tabung kelas teacher bella

Sunday, July 31, 2011

kenangan puasa zaman kanak-kanak ribena

assalamualaikum. ye aku update lagi. janganla terkejut. sebab pidato BM dah siap (alhamdulillah) so jejari montelku macam ketagih nak tekan-tekan keyboard. elehh yela tu. kalau tekan keyboard for the sake buat assignment macam tak rela je. tapi kalau update blog, pheww laju tak menyempat nak kejar. ceisscake!

esok dah start puasa. alhamdulillah puasa ganti dan puasa nazar semuanya dah settle. sambil dok berangan sorang-sorang ni teringat pulak kenangan puasa zaman kanak-kanak dulu. kecik-kecik dulu, kalau puasa penuh satu bulan mesti mak dengan abah bagi hadiah. setiap kali buka puasa abah belikan air soya dengan ayam madu. sedapnya subhanallah.  balik sekolah muka pucat lesi sebab penat, bila mak tanya nak buka puasa ke tak, laju je jawab tak sebab takut tak dapat hadiah nanti. sungguh tidak ikhlas puasa zaman kanak-kanakku. tsk tsk.


kadang-kadang, kanak-kanak ni perangai nakalnya tak boleh nak dipertikai. sambil berkumur ambik air sembahyang pun sempat je teguk air. konon nak hilangkan dahaga. padahal bukan kenyang pun. kan dah batal puasa. jangan cakap korang tak pernah buat ye. lepas tu sibuk dok tanya mak dengan abah lambat lagi ke nak buka puasa. kekerapan bertanya ialah setiap lima minit. pukul enam, ema masuk dapur untuk masak. laju je aku ikut dengan alasan nak tolong mak masak. padahal curi makan kuih buah melaka kat bawah saji. hahahahahaha keji perangai!


Ramadhan tahun ni, macam tahun lepaslah aku berpuasa di perantauan. dah dua tahun aku sambut 1 Ramadhan di perantauan. dulu zaman-zaman sekolah kalau minggu first puasa mesti warden bagi balik. weeeehaaaa bestnye. sedih tu adala sikit tapi nak buat macam mana. Terengganu tu bukannya dekat untuk aku ulang alik balik rumah tiap-tiap hari. sabar jela.


ok dah. nak mandi. nak dinner. tarawikh jom malam ni. Insya-Allah.

4 students asking questions:

aRa ❤ aFiq™ said...

haha.. btol ! mse kcik2 slalu curik mkn..

dya_hana said...

tahniah weyh! haha.. jupe mg kat surau..

bella bellitos said...

@aRa ❤ aFiq™ : ara pun macam tu jugak? ingatkan sy je :p

bella bellitos said...

@dya_hana : jupo ko dop ak td?

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)