tabung kelas teacher bella

Tuesday, August 30, 2011

aidilfitri yang penuh kesayuan.......

assalamualaikum. first of all, selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini dan semua blogger di luar sana. kepada korang-korang semua yang selalu datang ke blog cinonet aku ni. maa zahir dan batin kalau-kalau korang ada tersentap ke dengan karangan aku yang tak seberapa ni. aku ni tulis ikut ape yang aku rasa je. kui kui kui..

raya aku tahun ni tidak semeriah tahun-tahun sebelum ni. bukan sebab duit raya dah tak selebat zaman kanak-kanak ribena dulu (walaupun kadang-kadang terasa jugak). tidak! itu bukan masalah utama di sini. dua hari sebelum raya, nenek aku sebelah emak (kitorang panggil mak je) kena serangan strok masa nak bangun sahur. pagi-pagi buta pak su bawak mak pergi hospital. doktor cakap strok mak tu tak teruk dan diberi ubat. masa tu mak still boleh bangun. just tak boleh nak berjalan (kena ada orang pimpin) dan cakap pun dah macam pelat sikit. tapi tengahari semalam, pak su call emak aku gitaw keadaan mak (nenek) dah makin teruk. dia dah tak boleh gerakkan bahagian tubuhnya kiri. kalau dua hari lepas still boleh bangun, sekarang dah langsung tak boleh bangun. kalau mak nak duduk pun kena ada orang pegang kat sebelah. kalau tak ada orang pegang nanti dia terbalik ke belakang/tepi. cakap pun makin pelat dan makin susah difahami. sedih bila tengok mak hanya mampu terbaring. dahla atuk aku lumpuh lepas accident dua tahun lepas. dia hanya mampu mengengsot kalau nak ke toilet. pendek kata, sekarang ni kedua-dua atuk ngan nenek aku memerlukan jagaan yang rapi.

pagi tadi pulak, selepas sembahyang raya, abah dapat panggilan telefon daripada ayah cik cakap Izzudin (sepupu aku) accident. dia dengan motor berlanggar dengan kereta. injured teruk jugak. doktor syak kaki kiri dia retak. famili aku tak sempat nak jenguk dia lagi sebab kalut nak balik kampung nak tengok mak.

sebak la pulak rasanya. sebelum aku tutup entry ni, aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada korang yang selalu blogwalking kat blog aku ni. maaf. tenet kat kampung ni korang faham-faham la macam mana. ni pun jenuh refresh baru boleh buat entri baru. insya-Allah, aku akan try balas kunjungan korang tu secepat mungkin.


bye bye. SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM MERDEKA!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)