tabung kelas teacher bella

Tuesday, August 30, 2011

aidilfitri yang penuh kesayuan.......

assalamualaikum. first of all, selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini dan semua blogger di luar sana. kepada korang-korang semua yang selalu datang ke blog cinonet aku ni. maa zahir dan batin kalau-kalau korang ada tersentap ke dengan karangan aku yang tak seberapa ni. aku ni tulis ikut ape yang aku rasa je. kui kui kui..

raya aku tahun ni tidak semeriah tahun-tahun sebelum ni. bukan sebab duit raya dah tak selebat zaman kanak-kanak ribena dulu (walaupun kadang-kadang terasa jugak). tidak! itu bukan masalah utama di sini. dua hari sebelum raya, nenek aku sebelah emak (kitorang panggil mak je) kena serangan strok masa nak bangun sahur. pagi-pagi buta pak su bawak mak pergi hospital. doktor cakap strok mak tu tak teruk dan diberi ubat. masa tu mak still boleh bangun. just tak boleh nak berjalan (kena ada orang pimpin) dan cakap pun dah macam pelat sikit. tapi tengahari semalam, pak su call emak aku gitaw keadaan mak (nenek) dah makin teruk. dia dah tak boleh gerakkan bahagian tubuhnya kiri. kalau dua hari lepas still boleh bangun, sekarang dah langsung tak boleh bangun. kalau mak nak duduk pun kena ada orang pegang kat sebelah. kalau tak ada orang pegang nanti dia terbalik ke belakang/tepi. cakap pun makin pelat dan makin susah difahami. sedih bila tengok mak hanya mampu terbaring. dahla atuk aku lumpuh lepas accident dua tahun lepas. dia hanya mampu mengengsot kalau nak ke toilet. pendek kata, sekarang ni kedua-dua atuk ngan nenek aku memerlukan jagaan yang rapi.

pagi tadi pulak, selepas sembahyang raya, abah dapat panggilan telefon daripada ayah cik cakap Izzudin (sepupu aku) accident. dia dengan motor berlanggar dengan kereta. injured teruk jugak. doktor syak kaki kiri dia retak. famili aku tak sempat nak jenguk dia lagi sebab kalut nak balik kampung nak tengok mak.

sebak la pulak rasanya. sebelum aku tutup entry ni, aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada korang yang selalu blogwalking kat blog aku ni. maaf. tenet kat kampung ni korang faham-faham la macam mana. ni pun jenuh refresh baru boleh buat entri baru. insya-Allah, aku akan try balas kunjungan korang tu secepat mungkin.


bye bye. SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM MERDEKA!

Sunday, August 28, 2011

kisah hari ini dan semalam

assalamualaikum. aku ni selalu je MIA (missing in action) kan? semalam aku bertolak pulang ke kampung. Mr.Hubby hantarkan pergi Hentian Putra. tenkiu sayang..hehehehe...sepanjang perjalanan aku tido je manjang. nak SMS dengan Mr. Hubby pun masa tu dia tengah drive balik kampung. kesudahannya aku sumbat telinga dengan mp3 dan tido. dan alhamdulillah aku selamat tiba di rumah kira-kiraa pukul 6.30. tak sempat panas punggung dah pun buka pose. oh semalam hidangan best!! mak masak bubur lambuk.ya Allah nikmatnya makan bubur lambuk panas-panas tambah pulak ada ikan bilis digoreng garing. lazatnya hingga menjilat sudu!


itu kisah semalam. kisah hari ni pulak. mak langsung tak kasi can aku bangun lewat. lepas sahur kami tak tido. aku dok tolong mak sembat baju raya kami. mak pulak dok siapkan baju kezen aku. dah setel hal-hal baju, kitorang kemas rumah pulak. tiga empat kali ubah susunan sofa kat ruang tamu tu. kus semangat. lepas tu ubah perabot dalam bilik aku pulak. mak la yang beria benar nak ubah susunan perabot bilik aku. aku ikut je. kalau harapkan aku sorang memang susunan yamg sedia ada tu kekal sampai bila-bila la. tak ade kudrat nye aku nak mengalihkan almari yang berat tu.


dah penat kemas rumah dan bilik aku tu baru kitorang rehat kejap. mak belek-belek baju dalam almari aku. rupa-rupanya banyak je baju-baju yang aku dah tak pakai. nak-nak baju kurung. maklumla takde adik perempuan nak mewarisi.  oleh kerana mak tengok almari aku tu dah macam nak meletup, so dia suruh aku asingkan mana-mana baju yang masih elok tapi aku dah tak nak pakai untuk didermakan kepada anak-anak murid dia yang miskin. alhamduillah ada rezeki diorang. banyak jugak baju aku yang masih elok. laju je aku angkut baju-baju masuk plastik. sekarang almari aku lengang. hohohoho...


petang tadi pulak aku tolong mak aku masak bubur kacang untuk hidangan moreh di masjid kampung aku. alhamdulillah suka hati tengok bubur kacang tu habis dimakan oleh jemaah masjid. ade sikit yang mak aku simpan kat rumah untuk abah. sebab tadi abah pergi berbuka dekat rumah jiran kitorang.

pergh dam macam diari pulak entri aku ni. maaflah kalau korang bosan baca entri aku ni. ok nak tido. esok nak start buat projek kecil-keccilan aku. babai~


p/s : perkhidmatan brodband sangatla tidak sporting kat kampung aku. ari tu rasanya ok je. ape ni celcom, kata ada coverage terbesar seluruh Malaysia. pfftttt!!

Friday, August 26, 2011

Bina Insan Guru (BIG) Siri 2/2011

assalamualaikum. di kala mood raya tengah bersemarak ni aku nak jugak cerita pasal BIG kelas aku untuk sem ini. untuk semester ni, kami dikehendaki membuat aktiviti khidmat masyarakat. untuk kelas kami, kitorang telah bersetuju untuk mengadakan BIG di Rumah Anak Yatim Raudhatul Ikhwan, Subang Permai, Shah Alam. banyak dugaan BIG kali ni. dugaan paling hebat adalah untuk mendapatkan tempat yang sudi menerima kami untuk melaksabakan tugasan ni. maklumla, rumah-rumah anak yatim area KL ni kalau bulan Ramadhan diorang banyak aktiviti. jadi untuk mendapatkan tarikh yang sesuai bagi kami bertandang ke tempat mereka amatlah rumit. time kami free depa pulak yang busy. time depa free kami lak yang busy. setelah dua. riga kali bertukar tarikh dan tempat, maka BIG kami untuk semester ini telah dilaksanakan pada24 Ogos 2011.








maaf. sebenarnya banyak aku nak serita pasal BIG kali ni.  tapi disebabkan penat (petang tadi aku shoping dekat Jalan TAR) maka aku malas nak menaip banyak-banyak. so aku nak tempek gambar je banyak..enjoy~

bui bui (bye bye) bloggers. di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua blogger di luar sana. sat lagi nok balik tganu doh weh~orang kampung tunggu aku..kite bakor lemang same-same...

Thursday, August 25, 2011

Spontaneous Thursday #1 : get well soon sayang..

Dear Mr. Hubby,
please get well soon. dah dekat seminggu u demam. risau i nengok. dengan muka pucat. badan pun dah nampak susut sikit. kesiannye dekat u. rehat banyak-banyak taw sayang. pastikan u sihat cepat-cepat. nanti nak drive balik kampung lagi..malam ni jangan lupa makan ubat ye. take care sweetheart.