tabung kelas teacher bella

Tuesday, July 19, 2011

weh, nak beli gula menggelungsur tak? LOL

assalamualaikum. hari ini dalam sejarah aku tak pegi pehimpunan (lagi). eleh macam tak pernah ponteng je sebelum ni. korang pun selalu buat an? jangan nak berdusta lah. kalau kantoi ponteng pun paling tidak dapat borang LAM-PT je nanti. kohkehkohkeh gelak keji.



hari ni, kuliah yang padat dari pukul 8 pagi sampai 1.30 tengahari buat aku mual dan pening-pening lalat. jangan salah faham ok ini bukan simptom orang alahan pregnant. ini simptom budak yg panas montot duduk dalam dewan kuliah ber'air-cond' ditemani suara mendatar lecturer-lecturer yang masuk silih berganti. mengantok seyh. masing-masing tayang muka terlebih makan sambal belacan. budak belakang aku lagi lah masuk dream land 5 minit lepas kuliah start. patutlah senyap kalau tak macam pasar ikan kat belakang tuh.


bila semua orang dah bosan dan tak boleh nan fokus, masing-masing ligat mengeluarkan pendapat. sekali budak belakang aku cuit aku and then he asked me:

Boy : Bella, ko ada bela gula menggelungsur tak?

Bella Bellitos : menatang hape gula menggelungsur tuh?


Boy : ala gula menggelungsur. takkan tak tau kot. GULA MENGGELUNGSUR. aku nak jual nih. (sambil sengih-sengih tengok muka lampi aku)

Bella Bellitos : (senyap kejap, dok digest menatang hape gula menggelungsur tu, and after a few seconds) SUGAR GLIDER ke? ya Allah aku ingatkan hape lah. ade pulak gula menggelungsur. ingatkan spesies baru. malasla aku nak bela gula menggelungsur ni. kalau kucing ke rerabit (arnab) ke aku nak lah jugak. 

Boy : hahahaha ( gelak seth tan/setan)



hai. sayalah GULA MENGGELUNGSUR. nama glamour saya Sugar Glider. comelkan saya. LOL. oh ya. kepala yang besar tu kepala aku ye.

ini bukan sugar glider aku. tak mampula nak beli binatang kecik yang harganya mahal ni.ini kawan aku punya. namanya Bugsy. habis satu kepala aku dia tawaf. geli mak noks.


cinabeng punya budak. nak kenakan aku rupanya. aku yang dah lalok mengantuk tu tiba-tiba segar kejap. hingar-bingar kat belakang tu depa dok gelakkan aku. cheit!



ok, dah. babai! teacher busy petang nih. bukan busy body ok.

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)