tabung kelas teacher bella

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramaddhan yg entah hape-hape

assalamualaikum. masya-Allah hari ni penat mental tak boleh nak describe. balik dari kelas, cepat-cepat siapkan assignment Children Literature yang tinggal ciput je lagi tu. alhamdulillah activity dah siap cuma tinggal justification je belom buat. dah siap activity laju-laju aku tekan butang shutdown dan terbongkang tido tanpa sempat bukak facebook pun. percaya tak weh aku tak buat rutin harian yang satu tu? sila lah percaya.


Mr.Hubby pulak tak sihat ari ni and dia mc. so dalam dewan kuliah aku tak bersemangat pasal sumber inspirasiku takde. hahahahaktuihh geli geleman. padahal takde kaitan dengan Mr. Hubby pun. memang hari ni otak dah overload. sampaikan aku tertido masa kuliah last. pffttt. nasiblah Dr. Prema tak perasan.


lepas tu pergi bazar Ramadhan dekat Bangsar bersama Pie Botak, Abe We dan Mr. Hubby. sebab lapo aku bedal nasi bukhari lauk ayam madu. wahhh masyukk. baki ayam tu ada lagi kat dapur. gedabak jugak ayam dia.tapi bagi aku lagi best bazar Ramadhan dekat Kerinchi pasal kat sana ada jual blueberry cheese tart. Mr. Hubby makan banyak gila. nasi bukhari 1 bungkus, puding karamel, bontot ayam feveret dia and roti bom 3 keping. bahahahahaha dinasour betul dia nih. aku beli nasi bukhari dengan nuget je. takut tak habis. dan memang tak habis pun. nuget tu tersadai kat atas meja sebab kenyang sangat makan nasi bukhari. takpelah buat sahur nanti ye encik nuget.


ok dah. nak buat tutorial kot. takpun buat bunga lagi. weeeeeeee.

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)