tabung kelas teacher bella

Tuesday, July 12, 2011

[30 Days Challenge] Day 6: Favourite Super Hero and Why

assalamualaikum. penat giloss hari ni padat dengan kuliah. sesungguhnya aku benci hari Isnin dan Selasa kerana jadual aku full for both days. takde gap langsung tak macam sem lepas. dah takboleh mencilok keluar pergi makan roti caani dengan Mr.Hubby dan Pie dah. tsk tsk.takpelah boleh kempiskan kembali perut comel aku nih.


my favourite superhero..hmm entah la zaman kanak-kanak dulu banyak la superhero yg jadi idaman aku. kejap Sailor Moon la, kejap Power Puff Girl la, kejap Power Ranges la. pendek kata mane yg nampak terer dan banyak kuasa tu la yg jadi pujaan aku. kalau orang lain minat Goku Dragon Ball, Ninja Turtle, Spiderman, Batman and ape-ape man lagi lah, aku lain sikit. aku tak berapa suka sangat superhero. aku minat super heroin. super heroin sangat hebat bila beraksi dan ofkos mereka ni super duper gorgeous and hot.


super heroin yg aku dok puja-puja zaman innocent dahulu kala ialah Totally Spies. ala yg selalu tayang kat TV3 dulu, hari Ahad kalau tak silap. aku selalu cari alasan tak nak pergi sekolah hari ahad sebab nak tengok Totaly Spies ni. sampai kena kejar dengan rotan oleh mak sebab perangai ngengade tersebut. ouh sobs sobs.sedih la pulak.

merekalah Totally Spies, super heroin terulung abad ini. suka uniform diorang ni pasal kaler sume striking. pic sedut dari sini.
dah kenal dengan superheroin aku? haha kan comey. masa zaman keobsesan tahap melampau dulu aku pernah mintak pencil box gambar totally spies dekat mak aku. tapi sah-sahlah permintaan aku ditolak mentah--mentah.


aku suka Totally Spies ni sebab kalau korang perasan la, kebanyakan kartun-kartun atau movie semua letak lelaki jadi superhero. jarang sangat yg letak watak perempuan. so bila diperkenalkan (oleh sapa entah.. lupa dah) kepada kartub ni, terus aku jatuh hati ngan kartun ni. depa ni macam mewakili kaum wanita yg versatil dan berani menerima cabaran. skil pertahanan diri depa pun mantop. ghasak la kartun pun janji aku suka tengok. kecik-kecik dulu pernah berangan nak jadi Totally Spies no. 4. oh sadisnya..


ok dah. let's say babai and we will meet again next entry!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)