tabung kelas teacher bella

Sunday, September 11, 2011

aku memang BENCI naik bas double decker!!

assalamualaikum. alhamdulillah selepas perjalanan yang memakan masa kira-kira lapan jam, akhirnya aku dah selamat sampai ke IPBA. dahlah balik ni sorang-sorang je. sampai kat Hentian Putra pun sorang-sorang. girlfriends yang lain tak balik lagi. Tiara naik train malam ni. Zura pulak ada kat Johor sebab dia buat SBE kat sana. so journey kali ni aku sorang-sorang lah. nasib baik ada Faizul. aku suruh dia tunggu aku kat Hentian Putra sebab aku seram nak balik IPBA sorang-sorang. (sebenarnya aku tak pernah pergi mana-mana sorang-sorang. selalu ada teman). so dari Hentian Putra ke IPBA aku naik cab dengan Faizul. hohehohe.. dah dah tak boleh lebih-lebih nanti ada orang jeles.

mukadimah aku selalu melalut kan? kehkehkeh sorilah. every journey pergi balik from KL-Jerteh, aku memang selalu naik bas. tapi satu perkara je, aku memang tak berapa gemar naik bas double decker. first, aku ngeri denan kes kemalangan maut yang melibatkan bas Sani Ekspress dulu tu. sebab kejadian tu jugakla mak aku tak bagi aku travel naik bas malam-malam. so every journey must be during siang. bosan tau tak duduk dalam bas selama lapan jam di siang hari. kalau malam sah sah la kerja aku membuta je. siang-siang ni terkebil-kebil la jawabnya.

satu lagi sebab kenapa aku tak gemar naik bas double decker adalah sebab aku tak suka kalau dapat seat bahagian atas. aku akan rasa pening-pening lalat kalau kena duduk kat bahagian atas. kadang-kadang bila lori atau bas lain lalu kat sebelah bas yang aku naik tu aku boleh rasa bas aku tu macam bergoyang. seram tahu??

dan alasan terakhir untuk topik hari ini, "aku paling BENCI naik bas doublE decker!!". aku paling bengang bila kena duduk seat bahagian atas sedangkan dekat tiket bas aku ah terang-terang tertulis yang seat aku sepatutnya di bahagian bawah. benda ni dah banyak kali jadi kat aku. kebanyakan bas double decker ni (tak kira la syarikat bas mana pun) seat dia kira macam first come first serve. walaupun dekat tiket kau seat kau sepatutnya di bahagian atas rapi kalau kau mintak nak duduk kat bawah and kena pulak encik driver tu baik hati, memang dapat la kau duduk bawah. disebabkan banyak hentian (maksud aku penumpang naik di berlainan tempat), so yang naik awal-awal dapat pilih seat la. kalau macam tu buat ape ko bergegas beli tiket awal-awal dan pilih seat kalau kau tak dapat duduk dekat seat yang kau dah pilih tu kan? oh maaf aku siyes bengang dengan hal ni. sebab dah banyak kali jadi kat aku. driver bas pulak tak bertegas nak suruh penumpang duduk di seat yang dah ditetapkan untuk diorang. kononnya si driver tu taknak serabut-serabut dengan penumpang bas. costumer first la konon. ptuihhh! habistu aku yang selalu naik lambat ni la yang jadi mangsa. tak memasal sakit kepala dok kat bahagian atas. hadoi!

cukuplah membebel untuk hari ini. kepala pusing. tidur dulu ye. esok struggle siapkan kerja, macam tak biasa je kan? ok bai bai!






p/s : Mr. Hubby, you look extremely handsome with your new spectacles. oh metafora nye ayat tapi itulah kenyataan :P


0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)