tabung kelas teacher bella

Wednesday, August 10, 2011

berbuka puasa di McD Bangsar tapi makan nasi campur. eh??

assalamualaikum. aku ni macam chipsmore je kan. kejap rajin update kalau dah malas memang rupa zoo la blog ni aku tinggalkan. biasalah time excited nak jadi blogger terhebat (mampu ke??) bukan main rajin lagi aku update. lepas dua hari terus diam membisu seribu bahasa. hot-hot chicken shit betul lah!

hari ni berbuka puasa bersama Mr.Hubby tersayang. aku lah yang gedik nak makan KFC. mengidam lah konon-konon. jangan celupar bertanya berapa bulan ye. hahahahaha. sebenarnya takdelah mengidam mana pun tapi saja nak mengada dengan gulahatiku yang sorang tuh. mulanya dia macam keberatan sebab tak kenyang makan KFC katanya. perut Melayu sejati betullah dia ni.  then aku bagi dia idea baik punya. beli nasi siap-siap dekat garden Cafe tu dan kita cilok bawak masuk dalam KFC. dengan mata bersinar-sinar dan senyum miangnya (sebenarnya dia senyum comel je. ngahaha) Mr.Hubby setuju.


tapi saat-saat akhir plan nak gi KFC (kitorang plan nak pergi KFC KL Sentral) bertukar destinasi pergi McD Bangsar sebab traffic jam yang masya-Allah teruk bangat. kereta langsung tak gerak. masa kitorang keluar tu dah pukul 6. kalau teruskan pergi KFC KL Sentral konpem-konpem kami berbuka dalam kereta nanti. so, sebagai awek mithali dan juga untuk kesejahteraan bersama aku akur jela dengan cadangan Mr.Hubby untuk pergi makan dekat McD Bangsar. sobs sobs melepas nak topup lemak dengan cheesy wedges.


then kitorang masuk McD sambil membawa sekali bekalan nasi yang dah dibeli tu. aku dengan muka kayu selamba je angkut plastik nasi tu masuk. gasaklah orang nak tengok pon. lepas order makanan dekat kaunter kitorang pun mula mencari lokasi nak buka bekal nasi. oh ya, Mr.Hubby order GCB. aku order ayam dua ketul je and air ribena feveret. kanak-kanak kan aku?. honestly aku tak suka McD sebenarnya. dua-dua orang ambik large set sebab kononnya kebulur. lepas tu semput nak habiskan air.


elok je azan, kami habiskan fries dulu. then pandang kiri kanan, lepas tu gelak-gelak. slow je bawak naik nasi bungkus kitorang. orang lain semua hadap burger kitorang je yang hadap nasi. gasaklah janji perut montel aku kenyang. mamat chinese meja sebelah usya sambil senyum-senyum. sama jugak dengan awek mane entah yang dok belakang kitorang sikit. terliur la tu tengok lauk ikan keli Mr.Hubby. dalam dok gelak-gelak tu habis jugak la nasi kitorang and ayam goreng tuh. GCB Mr.Hubby dia tak larat nak makan dah pasal perut penuh dengan air. so GCB tuh buat sahur jela.


nasib baik tak kena kejar dengan guard McD sebab bawak outside food. siap nasi campur lagi kau. hadoii.sori. malas nak tepek gambar berjuta lemon. tak jumpa cari kabel henset.kalau rajin nanti aku update balik gambarnya.


ok lah, bai. nak sambung mencederakan otak dengan assignment Learning and the Learner ni.








ohYESiFORGOTtoTELL : tadi ada sorang pondan ni, ke hulu ke hilir tawaf depan kitorang sambil lenggang kalah Mak jenab jual lagung dengan badan meliuk lintuk habis. dia tengah ada phone conversation tapi suara masya-Allah. ngeri mak dengar nokss. pakai macam perempuan tapi ada misai. tak chare la bhaii!




0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)