tabung kelas teacher bella

Saturday, August 6, 2011

weekend yang tensyen!

assalamualaikum. penat baru balik dari Masjid Jamek sebab membeli barang-barang keperluan untuk buat ABM (alat bantu mengajar). kepala berputar hebat. kaki pun dah rasa macam nak tercabut. sabar ajelah. balik-balik nampak buku yang berserabut di segenap ceruk bilik yang sekangkang kera ni. atas meja atas katil semua ada. tensyen hoiii. tengok thesis kajian yang aku nak guna buat rujukan pun dah muak. belek-belek buku dah rasa macam budak dyslexia. huruf nampak menari-nari ejek aku. justification assignment Children Literature baru separuh jalan. entah bila nak siapkan. ELTM dengan Numerical Literacy lagi hebatt tak sentuh langsung....pfftttt!


eh, kaki dah kembali dihiasi anklet. yeay yeay happy. sumpah lepas ni tak nak bukak dah anklet ni. takut hilang lagi. tapi lagi sayang anklet yang lama tu. sentimental value kot.


ok dah. chow.


p/s : disebabkan tensen, semalam aku dengan rumet melalak sampai sakit tekak.lagu nasyid jadi rock. lago korea pun jadi rock kapak. gasaklah.

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)