tabung kelas teacher bella

Friday, August 12, 2011

sampai hati kau buat aku macam ni T_____T

assalamualaikum. alkisahnya begini. aku dah berapa hari teringin nak makan murtabak. tapi nak menapak pergi bazar ramadhan tu punyalah malas. dengan kereta yang banyak buat aku cuak je nak lintas jalan. aku dahla fobia melintas jalan sorang-sorang. duhh. tapi semalam Mr.Hubby dengan bermurah hati membawa aku pergi ke bazar ramadhan. maka apalagi aku pun sambar la murtabak keping. satu murtabak ayam satu lagi murtabak daging. saja beli dua nanti boleh share dengan housemates yang lain.

bila dah sumbat nasi, kurma dan pelbagai jenis kuih-muih, perut masing-masing dah sampai meter FULL. tapi aku still bersemangat nak makan murtabak yang dibeli tadi tu. maka Asma (housemate) potong lah murtabak tu. dah habis potong laju je tangan aku dengan haosemates yang lain sambar. sedapnya masya-Allah! nikmat dapat makan murtabak lepas beberapa hari mengidam. disebabkan masing-masing dah kenyang yang teramat, maka kami semua decide nak makan murtabak yang lagi satu tu masa sahur. ada jugak kuih keria yang Tiara beli dan tak lupa buah melaka Faizah. semua tu kitorang letak dekat meja hall rumah kitorang.


pukul 5 pagi macam biasa, aku, Faizah dengan Tiara bangun sahur seperti biasa. semangat lah bangun pegi cari balik kuih-muih yang kitorang tak habiskan semalam. cari punya cari tak jumpa-jumpa. kat atas meja dekat hall takde. kat dapur pun takde. misteri betul. kitorang pun masak la air panas untuk buat air. lepas tu Faizah keluar untuk buang sampah. dan teka ape yang dia nampak....


semua kuih-muih yang kitorang simpan untuk sahur tu ada dalam tong sampah. memang padanla cari tak jumpa-jumpa. kitorang tertanya-tanya sape punye keje la yang pergi buang kuih-kuih tu. membazir je. yang peliknya kenapa buang semua kuih tu? pendapat aku lah kan, if diorang nak guna hall untuk buat kerja and kuih tu mengganggu diorang, why not they put all the kuih dekat dapur? kitorang agak terkilan la dengan hal ni. rezeki sahur hari ni takde nampaknya. alih-alih kitorang makan biskut je masa sahur tadi.


aku malas nak cari siapa yang bertanggungjawab dalam perkara ni. dah takde rezeki aku dengan kawan-kawan aku nak makan murtabak masa sahur. kesian kan kitorang?

sakit hati je ingat pasal ni. babai!




p/s : aku tak tahu dan tak nak amek tahu sape punya keje ni.to that person, tak boleh ke instead of kau buang semua makanan tu kau letak je kat dapur? rasenye dapur lagi dekat dengan hall compared to tong sampah kat luar rumah tu.

2 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)