tabung kelas teacher bella

Wednesday, August 3, 2011

alhamdulillah. aku menang doodle free dari Nanad. terima kasih Allah!

assalamualaikum. balik dari tutorial dengan keadaan yang tidak bermaya. kawan-kawan aku pakat dok tegur awatla muka aku pucat tak bermaya sangat ni. entahlah tak tahu knenapa hari ni macam pening-pening lalat sikit. nasib baikla kelas Literasi Bahasa petang ni kensel sebab Puan Juhana suruh keluar beli materials untuk buat ABM (alat bantu mengajar). takpelah boleh tidoq sat sebelum keluaq. tak gitu?

lepas mandi, badan rasa segar sikit. janji dengan Mr.Hubby nak keluar pukul 4. lokasi kitorang sah-sahla kedai runcitku Midvalley. ceh ceh berlagak ek kau Midvalley tu taraf kedai runcit je ye. taklah taklah aku bukan orang kaya pun. Carefour Midvalley jela kedai runcit aku. yg lain-lain haremm aku tak masuk pasal poket tak tebal mana pun. harapkan duit elaun jela. tsk tsk.

eh lupa. aku nak cakap pasal benda lain sebenarnya. hari tu aku ada join GA Dear Nanad, Nak Doodle Free yang dianjurkan oleh Nanad. doodle Nanad ni kiut miut belaka walaupun takde hidung. teheeeee. hanya 5 orang pemenang bertuah yang akan dapat doodle free dari Nanad. dan keputusannya.. jeng jeng jeng...........

diprint screenkan oleh jari montelku dari blog Nanad

alhamdulillah. alhamdulilah. sungguh tak disangka. first time aku menang GA ni. seronoknya sampai lupa kejap assignment yang melambak tu. lupa jugak tentang kejadian hampeh dalam kelas hari ni. thanks Nanad. you make me happy.


nak tengok keputusan penuh GA ni? picit sini.


ok dah. babai. nak celebrate kegembiraan ni dengan insan tersayang. yabedahbedul!

4 students asking questions:

Miss Orangeee said...

bertuahnya...tahniah byk2 ye =)

bella bellitos said...

@Miss Orangeee :welkem dear. alhamdulillah rezeki

nanad said...

psst~ doodle kamu dah siap ;D wee~

http://nardieya.blogspot.com/2011/08/doodle-for-winner-2.html

bella bellitos said...

@nanad : comel comel comel comel comel comel comel comel comel. weeeee. suka suka rasa nak gigit je. terima kasih nanad (:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)