tabung kelas teacher bella

Friday, September 30, 2011

apa pandangan kamu mengenai orang yang kamu sayangi.

my first impression to you : kerek, sombong, seorang yg serius kot (pasal masa first tengok Mr.Hubby dia langsung tak senyum).
but the truth is : loving, friendly, romantik(kadang-kadang), humorous dan SANGAT-SANGAT-SANGAT caring..
how old does you look : body 20+, face 18 (kehkeh saja bagi dia nampak muda)
Have you ever made me laugh : always and forever.
Have you ever made me mad : sometimes
Best feature: handsome, tall (tinggi sikit la dari ayang kan), and jambu (he don't like me calling him jambu. hikhik), manja.
You're my: boyfriend of course, and my future husband (insya-Allah)
Name in my phone: Gulahati (sweetheart)






let's try this out guys. and leave your link dekat comment box kat bawah tu. nanti boleh aku tengok apa pulak pandangan korang mengenai orang tersayang.

happy friday people

Thursday, September 29, 2011

Jamuan Teh Malaysia di Khadijah's Kitchen

assalamualaikum. sebelum ape-ape aku nak maklumkan ini adalah update cerita separuh basi. minggu lepas Puan Juhana (lecturer subjek BM Komunikasi) telah memberikan 10 tiket untuk ke programJamuan Teh Malaysia bertempat di Khadijah's Kitchen. objektif utama program ini aalah untuk mengutip derma bagi Breast Cancer Welfare Association (BCWA). tapi kami pergi tu untuk makan-makan aje. oh sumpah niat tak betul. sebenarnya tiket yang diberikan oleh Puan Juhana tu berharga RM10 setiap satu dan bayarannya telah didermakan kepada pihak BCWA. sabtu lepas (17 september), gerombolan budak-budak kelas aku iaitu aku, Mr. Hubby, Najad, Faizul, Jalilah, dan Hidayah menghadirkan diri ke Khadijah's Kitchen. excited gila aku dengan Najad nak pi sana. mana tau untung-untung boleh jumpa Khadijah Ibrahim penyanyi femes tuh!

permainan limbo sedang berlangsung

disebabkan aku yang terlebih pengsan gara-gara makan ubat selsema, maka aku, Mr. Hubby dan Najad terlewat sampai. dalam tentatif menunjukkan pulul 10 program dah start tapi kitorang sampai pukul 11. kehkeh sampai-sampai tengok orang dok main limbo. menggeletik aku ngan Najad nak join sekali tapi sebab masa tu aku pakai skirt so aku tarik diri sebelum bertanding. eleh ade hati nak join game kepala pusing satu alam masa tu. selain tu diorang buat bidaan untuk a box of cupcake, minyak wangi ESTEE LAUDER yang sumpah wangi gila,

tapi kan, dalam majlis tu rata-ratanya golongan remaja purba (bak kata Puan Juhana). semua yang ada dalam Khadijah's Kitchen tu boleh dikatakan berada dalam range umur 30 ke atas kecuali kami yang dapat tiket dari Puan Juhana ni. so bayangkan la ape perasaan kami masa berada kat situ. so sepanjang masa kitoang berada dekat situ dihabiskan dengan bergambar, bergambar dan bergambar.


Mr. Hubby cakap baju aku macam roti jala. so dia panggil baju tu  baju roti jala. sukahatijiransebelahtingkapdiaje!
bila tiba time makan, rombongan kitorang la yang mendahului acara menyerbu meja makanan. dahla makanan depa letak stail buffet, budak-budak ni memang ulang alik dok mengangkut la. aku tukang angkut buah. Najad ngan i'd dok angkut kuih. Mr. Hubby pulak asyik ulang alik ambil air. mentang-mentang makan free korang melantak sampai kembung perut ye. bila dah kenyang, masing-masing tersandar malas nak bangun. buruknya perangai!tapi kecewa sikit. harapan nak jumpa Khadijah Ibrahim tinggal harapan sebab dia busy masak dekat dapur. takpelah takde rezeki nak jumpa dia. yang penting perut kenyang dapat makan free. terima kasih Puan Juhana sebab bagi tiket free kat kami...saaaayyyyaaanggg puan lebeyy!


Nabila Najad dan Nabila Zainudin yang gebu dan kekenyangan. Mr.Hubby cakap muka aku time demam nampak matured. choiii!
tapi kan, door gift depa bagi paling best. terkedu kejap aku dengan Najad. nasib baik tak melompat.korang nak taw ape doorgift dia? meh nak show off. meh dekat meh tengok semua~

ESTEE LAUDER hydrationist maximum moisture creme! maw tak melompat kegirangan aku. sepatutnya dapat satu sorang je tapi sebab Mr. Hubby dapat jugak maka aku tanpa segan dan silu mengepow. 
itu sahaja. masa untuk hafal pidato. turn aku first esok. gulp! happy reading and good night!

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday #12 : puan naimah kesayangan saya selama-lamanya..lebiu mak!

mak masih cun dan gebu walaupun umur dah 40+. sayang mak ketat-ketat!

Monday, September 26, 2011

kisah dating di Mingdvalley & filem Bini-biniku Gangster

assalamualaikum. alhamdulillah dua assignment membunuh (Children Literature/CL dan English Language Teaching Methodology/ELTM) dah berjaya disiapkan dengan jayanya. dah siap tu, aku check sekali lagi, print, bind dan terus ku semadikan di dalam beg untuk dihantar di level five pada esok pagi. ko bayangkan cemana muaknya otak,perut dan penglihatan aku bila berhujung minggu dengan assignment? tido pun depan assignment, makan pun ingat assignment, bangun tido pulak terus bukak laptop menghadap assignment. ya-Allah ngeri amat. sampaikan aku tak sempat nak melagha lama-lama. tengok video klip lagu Monalisa by Mblaq pun skip-skip je. stakat tengok-tengok part Thunder hensem aku nyanyi je. orang lain bolayan! sobs sobs dugaan hidup seorang pelajar lah katekan.

tapi kan, dalam dok kalut-kalut nak menyiapkan assignment tu, sempat je aku keluar ngedate dekat Midvalley. ooppss ooppss bukan ngedate dengan Mr.Hubby je taw. kali ni aku ngedate berjemaah bersama Jay, Pie botak dan aweknya Wawa. eh tak lupa buah hati pengarang jantung ku Mr.Hubby. sebenarnya date kali ni sebab kitorang nak jumpa Wawa tu je. selama ni asyik dik chatting kat facebook je. aku dah pernah jumpa Wawa 2 kali. si Jay la yang tak pernah jumpa dia. so lepas set date and place, we've decided to lepak-lepak dekat Midvalley je.

sementara tunggu Wawa dengan Pie sampai, aku, Jay dan Mr.Hubby beli tiket wayang dulu. beratur punyala panjang homaigod!! nasib baikla kat depan tu dah ada budak-budak KS (Haris Hambali, Syafiq, Sofea and Zafirah). turn diorang dah sampai masa tu. nampak kitorang masih terkial-kial beratur panjang-panjang, diorang offer untuk tolong beli tiket wayang bagi pihak kami. pucuk dicita ulam mendatang. nasib baik budak-budak tu bawak student card. dapat harga murah sikit. terima kasih daun keladi ye korang. usai beli tiket, aku, Mr.Hubby and Jay memulakan aktiviti mentekedarah atau dalam bahasa yang lebih sopan makan ye. Carls Junior menjadi pilihan Jay. Mr.Huby pulak makan satu set Big Mac McD bersama air ribena (aku punye keje la tu suruh dia amek air ribena. kehkeh). aku pulak makan cheesetart yang aku beli dekat La Boheme je.

masa ni aku selsema dah,. suara pun dah start menghilang.

insan yang ditunggu-tunggu, Pie dan Wawa. Pie dengann muka mintak lempangnya. kehkeh.

dari kiri : Wahida Nawawi (Wawa sudehh), Nabila Zainudin (Bella aje) dan Nabila Najad (Jay pun bolehh)


Pie yang kesepian sebab aweknya syok sembang dengan kawan-kawan..kahkahpadanmukakaw!

lepas kami semua selesai makan dan bergambar-gambaran serba sedikit, maka kami pun beransur masuk menuju ke panggung wayang. cerita yang kami tengok hari tu ialah Bini-Biniku Gangster. review pasal cerita ni korang boleh tengok kat sini. bagi penggemar cerita komedi macam aku ni, cerita ni boleh tahan la. lawak-lawaknya nampak hidup dan tak nampak bodoh sangat.aku kagum dengan watak Manja (Yana Kamarudin) yang sanggup pinangkan Riana (Intan Ladyana) untuk jadi isteri nombor dua kepada suaminya Hairi (Shaheizy Sam). walaupun itu hanya lakonan semata-mata, tapi bagi aku,  cuma satu je, Shaheizy Sam nampak sedikit tenggelam dalam cerita ni. mungkin watak Yana Kamarudin dengan Intan Ladyana lagi menonjol kot. apepun, bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, anda dinasihatkan untuk menonton filem ini di bawah pengawasan orang dewasa ye :P (korang tengoklah sendiri cerita ni. nanti korang taw lah kenapa aku cakap macam ni). tapi kan, untuk suami isteri mungkin sesuai kot tengok cerita ni. sebabnye dalam cerita ni banyak adegan yang menunjukkan macam mana si Manja tu melayan suami dia dan memahami tugas suami dia yang sentiasa sibuk tuh.

lepas keluar dari panggung wayang, Jay bawak kami ke kedai yang menjual Durian Pancake. aku tak pernah makan durian pancake ni sebab aku tak suka durian (Jay cakap ini adalah jenayah). setakat seulas dua tu aku layan lah. kedai yang jual Durian Pancake ni terletak di The Gardens, berdekatan dengan Big Apple The Gardens tu. sesiapa yang suka makan durian tu, cuba lah. Mr.Hubby cakap sedapp. lepas tu kami jumpa satu kedai yang jual barangan aksesori untuk perempuan. sah-sah la budak-budak leaki tu taknak masuk ke kedai macam ni. maka kami berpecah. aku, Wawa dan Jay berhibur sesama kami. Mr.Hubby dan Pie melepak di KFC sambil menghabiskan durian pancake masing-masing. disebabkan masing-masing banyak cerita nak dikongsi, plus kaki tu laju je menapak dari satu kedai ke satu kedai (maklumlah perempuan), maka akibat keletihan kami bersantai di tandas Jusco. sebenarnya bukan suka-suki pergi bersantai kat situ. aku yang nak buang air kecil. Wawa pulak nak touch-up mekap dia.

model terpaling cun!

bila lama-lama bergambar mula la keluar aksi tak senonoh!

kami hot! *muntah*

kami lagi. eh wawa cekci la


dalam pukul 9 malam, kitorang dah bergerak balik. masa nak say goodbye kat Wawa tu aku ngan Jay kind of sedih jugak la. lepas ni mesti susah sikit nak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan tugas seorang pelajar. takpe Wawa, next time insya-Allah kite hang out lagi ye. thanks to Mr.Hubby ngan Pie sebab bawak kitorang hang out sama-sama.

background cantik kan? kami pun cantik jugak. kahkah desperate mintak pujian!

teacher Jay, teacher Bella and pakar forensik Wawa.
itu sahaja. esok update lagi. buibui!

Saturday, September 24, 2011

i'm currently busy with assignments.






currently, bella tengah demam selsema + batuk-batuk sampai sore dah tekde (ok siyes sore aku langsung takde wehh)..currently jugak, bella tengah berbaring sambil cuba untuk menyiapkan assignment ELTM beliau...(nak bangun angkut laptop ke meja study pun tak larat dah). sori kalau korang jenguk-jenguk my territory ni tapi hanya ada entry berhabuk... nanti bella dah completekan semua assignment plus dah sihat sikit, bella update berganda-ganda dan semakkan dashboard korang...boleh kan sayang-sayang?? 


Friday, September 23, 2011

quote of the day #1

love-quotes-wallpapers-for-valentine-s-day-screenshot-4

psstttt~~~takde mase nak update panjang-panjang. nanti kite update secara besar-besaran ye

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday #11 : love is in the air

tekan untuk meng'giant'kan gambar

Monday, September 19, 2011

is eating tuna kimbap ;))

this is how tuna kimbap looks like. yang aku makan tadi tak sempat nak snap pic sebab tangan yang mengutip kimbap tu rakus sangat.



assalamualaikum. dah lama mengidam kimbab. alhamdulillah ada rezeki lebih. Mok Cik datang bawakkan tuna kimbap untuk aku. aku makan dua ketul and yang lain-lain Tiara dan Asma yang habiskan. kalau ikutkan perut dinasour aku ni nak je aku telan enam-enam ketul tapi sebabkan aku baru lepas dinner dengan Mr. Hubby so aku makan dua jelah. thanks Mok Cik. perut sudah kenyang, maka sudah boleh teruskan perjuangan menyiapkan 10-page-GERKO-assignment yang baru siap 2 page. 8 more to go. aja-aja fighting!!!!

Sunday, September 18, 2011

i'm addicted to DIY craft.

assalamualaikum. kebelakangan ini aku ada minat baru. aku sangat addicted dengan kraf. terutamanya yg bab-bab buat bunga pakai ribbon, fabrik mahupun kertas. felt flower pun comel-comel. kan sekarang ni ramai orang yang dok jual brooch design bunga yang comel-comel sama ada menggunakan felt, fabric or ribbon. sebagai contoh :

cute isn't it? aku dah buat ni untuk diletakkan dekat kasut raya aku hari tu. seriously senang. pict kredit to here 

this one lagi senang. looks like roses. just gunakan kain yang panjangnya ikut kesukaan korang, jahit jelujur dekat kain tu and tarik sikit benang biar kain tu berkedut (diorang guna istilah gather together). lepas tu gulungkan hingga membentuk bunga. senang kan? kredit to here.

ni bunga first yang aku belajar buat. tutorialnye aku pernah share dekat sini. and picture ni aku ambik kat sini.

ohh. sangat menawan kalbu. dekat atas tadi tu contoh-contoh fabric flower. kalau buat bunga kraf ni memang boleh buat aku leka. sehari suntuk menghadap kain-benang-jarum pun takpe. sebab hasilnya sangat memuaskan hati. mak suka taw nyah. bukan takat fabric flower je, ribbon flower pun aku suka buat taw. step nye sangat la simple. bunga-bunga ni, kalau buat banyak-banyak and letak dekat dress budak-budak. homaigod lawa seyhh. rasa macam nak tempek dekat baju sendiri pun ade. tapi nanti orang kata aku ni tak sedar siri pulak. umur dah masuk puluhan ada hati nak beraksi comel.

ribbon flower uolls...guna teknik gathered together jugak. sumpahsenangtaktipu!


ohh aku suka bunga ni. kalau letak dekat headband and bagi budak-budak pakai. aigoooo kiutnyee! kredit to here

bunga ni, kalau bagi budak darjah tiga buat pun lulus gamaknye.  cantik kalau diletakkan dekat bakul or kad-kad ucapan untuk orang tersayang. nampak grand taw uolls! kredit to here
ribbon roses ni very adorable. tapi cara membuatnya agak confusing.  aku pernah buat dan bagi kepada lecturer aku, Madam Norzalina.

paper flower pun lawa-lawa. arghh semua lawa-lawa lah pendek kata. sebenarnya banyak benefits kalau kita pandai buat kraf ni. contoh yang paling senang la aku bagi, untuk bride-to-be kat luar sana tu, diorang boleh gunakan bunga-bunga kraf ni untuk diletakkan di hantaran (sebagai hiasan) mahupun buat sebagai bunga pahar. jimat duit sikit kan. oh lupa nak tunjuk lagi satu jenis bunga...

haiii..nama kite tissue paper flower.  
contoh dekorasi menggunakan tissue paper flower. boleh jugak cucuk dekat pomander ball and gantung dekat pelamin korang masa majlis persandingan korang nanti. jimat tapi glam uolss...eh apesal asyik cakap pasal kahwin je ni ha??


tissue paper flower ni boleh dipelbagaikan penggunaanya. aku selalu guna tissue paper flower untuk bagi birthday card dekat kawan-kawan aku. just buat sekuntum tissue paper flower (macam yang kaler merah tu) and tulis your wishes atas sekeping kad, ikat kad tu pada bunga yang korang buat tadi. simple je but believe me nampak ekslusif sangat uolss. bagi sesiapa yang berminat nak belajar cara buat bunga-bunga ni, boleh search for tutorials dekat Youtube. Google pun boleh. tapi aku suka tutorial dekat Youtube sebab lagi cepat faham belajar melalui video.

panjang lebar membebel. assignment haram tak sentuh langsung hari ni. hahaha lepa lunch la start buat. eh korang, sape boleh ajar aku buat anyaman bakul kertas ye? peliss tolong aku. nak sangat belajar buat anyaman bakul kertas tu...

okbai. nak lunch dengan Mr. Hubby. oh janganlah hujan.




p/s : siapa suka buat kraft, sila like entry ini. mekasuh :D

Friday, September 16, 2011

riang ria cuti sekolah : melawat ladang cendawan.

assalamualaikum. fuhh lamanya tak mencarut  mengarut kat sini. tiba-tiba jari-jemari gebu aku rasa macam kaku je nak menaip. betulsumpahtaktipu! otak pun semacam tepu je pasal dah terlampau over limit pennggunaannya.

ok, lupakan aje kisah yang lalu. cewahh kau! maksud aku lupakan sekejap kisah minggu yang super hectic ni. mari imbas kembali kisah-kisah riang masa cuti raya + SBE hari tu. ingat tak dalam entry ini aku pernah cakap yang i have something interesting to share? maaflah baru sekarang dapat tunaikan janji aku tuh.

kenal tak? inilah cendawan tiram adik-adik.

hari Rabu (7 september), disebabkan masa berada kat rumah dah semakin singkat masa tu, mak tanya aku kot-kot la ada mengidam nak makan ape-ape. masa balik hari tu mak dah masakkan bubur lambuk untuk aku (pasal dua hari sebelum balik mak tanya nak makan ape). pucuk dicita ulam mendatang. laju je aku listkan nak makan ape. entah apa mimpi aku hari tu tiba-tiba rasa nak makan cendawan goreng. mak pon angguk aje. maka perut aku bersirak gembira. kahkah ayat macam hampeh je.

petang tu mak ajak pergi beli cendawan. maka mengendeng la aku dan anas ikut mak. oh mak aku sejak reti bawak kereta manual ni dah tak pakai aku as her driver. nak pergi mana-mana dia drive sendiri je even aku ada kat rumah. kalau dulu everytime aku balik cuti aku kena mengabdikan diri untuk jadi driver tak bertauliah mak. sekarang dah kena pecat.

back to the story. aku ingatkan kitorang nak pergi beli cendawan yang dah siap pack dekat kedai je. rupa-rupanya mak bawak pergi kebun cendawan kawan dia. kawan mak tu namanya Kak Ti. dia dan husband nya start buat perusahaan cendawan tiram ni since Januari tahun ni. boleh tahan besar jugak kebun cendawan diorang ni.


muka jakun first time masuk kebun cendawan. 
cendawan-cendawan tu ditempatkan dalam satu bangunan yang beratap nipah to mantain air ventilation and to keep the temperature. ceewah speaking london u'olls. mind my grammar. suasana kat dalam tu pun redup je. first time aku masuk kebun cendawan so i'm kinda jakun lah jugak. tapi takdelah sampai terlompat-lompat macam adik aku, Anas tuh (walaupun dalam hampir-hampir terlompat sebab eksaited tengok cendawan yang banyak dan besar-besar).

Anas buat muka merajuk lepas kena sound dengan kak long. sapa suruh melompat tak ajak kak long!
it was a great experience. tengok cendawan-cendawan yang bermacam saiz, tengok macam mana proses menanam, dan yang paling best kitorang kutip sendiri cendawan yang kitorang nak beli. laju je tangan aku capai cendawan-cendawan yang ada. tak sampai sepuluh minit dah penuh bakul yang aku bawak tu. itu baru kutip dekat dua rak. belum tawaf satu kebun tu lagi.

masa ni mak aku dah sound , " udah-udah ler bergambar tu along oii. kang nanti cendawan tu layu pulak". fine mak fine.........kesot ati (kecil hati dalam loghat terengganu)

adik dan kakak gebu. like mother like sister like little brother. 
 balik rumah terus bersihkan cendawan dan makan. menu utama ialah cendawan celup tepung dan juga sup cendawan. nikmatnya...dahla cendawan fresh dari ladang. anas mulanya tak nak makan cendawan goreng tu tapi bila dia tengok aku dok hadap sepinggan cendawan goreng tu dia pun try sekali. hamek kau sekali try terus  mintak lagi dan lagi. selera Anas memang terbaik.

bui bui semua. have something to do :)





p/s : sekarang sku sangat addicted dengan DIY craft..




SLW 2nd Giveaway

assalamualaikum. i've been tagged by Umumra to join this. orang nak kasi hadiah. ape lagi join jangan tak join nyah.

first thing, tepek (tampal) header blog penganjur dan backlink kepada penganjur. (DONE)

second, tag 3 orang yang bertuah untuk join GA ni. hahaha aku paling suka bab nih. insan-insan bertuah ialah :

1. Amalina Sulaiman the yenna
2. Gwen Velora
3. Asyraff

tarikh tutup ialah 20/9/2011. meh join ramai-ramai ye. ok,buibui!

Wednesday, September 14, 2011

wordless wednesday #10 : kuih raya si dia.


Mr.Hubby baked this "kuih kindai" (resipi turun temurun familinya) and give some to me.. rasanya ofkosla  sedap sedap dan sedapp!!

Sunday, September 11, 2011

aku memang BENCI naik bas double decker!!

assalamualaikum. alhamdulillah selepas perjalanan yang memakan masa kira-kira lapan jam, akhirnya aku dah selamat sampai ke IPBA. dahlah balik ni sorang-sorang je. sampai kat Hentian Putra pun sorang-sorang. girlfriends yang lain tak balik lagi. Tiara naik train malam ni. Zura pulak ada kat Johor sebab dia buat SBE kat sana. so journey kali ni aku sorang-sorang lah. nasib baik ada Faizul. aku suruh dia tunggu aku kat Hentian Putra sebab aku seram nak balik IPBA sorang-sorang. (sebenarnya aku tak pernah pergi mana-mana sorang-sorang. selalu ada teman). so dari Hentian Putra ke IPBA aku naik cab dengan Faizul. hohehohe.. dah dah tak boleh lebih-lebih nanti ada orang jeles.

mukadimah aku selalu melalut kan? kehkehkeh sorilah. every journey pergi balik from KL-Jerteh, aku memang selalu naik bas. tapi satu perkara je, aku memang tak berapa gemar naik bas double decker. first, aku ngeri denan kes kemalangan maut yang melibatkan bas Sani Ekspress dulu tu. sebab kejadian tu jugakla mak aku tak bagi aku travel naik bas malam-malam. so every journey must be during siang. bosan tau tak duduk dalam bas selama lapan jam di siang hari. kalau malam sah sah la kerja aku membuta je. siang-siang ni terkebil-kebil la jawabnya.

satu lagi sebab kenapa aku tak gemar naik bas double decker adalah sebab aku tak suka kalau dapat seat bahagian atas. aku akan rasa pening-pening lalat kalau kena duduk kat bahagian atas. kadang-kadang bila lori atau bas lain lalu kat sebelah bas yang aku naik tu aku boleh rasa bas aku tu macam bergoyang. seram tahu??

dan alasan terakhir untuk topik hari ini, "aku paling BENCI naik bas doublE decker!!". aku paling bengang bila kena duduk seat bahagian atas sedangkan dekat tiket bas aku ah terang-terang tertulis yang seat aku sepatutnya di bahagian bawah. benda ni dah banyak kali jadi kat aku. kebanyakan bas double decker ni (tak kira la syarikat bas mana pun) seat dia kira macam first come first serve. walaupun dekat tiket kau seat kau sepatutnya di bahagian atas rapi kalau kau mintak nak duduk kat bawah and kena pulak encik driver tu baik hati, memang dapat la kau duduk bawah. disebabkan banyak hentian (maksud aku penumpang naik di berlainan tempat), so yang naik awal-awal dapat pilih seat la. kalau macam tu buat ape ko bergegas beli tiket awal-awal dan pilih seat kalau kau tak dapat duduk dekat seat yang kau dah pilih tu kan? oh maaf aku siyes bengang dengan hal ni. sebab dah banyak kali jadi kat aku. driver bas pulak tak bertegas nak suruh penumpang duduk di seat yang dah ditetapkan untuk diorang. kononnya si driver tu taknak serabut-serabut dengan penumpang bas. costumer first la konon. ptuihhh! habistu aku yang selalu naik lambat ni la yang jadi mangsa. tak memasal sakit kepala dok kat bahagian atas. hadoi!

cukuplah membebel untuk hari ini. kepala pusing. tidur dulu ye. esok struggle siapkan kerja, macam tak biasa je kan? ok bai bai!






p/s : Mr. Hubby, you look extremely handsome with your new spectacles. oh metafora nye ayat tapi itulah kenyataan :P


Thursday, September 8, 2011

raya ketiga di tepian pantai.

assalamualaikum. satu perkara yang aku suka bila balik kampung kat Bachok ni ialah pantai. rumah mak ni sangat dekat dengan pantai. tapi rumah mak saudara aku lagi-lagi dekat dengan pantai. ngehehehe. dari rumah mak dengan cik ni  merempit lima minit je dah sampai. petang semalam bila dah takde orang datang melawat mak, sepupu aku Sue ajak aku pergi pantai. disebabkan dah bosan aku pun angguk jee.. sepantas kilat kami menyeludup pergi (sebab takut kanak-kanak riang lain nak ikut).


pergi mana-mana pun still ingat u taw sayang :p
muka penat seharian di dapur. oh berminyak!
ok dah. baiiiiiii!!!!

something that distract me for the moment.......



seems like you are not happy enough being with me. thank you Mr. Hubby for being honest :')

my last day of SBE..gonna say good bye to SK Bintang..

assalamualaikum. kejap je masa berlalu, SBE dah pun sampai ke hari yang terakhir. urghh apekah maknanya semua ini?? maknanya sabtu ni kena balik IPBA dah..maknanya lepas ni kena bersengkang mata siapkan 10 page reflection..maknanya lepas ni kena pulun study sebab dah nak final. apasal takde benda best pun bakal berlaku? arghhh benci taw benci taw!!

hari ni lah aku kalut nak observe cikgu. dahlah sekolah ni kekurangan guru bahasa inggeris. yang ada pun kerap mintak MC. apekes ni cikgu?? yang bestnye, cikgu yang sepatutnya aku observe hari ni tiba-tiba ada kecemasan..anak dia sakit and aku tak dapat nak observe dia. dan secara automatik, aku ngan Mok Cik pulak yang kena relief kelas dia nanti..apekah?? hahahaha..kelas 1 Bestari yang aku ngan Mok Cik masuk masa hari Isnin kalau tak silap..budak-budaknya ligat masya-Allah...

hari ni jugak banyak benda nak setelkan..urusan-urusan SBE ni la. banyak pulak lampiran-lampiran yang diorang nak..buat tebal fail aku je. hmphhh..oh lupa..kena pergi fotostat lembaran kerja untuk budak darjah satu tu nanti..kalau tak bagi kerja nanti diorang dok ekrumun aku la jawabnya mintak nak tengok cerita..kuss semangat..

ok bai bai..


p/s : ada cerita menarik nak share tapi sebab kabel telefon tertinggal kat hostel, tak boleh nak upload gambar...tunggu aku balik KL la ye aku citer kat koranggg~

cikgu for the last day..gonna miss you all kiddo!
 


Wednesday, September 7, 2011

wordless wednesday # 9 :nostalgia sekolah dulu-dulu - buku 555

kenal lagi tak dengan buku ni??



tengah kemas koperasi  pagi tadi jumpa dengan buku ni.. dulu selalu beli kononnya buat tulis nama orang bising dalam kelas.

Tuesday, September 6, 2011

hey boy..this is for you my love.

Mr.Hubby sayangggggggg...

Everyday, 

Late at night, awake and alone...

I count the stars in the sky

Every cloud that rolls by
 
and I think of you, I whisper, I wish 

cant u hear me??
 
With everything that I am
 
I'll do all that I can
 
Cause hubby I,
 
I just want you to see
 
and hubby, you mean the whole world to me :)

I HEART U...[SMAM]





p/s : maaf..hari ni mood cikgu jiwang...
p/s/s :: oh oh BOSANNYEEE jaga koperasi ni...takde budak nak datang beli pensel ke?

Monday, September 5, 2011

hari ni masuk mengajar..weewuuuuu lagi~

assalamualaikum..bosan taw tak ade kat sekolah ni. pagi-pagi aku datang nak lapor diri, ofis tak buka lagi.,eh, depa ni masuk kerja pukul sepuluh ke ape? maka aku dan Mok Cik pun membawa diri ke Kelas Bermasalah Pembelajaran (KKBP). KKBP ni untuk budak-budak yang bermasalah dalam pembelajaran macam slow learner, sindrom down, dyslexia etc. masa tu nasib baik kak Aisyah (pembantu kelas KKBP) dah sampai. boleh la aku menumpang melepak kejap. kelas KKBP ni dah makin lawa aku tengok. kemudahan pun dah banyak. kalau tak silap tahun lepas kelas ni direnovate. maksud aku dibesarkan sikit. alhamdulillah dah selesa pun kelas tu sekarang.

dalam pukul 8.30 baru aku naik melapor diri. nasib baik tak kantoi dengan guru besar. maklumla syok sangat bersembang. kahkahkah takde disiplin betul cikgu ni.baru semalam mengaku pelajar paling berdisiplin zaman sekolah. tak boleh pakai betul.

dah takde keje sangat nak buat, aku dengan Mok Cik pi makan dekat kantin. ada la dekat sejam kami dok lepak kat situ. sampaikan kitorang siap temankan Anas makan lagi. lepas tu Cikgu Yahya datang hulur jadual relief (jadual guru ganti). kitorang kena masuk kelas 1 Bestari untuk masa Bahasa Inggeris. alang-alang takde benda nak buat aku ngan Mok Cik terima jelah kan...

budak-budaknya masya-Allah,,,,boleh tahan ligat. berlari sana-sini tak duduk diam. ade la dua tiga orang yang dengar kata. yang lain dok panjat sana sini..hmpphhh sabor jelah...kalau macam ni lah gayanya, masa setengah jam rasa macam tiga jam..


nak bagi diorang diam, aku umpan diorang dengan cerita Goldilocks and The Three Bears. nasib baik aku still simpan cerita tu lepas buat video ELTM hari tu. hahaha seronok tengok budak-budak tu tergelak dan fokus dekat cerita tu. tak cukup  sekali diorang suruh aku ulang lagi sekali. lepas tu Mok Cik tanya diorang apa yang diorang nampak dalam cerita tu. berebut-rebut lah diorang nak menjawab..


lepas tu aku tayang pulak lagu Old McDonald Had A Farm. kikihkihkih tergoyang-goyang kepala sorang-sorang dengar lagu tu. hingar kelas tu depa dok tiru bunyi haiwan-haiwan yang ada lam video lagu tu. hadoii sabo jelah. nasib baik masa setengah jam dah nak habis. kalau tak budak-budak tu nak ajak aku melukis pulak..erkhh melukis orang lidi teacher pandai la ==,

kanak-kanak ni pantang diajak bergambar. sampai tak nampak mana 1 cikgunye. haihh..

susah nak kontrol budak-budak. macam-macam perangai diorang ni.yang senangnya bila ajak ambik gambar.... berduyun-duyun diorang datang serbu kau. semput aku tadi nyah!....so sape-sape yang kata jadi cikgu tu senang, try la masuk kelas and mengajar. you will know what is the true meaning behing the statement "senang je jadi cikgu ni"....sape setuju goyangkan kepala ye.

ok dah. bai bai. nak main game lah.

Sunday, September 4, 2011

SBE di sekolah lamaku. weeewuuu!!

eh..makcik cleaner mana ni? gemuknya T_______T
assalamualaikum. horay horay hari ni kembali ke sekolah rendah lama. wuuuhuuuu lame dah aku tak jejakkan kaki ke sekolah rendah lama ku..ketaq luttu ceq mai llapoq diri awai-awai lagi. lepas tu dah ok sikit sebab jumpa dengan cikgu-cikgu lama. masih ramai lagi cikgu-cikgu yang mengajar aku zaman sekolah dulu still mengajar kat sekolah ni lagi.  Cikgu Ramlee (ajar aku math masa darjah 2), Cikgu Rohaya, Cikgu Yahya, Cikgu Mat Hashim yang selalu paksa aku turun padang main hoki, Teacher Faizahwati yang suka berleter suruh aku hantar karangan setiap minggu, dan tak lupa Cikgu Maziah yang mantain slim sampai loni..eh eh Cikgu Maziah puji aku anak murid dia yang paling berdisiplin sebab masa duduk hostel dulu aku selalu bangun awla. kehkehkeh berdisiplin rupanya aku dulu-dulu. sekarang memang haremmmmmmm lah kan.

kawan-kawan mak aku pun ramai yang mengajar kat sini. patutlah mak beria-ria benar suruh aku buat SBE kat sini. ramai yang kenal aku. hehehehe.. Ustaz Khairi (mak aku masa dekat SMKA Nurul Ittifaq dulu) pagi-pagi lagi offer nak belanja makan. hohoho rezeki betul.

yang tak bestnye, bila adik aku pun sekolah kat sini jugak, seronok lah dia mengepow aku. tadi kebetulan masa aku tengah makan dia keluar rehat. nampak je aku terus dia mintak seringgit nak beli nugget dengan senyuman nampak gigi gajahnya. padahal pagi tadi mak dah bagi duit belanja tiga ringgit kat dia. kuangasam punya adik. nasib baik kakak kau ni baik. haihh..hari-hari kena pow macam ni maw nipis duit raya aku. hadoidoidoi...tapi kan tak sangka pulak budak Anas ni femes dekat sekolah ni. akak-akak kantin tu semua kenal Anas. depa kata adik aku tu banyak cakap. (banyak makan pun iye jugak). eheh, like sister like dik brother ye dik?

ohoooiii lupa nak gitaw..disebabkan asrama baru dah siap maka aku dengan Mok Cik sedang berguling-gulingan di dalam surau asrama baru ni. mula-mula ingatkan nak melepak dekat library sekolah je tapi ramai la pulak kan budak-budak yang rajin nak pi baca buku. setelah membodek-bodek Umi (penyelia asrama since zaman aku duduk asrama masa darjah 5 lagi) kami pun berlenggang la ke surau dekat asrama budak pompuan nih. weeeehuuuuuu lawa siottt asrama baru ni. jauh lebih selesa daripada asrama buruk zaman aku dulu..


ok bai bai. nak buat refleksi BIG nih. sebelum tu terimalah......

cikgu yang bosan dan meracau.

Thursday, September 1, 2011

atuk dan nenek tersayang...cepatlah sembuh!

this is my atuk (panggil cik je). dia lumpuh lepas accident beberapa tahun lepas.. sekarang dah nyanyuk sikit. kejap ingat aku kejap tak.. :') lawak cik ni...... yg terbaring tu nenek (kitorang panggil mak). dua hari sebelum raya mak kena strok....kesian mak tak sempat pakai baju raya yang mak aku jahitkan...sayu kan tengok diorang ni...semoga cepat sembuh cik dan mak... pape pun along sayanggg cik ngan mak ketat2!! ♥♥♥