tabung kelas teacher bella

Friday, July 15, 2011

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 :tak berape nak reviewlah.

kalau rasa geli dengan muka Lord Voldermort yang takde hidung ni sila skroll ke bawah sepantas kilat.gambar dipetik daripada sini.

assalamualaikum. hari ni best gilakk wa cakap lu. dahla ade satu kelas je (tapi sayang kelas tu start pukul 12.30 t/hari sampai 1.30 t/hari) then sambung pulak dengan mentor-mentee dalam 45 minit. lepas tu balik bilik, bersiap dan terus chow pergi Sunway Piramid semata-mata nak tengok Harry Potter. kat Midvalley konpemla penuh panggung. maka aku bersama insan tersayang Mr. Hubby dan Husna meredah jalanraya pergi Sunway Pyramid.


sampai Sunway Pyramid, parking keta and then terus terjah masuk cari kat mana cinema dia. maklumla jarang datang Sunway Pyramid ni so tak berapa nak khatam lah selok beloknya. dan terima kasih kepada peta kerana menumjukkan arah yang tepat menuju ke TGV Cinema tanpa menyimpangkan kami ke tempat lain. kalau Midvalley dengan Berjaya Times Square tu takpelah setiap ceruk aku dah khatam.peta yg ada pun aku tak pandang walau sebelah mata. kahkahkah berlagak kau nyah!



serbu kaunter, laju je aku pilih seat and hulur duit. masa tu the movie was about to began. tergopoh-gapah beli popcorn dan air dan melompat bagai kanak-kanak riang masuk cinema (aku jela Mr.Hubby ngan Husna cool je). excited nih nak tengok Hermione Granger aku yang cun melecun tuh!


overall, Harry Potter and The Deathly Hallow Part 2 ni lagi best sebab lagi banyak action dari Part 1 dulu. dan yang penting Hermione Grangerku (Emma Watson) nampak sangat gojes ye. yelah kan dah jadi gadis hot sekarang. si Harry Potter pulak nampak macho siket. ade lah part yang hampir buat aku meleleh ayaq mata. masa si Harry tu jumpa parents dia lepas (dibangkitkan balik). masa tu kira macam detik penentuan antara hidup dan mati Harry. sedih la sposen. grafic cerita ni sangatlah lawa. kalau tengok yang 3D mesti best. muka pelakon-pelakonnya pun dah tak comel macam zaman kanak-kanak dulu. semua muka dewasa. but still cute. especially my Hermione! taknak cerita banyak-banyak nanti korang tengok tak saspen lah.


aku bagi markah 9.9 out of 10! cerita ni best. grafik pun lawa. terbaik jugakla. tapi kalau tak baca buku or tengok Part 1 dulu mesti tak faham and tak kenal watak-wataknye. aku pun tadi macam ingat-ingat lupa dah nama watak-watak tu. nasib baik Husna ada. and tak lupa, thank you Mr.Hubby sayang sebab bawakkan ayang pergi tengok Harry Potter walaupun b sendiri ingat-ingatlupa jalan pergi Sunway Pyramid tu.*love*love*love*!!


ok dah.babai uoll's. Running Man jangan lari-lari dari aku!



ohYESiFORGOTtoTELL : aku GELI GILA dengan Nagini si ular basilisk Lord Voldemort tuh. dahla besar gedabak. everytime ada scene Nagini tuh aku tutup mata. oh loosernye rasa T_______T.

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)