tabung kelas teacher bella

Thursday, September 29, 2011

Jamuan Teh Malaysia di Khadijah's Kitchen

assalamualaikum. sebelum ape-ape aku nak maklumkan ini adalah update cerita separuh basi. minggu lepas Puan Juhana (lecturer subjek BM Komunikasi) telah memberikan 10 tiket untuk ke programJamuan Teh Malaysia bertempat di Khadijah's Kitchen. objektif utama program ini aalah untuk mengutip derma bagi Breast Cancer Welfare Association (BCWA). tapi kami pergi tu untuk makan-makan aje. oh sumpah niat tak betul. sebenarnya tiket yang diberikan oleh Puan Juhana tu berharga RM10 setiap satu dan bayarannya telah didermakan kepada pihak BCWA. sabtu lepas (17 september), gerombolan budak-budak kelas aku iaitu aku, Mr. Hubby, Najad, Faizul, Jalilah, dan Hidayah menghadirkan diri ke Khadijah's Kitchen. excited gila aku dengan Najad nak pi sana. mana tau untung-untung boleh jumpa Khadijah Ibrahim penyanyi femes tuh!

permainan limbo sedang berlangsung

disebabkan aku yang terlebih pengsan gara-gara makan ubat selsema, maka aku, Mr. Hubby dan Najad terlewat sampai. dalam tentatif menunjukkan pulul 10 program dah start tapi kitorang sampai pukul 11. kehkeh sampai-sampai tengok orang dok main limbo. menggeletik aku ngan Najad nak join sekali tapi sebab masa tu aku pakai skirt so aku tarik diri sebelum bertanding. eleh ade hati nak join game kepala pusing satu alam masa tu. selain tu diorang buat bidaan untuk a box of cupcake, minyak wangi ESTEE LAUDER yang sumpah wangi gila,

tapi kan, dalam majlis tu rata-ratanya golongan remaja purba (bak kata Puan Juhana). semua yang ada dalam Khadijah's Kitchen tu boleh dikatakan berada dalam range umur 30 ke atas kecuali kami yang dapat tiket dari Puan Juhana ni. so bayangkan la ape perasaan kami masa berada kat situ. so sepanjang masa kitoang berada dekat situ dihabiskan dengan bergambar, bergambar dan bergambar.


Mr. Hubby cakap baju aku macam roti jala. so dia panggil baju tu  baju roti jala. sukahatijiransebelahtingkapdiaje!
bila tiba time makan, rombongan kitorang la yang mendahului acara menyerbu meja makanan. dahla makanan depa letak stail buffet, budak-budak ni memang ulang alik dok mengangkut la. aku tukang angkut buah. Najad ngan i'd dok angkut kuih. Mr. Hubby pulak asyik ulang alik ambil air. mentang-mentang makan free korang melantak sampai kembung perut ye. bila dah kenyang, masing-masing tersandar malas nak bangun. buruknya perangai!tapi kecewa sikit. harapan nak jumpa Khadijah Ibrahim tinggal harapan sebab dia busy masak dekat dapur. takpelah takde rezeki nak jumpa dia. yang penting perut kenyang dapat makan free. terima kasih Puan Juhana sebab bagi tiket free kat kami...saaaayyyyaaanggg puan lebeyy!


Nabila Najad dan Nabila Zainudin yang gebu dan kekenyangan. Mr.Hubby cakap muka aku time demam nampak matured. choiii!
tapi kan, door gift depa bagi paling best. terkedu kejap aku dengan Najad. nasib baik tak melompat.korang nak taw ape doorgift dia? meh nak show off. meh dekat meh tengok semua~

ESTEE LAUDER hydrationist maximum moisture creme! maw tak melompat kegirangan aku. sepatutnya dapat satu sorang je tapi sebab Mr. Hubby dapat jugak maka aku tanpa segan dan silu mengepow. 
itu sahaja. masa untuk hafal pidato. turn aku first esok. gulp! happy reading and good night!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)