tabung kelas teacher bella

Sunday, August 28, 2011

kisah hari ini dan semalam

assalamualaikum. aku ni selalu je MIA (missing in action) kan? semalam aku bertolak pulang ke kampung. Mr.Hubby hantarkan pergi Hentian Putra. tenkiu sayang..hehehehe...sepanjang perjalanan aku tido je manjang. nak SMS dengan Mr. Hubby pun masa tu dia tengah drive balik kampung. kesudahannya aku sumbat telinga dengan mp3 dan tido. dan alhamdulillah aku selamat tiba di rumah kira-kiraa pukul 6.30. tak sempat panas punggung dah pun buka pose. oh semalam hidangan best!! mak masak bubur lambuk.ya Allah nikmatnya makan bubur lambuk panas-panas tambah pulak ada ikan bilis digoreng garing. lazatnya hingga menjilat sudu!


itu kisah semalam. kisah hari ni pulak. mak langsung tak kasi can aku bangun lewat. lepas sahur kami tak tido. aku dok tolong mak sembat baju raya kami. mak pulak dok siapkan baju kezen aku. dah setel hal-hal baju, kitorang kemas rumah pulak. tiga empat kali ubah susunan sofa kat ruang tamu tu. kus semangat. lepas tu ubah perabot dalam bilik aku pulak. mak la yang beria benar nak ubah susunan perabot bilik aku. aku ikut je. kalau harapkan aku sorang memang susunan yamg sedia ada tu kekal sampai bila-bila la. tak ade kudrat nye aku nak mengalihkan almari yang berat tu.


dah penat kemas rumah dan bilik aku tu baru kitorang rehat kejap. mak belek-belek baju dalam almari aku. rupa-rupanya banyak je baju-baju yang aku dah tak pakai. nak-nak baju kurung. maklumla takde adik perempuan nak mewarisi.  oleh kerana mak tengok almari aku tu dah macam nak meletup, so dia suruh aku asingkan mana-mana baju yang masih elok tapi aku dah tak nak pakai untuk didermakan kepada anak-anak murid dia yang miskin. alhamduillah ada rezeki diorang. banyak jugak baju aku yang masih elok. laju je aku angkut baju-baju masuk plastik. sekarang almari aku lengang. hohohoho...


petang tadi pulak aku tolong mak aku masak bubur kacang untuk hidangan moreh di masjid kampung aku. alhamdulillah suka hati tengok bubur kacang tu habis dimakan oleh jemaah masjid. ade sikit yang mak aku simpan kat rumah untuk abah. sebab tadi abah pergi berbuka dekat rumah jiran kitorang.

pergh dam macam diari pulak entri aku ni. maaflah kalau korang bosan baca entri aku ni. ok nak tido. esok nak start buat projek kecil-keccilan aku. babai~


p/s : perkhidmatan brodband sangatla tidak sporting kat kampung aku. ari tu rasanya ok je. ape ni celcom, kata ada coverage terbesar seluruh Malaysia. pfftttt!!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)