tabung kelas teacher bella

Thursday, August 18, 2011

Reunion F1P8, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) - entri gambar beratus belon.

assalamualaikum. sebelum aku berkecimpung dalam bidang perguruan ni (bajet macam dah jadi cikgu je padahal baru taraf guru pelatih), aku menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). kat sana aku ambil course Sains Fizikal. nak ambik Sains Hayat tapi nasib tak menyebelahi sebab result SPM Biology ku hanya cukup-cukup makan. tsk tsk. takpelah Sains Fizikal lagi stail. boooo Sains Hayat (dengan nada iri hati).


kehidupan aku sebagai pelajar matrikulasi tak lama pun. aku belajar kat KMNS tu tak sampai dua bulan, lepas tu aku quite matrix sebab dapat tawaran IPG. dah tersurat rezeki aku untuk bergelar pendidik. musnah angan-angan nak jadi engineer. ceh belajar malas ade hati nak jadi engineer. hakk tuihh! tapi walaupun aku hanya dua bulan di matrix, hubungan aku dengan budak praktikum aku tip top. kitorang satu kelas memang kamceng habess sebab semua kepala otak gila-gila. ade la dua, tiga orang yang diam tapi lame-lame jadi murai jugak. semua dah terpengaruh dengan budak-budak puaka ni. last-last satu praktikum jadi Geng Puako. hahahahahahah!


semalam, Geng Puako buat reunion. ouh syok gila jumpa diorang ni. ke-puako-an tu masih mantain walaupun masing-masing dah masuk universiti.  food court Midvalley tu hingar dengan suara kitorang gelak-gelak. nasib baik kat food court. kalau kat restoran buat perangai macam ni mahu kena halau dengan tuan punya restoran tu. tapi sayang, tak semua dapat hadir semalam. yang duduk area KL jela yang ade. yang lain-lain semua ada kat kampung halaman.

yang paling kanan tu bukan one of Geng Puako ye. hehe.  from left : Arip, Daniel, Azman, Ridhwan and Mr. Hubby


camwhore lah konon. tapi tangan gajah kacau. aku syak tangan Daniel.

depa lagi. Azman dengan Ridhwan memang suka buat iklan colgate. Mr. Hubby terpengaruh nampak?

♥ F1P8....♥ you guys...eh time ni Tikah Puako tak sampai lagi.

Arip in the house. first time tengok dia dulu ingatkan dia ni anak apek mana entah.

tudia sampai-sampai terus posing. bertuah punya budak.

Nana (tudung putih) dan Arip. lagi dua orang tu kawan Tiqah. aku ingat-ingat lupa muka Arip sebab dia bukan budak praktikum aku.


Ridhwan dan aweknya Abby. sebelah Abby tu kakak dia. Abby and her sis sangat kurus. aku?? pffttt.

aku jatuh cinta dengan pic ini. ♥ you guys!

Azman dok dengaq Ridhwan membebel pa ntah.
acara melantak kek batik buatan Abby. syedap syedap!

aku dan Tiqah. Tiqah pun seorang guru pelatih jugak!

Tiqah puako dan Ola puako. Ola ni nampak je kecik tapi sebenarnya dia yang paling senior antara kitorang.


sekian sahaja acara menempek gambar berjuta belon. acara menyiapkan assignment bermula. ok, babai!



p/s : kesian Mr. Hubby.......sabar ye sayang.....  :'(



0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)