tabung kelas teacher bella

Sunday, August 14, 2011

girls day out (semalam punya cerita)

assalamualaikum. ini semalam punya cerita tapi ini hari baru maw update. biasalah pemalas macam aku ni memang suka bertangguh. buat assignment pun bertangguh jugak. hadoii..


sebenarnya xdelah girls day out sangat. Mr.Hubby pun ikut sama jugak. lokasi tujuan semestinya kedai runcit kami iaitu Midvalley. alkisahnya, Mr.Hubby nak belanja aku yang kempunan KFC. lepas tu housemate aku yang juga classmate aku, Faizah, Asma dan Tiara nak pegi Midvalley jugak. depa ni nak beli barang sikit sambil buka puasa kat luar terus. alang-alang destinasi kitorang sama, aku angkut semua sekali masuk kereta. Mr.Hubby pun tak kisah pasal kitorang semua classmate. jimat duit tambang teksi u'olls~

aku ingatkan Midvalley lengang weekend ni. tapi ya-Allah parking penuh. terpaksalah kami parking keta dekat The Gardens. hujan pulak turun selebat-lebatnya. dahlah aku pakai skirt. jenuh jugak nak jalan dari The Gardens nak masuk Midvalley tu dengan nak redah lautan manusia lagi. puihhh semput aku nyah.


Asma,Faizah,Tiara dan aku. feminin tak i pakai skirt?? *muntah*

dari luar Midvalley lagi aku boleh dengar depa mainkan lagu raya. hamboiih semangan bebeno lah puasa ada lagi separuh bulan. sabo jelah. manusia pun masya-Allah ramainye. semua pakat keluar shoping raya kut. banya jugak sales dekat Mid tu semalam. kitorang pulak terus turun ke kedai runcit kami, Carefour. si Faizah, Asma ngan Tiara tu nak beli barang sikit. aku ndan Mr.Hubby pun ikut sekali jugak lah. pasal kitorang tak tau nak pegi mana. datang Mid tu pun tujuannya nak buka puasa kat KFC je. hohehohehohe.


keluar dari Carefour tu pun dah pukul 6 lebih. kitorang p intai KFC. masa tu pun dah penuh. so kitorang decide untuk tunggu je kat siru and cari meja kosong. lepas berebut dengan sorang mamat kurang ajar yang nasib baik tak kena pelangkung ngan anak dara 4 orang ni, kitorang berjaya dapatkan tempat duduk. maka melepaklah kami sambil meluahkan rasa tidak puas hati pasal mamat poyo tadi tu. tak masak kurang pahala puasa aku. grrr! nasib baik Mr.Hubby ada. dia lah yg cool kan aku dengan ajak aku pergi beli tako. tak jadi nak emo lama-lama.

yeayy. plastik Toys City berjaya menyembunyikan kemontelan di bahagian perut. teknik penyamaran terhebat! eh, muka Tiara macam nak kena sekeh je.
kononnya nak balik lepas solat maghrib. oh ya solat maghrib lagi satu hal. orang ramai aku tak kisah. surau Midvalley penuh aku pi surau The gardens yang dekat Big Apple tu. tu perkara normal. masalahnya telekung yang disediakan tu dah sampai tahap berubah warna. kalau warna pun dah kekuningan bau pun ape lagi kan? sabo jelah haku. lepas solat maghrib budak-budak nih nak sambung melabur duit lagi. depa nak pi cari baju dekat Jusco. aku tarik Mr.Hubby masuk Jusco sekali. tapi lepas belek sana-sini au tak jumpa pulak baju yang berkenan. Mr.Hubby pun naik Toy's City dekat level 4 (betul ke tak entah). kedai feveret dia tuh. dan hasilnya dia berjaya tambah lagi satu model motor.

posing ikut ketinggian.aku ingatkan Faizah lagi tinngi dari Tiara.

Mr.Hubby yang girang lepas dapat motor baru. nanti balik raya dengan motor tu ea sayang. waja tu bagi i bawak balik kampung~
9.30 baru sampai IPBA. Tiara dengan Faizah kemain shoping baju. aku tak shoping ape-ape pun sebab takde yang berkenan. wahh, berjaya menahan duit dari mengalir ke sana- ke mari tanpa arah tujuan. hebat!!
balik bilik kami (aku, Faizah, Tiara dan Asma) sambung melantak lagi. roomate aku masak mi kari. sedapnyee. ok roomate anda dah lulus untuk berkahwin. lepas makan terus rasa mengantuk. padanlah badan kau makin montel bella. pfftt.


ok, babai. bella montel nak buat assignment. sambil-sambil tengok cerita 49 Days. mampu?


4 students asking questions:

miss tiara said...

pffttt komen kau kt gmbar tu ! aku yg nk sekeh kau taw?? haha ~ btw thanks 4 cheer me up even kt kfc jadik hape ntah ! spoil btol ! :) luv u lahh

Ain Atika Zailani said...

ehhehee...yeke ke awak tak beli pape ni? betul ke ni?? ehehehhehehe=p *gelak jahat.

bella bellitos said...

@ miss tiara : berani ke sekeh aku?? bahahaha. chill la syg. kumbang bukan sekor. cehceh!

bella bellitos said...

@ Ain Atika Zailani : hehe betul la awak tak beli pape pun. kawal nafsu nanti nak shoping raya lg. hehehehehehe *gelak sopan*

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)