besar. maklumla syok sangat bersembang. kahkahkah takde disiplin betul cikgu ni.baru semalam mengaku pelajar paling berdisiplin zaman sekolah. tak boleh pakai betul.

dah takde keje sangat nak buat, aku dengan Mok Cik pi makan dekat kantin. ada la dekat sejam kami dok lepak kat situ. sampaikan kitorang siap temankan Anas makan lagi. lepas tu Cikgu Yahya datang hulur jadual relief (jadual guru ganti). kitorang kena masuk kelas 1 Bestari untuk masa Bahasa Inggeris. alang-alang takde benda nak buat aku ngan Mok Cik terima jelah kan...

budak-budaknya masya-Allah,,,,boleh tahan ligat. berlari sana-sini tak duduk diam. ade la dua tiga orang yang dengar kata. yang lain dok panjat sana sini..hmpphhh sabor jelah...kalau macam ni lah gayanya, masa setengah jam rasa macam tiga jam..


nak bagi diorang diam, aku umpan diorang dengan cerita Goldilocks and The Three Bears. nasib baik aku still simpan cerita tu lepas buat video ELTM hari tu. hahaha seronok tengok budak-budak tu tergelak dan fokus dekat cerita tu. tak cukup  sekali diorang suruh aku ulang lagi sekali. lepas tu Mok Cik tanya diorang apa yang diorang nampak dalam cerita tu. berebut-rebut lah diorang nak menjawab..


lepas tu aku tayang pulak lagu Old McDonald Had A Farm. kikihkihkih tergoyang-goyang kepala sorang-sorang dengar lagu tu. hingar kelas tu depa dok tiru bunyi haiwan-haiwan yang ada lam video lagu tu. hadoii sabo jelah. nasib baik masa setengah jam dah nak habis. kalau tak budak-budak tu nak ajak aku melukis pulak..erkhh melukis orang lidi teacher pandai la ==,

kanak-kanak ni pantang diajak bergambar. sampai tak nampak mana 1 cikgunye. haihh..

susah nak kontrol budak-budak. macam-macam perangai diorang ni.yang senangnya bila ajak ambik gambar.... berduyun-duyun diorang datang serbu kau. semput aku tadi nyah!....so sape-sape yang kata jadi cikgu tu senang, try la masuk kelas and mengajar. you will know what is the true meaning behing the statement "senang je jadi cikgu ni"....sape setuju goyangkan kepala ye.

ok dah. bai bai. nak main game lah.

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)