tabung kelas teacher bella

Monday, July 25, 2011

monday blue.

assalamualaikum. gedik kan aku kejap update kejap tak. ah gasak lah tak de masa nak update selalu. assigment beratur tunggu turn untuk disiapka. masak masak. 24 jam 1 hari memang tak cukup. weekend pun dah tak macam weekend. tiada hiburan sana sini. just dok melangut depan laptop sambil tarik-tarik rambut supaya idea untuk mengarang keluar sepantas kereta lumba Formula 1.

yeahh. hari ini isnin. ak taw la semua orang taw hari ni hari isnin. korang konpem pernah dengar istilah "Monday Blue" kan? zaman kanak-kanak dulu aku tak berapa nak faham pun pejadah nye istilah Monday Blue ni. tapi bila dah cukup umur ni, baru aku faham (betul ke faham nih).

hari ini penuh dengan kuliah. hanya ada 1 aje gap. sempat la pergi melantak kejap. lepas tu dapat pulak Dr.L yang mengajar Language and the Learner (L&L). fuh fuh nak luruh jantung. dia ni stail mintak buku kehadiran and then randomly call any names to answer his question. tapi aku suka stail dia pasal memang aku fokus 150% dalam kelas dia. takmau kantoi mengelamun kalau tak boleh jawab soalan. budak-budak laki pun datang kelas awal hari ni sebab kelas Dr.L pukul 8. tapi Dr.L suka buat lawak. 2 jam kelas dia aku enjoy. just cuak masa dia panggil-panggil nama.


kemuncak Monday Blue aku hari ni, dapat lagi satu assignment. assignment kali ni adalah untuk subjek L&L. yeayyy sukaa sangat!(agak-agak aku betul-betul suka ke?). so sekarang semuanya ada 5 assignment. choyy terbaiklah wa cakap lu. tak boleh nak melagha tengok Song Jong Ki dalam Running Man tiap-tiap malam dah. tsk tsk tsk.


yes isnin pada kali ini tidak best. first time aku rasa cenggini. asal ye? adakah kerana duit dalam akaun semakin susut juga?


sudah. tido lagi bagus. babai

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)