tabung kelas teacher bella

Monday, August 1, 2011

dugaan terhebat 1 Ramadhan.

assalamualaikum. orang lain dok update makanan terhebat untuk dibedal semasa berbuka puasa, dok wish salam Ramadhan sana sini. meh aku cerita apa jadi hari ni.


aku memang tak suka hari Isnin. sebab ia bermakna weekend yang harmoni sudah habis dan weekdays yang hectic bermula. lagipun, hari Isnin aku untuk semester dua ni memang menggugat kesabaran. hari Isnin dan Selasa kuliah pack dari 8 pagi sampai 1.30 tengahari. gap 30 minit pun hanya untuk rehat. beku saraf otak aku sebab terlebih cognitive load. everytime hari isnin dan Selasa semua orang bermuka toya dengan mimik muka macam kepala nak burst bila-bila masa.


nak dijadikan cerita, pagi ni aku pergi kuliah dengan girang gembira seperti biasa. kuliah hari ni berjaya buat aku menguap. walaupun Dr. Prema bersemangat cerita kat depan, aku dah mengarang cerita sendiri kat belakang. alah macam tak biasa buat kan. sebelum bulan Ramadhan start pun memang macam tu jugak. jangan nak salahkan puasa.


perkara yang paling aku tak suka hari ini. first, hari ni dapat assignment English Language Teaching Methodology (ELTM). so sekarang total assignment  yang aku ada ialah 6 (tidak temasuk sub task). fuhh sabar jelah. aku saja je taknak kira sekali sub task tu sebab tak nak bagi nampak banyak sangat kerja. reverse psikologi untuk diri sendiri.

dugaan yang kedua dan paling palat dan maha hebat untuk hari ini dan semester ini. tiba-tiba aje coordinator batch kami, Madam Ann bagitahu kitorang kena ambil satu lagi subjek elektif untuk sem ini iaitu Literasi Bahasa. dan memandangkan kitorang dah ketinggalan sebulan untuk subjek ni, maka kelas ganti pada waktu petang perlu diadakan bagi mencukupkan credit hour. see see? nak mencarut pun ada tapi sabarkan ajelaa. yang buat kitorang tertanya-tanya, kenapa dah nak masuk setengah sem baru diorang nak include sekali dalam syllabus kitorang? maknanya sekarang all together kitorang ada 7 subjek untuk dihabiskan dalam sem ini. semout lah aku. tak sempat ternak lemak la macam ni.


bila kitorang mintak penjelasan daripada lecturer pasal hal ni, depa habaq depa pun taktaw kitorang kena ambik subjek tu. aihh, BPG tak inform ke? i thought subjek untuk PISMP TESL SEKOLAH RENDAH bagi semua IPG seluruh negara selaras. memang musykil. tapi malas nak tanya banyak-banyak sebab malas nak menyakitkan hati sendiri. so lepas ni takdelah istilah hari rabu, khamis dan jumaat yang mendamaikan. dah tak boleh bangun lewat pada pagi rabu, khamis juga jumaat. tsk tsk sobs sobs.


ok, dah. babai. nak telan buah rambutan sampai buncit pulak.

4 students asking questions:

gwen velora said...

betul tu. aku sakit hati gila kot. dah la kena bangun awal, tak cukup tido pulak untuk petang tu. memang terbaek la BPG ni kan. sesuka hati je menambah menolak silibus kita ni. :( tak suke tak sukeeeee!!!

bella bellitos said...

@gwen velora : tahu takpe kan. dahla tengah pose ni. kalau kuliah yg sampai 1.30 tu pun tersengguk-sengguk inikan pulak kelas extra pg. ya Allah takleh nak bayang.

gwen velora said...

betul betul betul.. aku kalau jam dah 1230 tu haa mata memang mula nak buat hal. nak mengilang taik mata je kejenye

bella bellitos said...

@gwen velora: haha samela dengan aku. parah weh macam ni. sesak nafas aku

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)