tabung kelas teacher bella

Thursday, July 28, 2011

tahniah Harimau Malaya. pertahanan Malaysia, belajarlah dari kesilapan.

assalamualaikum. buang tebiat ke hape entah, perlawanan antara Singapura dan Malaysia malam ni berjaya buat aku lekat kat kerusi. walaupun kiri kanan penuh dengan budak lelaki dan hanya ada secipu je budak perempuan yang join sama tengok bola. lantaklah janji dapat tengok bola. lagi menambah semangat Mr. Hubby kat sebelah. muahahaha gelak keji.


aku bukan minat bola sepak pun. tapi lepas tengok perlawanan Malaysia vs Singapura masa depa lawan kat Singapura hari tu, tiba-tiba rasa semangat nak tengok perlawanan kedua mereka yang kat Bukit Jalil. pasal aku yakin mereka boleh menang kat Bukit Jalil walaupun masa lawan kat Singapura hari tu kalah.


tapi nak buat macam mana. lawan kat tempat sendiri pun kalah jugak. dah takde rezeki Malaysia kot. separuh masa pertama tadi agak bosan la. walaupun banyak je cubaan menjaringkan gol tapi menyampah dengan pemain Singapura yang asyik buat aksi sakit. jatuh sikit pun sakit. paling tak boleh belah goalkeeper Singapore tuh. dok pegang-pegang kepala. konon sakit lettew. tapi boleh pulak marah-marah orang. sakit sangat ye bang?


masa Safie Sali (betul ke tak entah aku eja nama dia ni) jaringkan gol tu aku rasa macam nak melompat je. nasiblah cik abang sayang ade. kalau tengok kat common room yang mana semuanya pompuan, mau aku jerit melompat-lompat. tadi pun dah terjerit ayu. tapi kan, pertahanan Malaysia nampak sangatla senang bolos. kalau bukan Khairul Fahmi yang jadi goalkeeper Malaysia tadi, rasanya teruk jugak Malaysia kena belasah. kawasan gol Malaysia nampak macam takde pengawal. kesian Apek. memang dia perform habis-habisan la malam ni. kalaulah Syafiq Rahim dengan Norshahrul Idlan Talhah ade sekali...



ok dah. babai. mood buat assignment dah datang balik




ohYESiFORGOTtoTELL : peminat-peminat bola sepak Malaysoa di luar sana, ini hanyalah pandangan daripada seorang penonton yang jarang-jarang tengok perlawanan bola sepak. maafkan aku kalau ada tersilap kata.

2 students asking questions:

dya_hana said...

thanks.. sbb ak xtgk bola td.. ulasann yang bagos.. muahaha..

bella bellitos said...

mane nak tengoknye kalau dok tunggu teaser Mr.Simple. muahaha

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)