tabung kelas teacher bella

Sunday, July 31, 2011

selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat.



assalamualaikum. alhamdulillah baru lepas balik dari sembahyang terawih. perut masih kenyang selepas makan dinner yang lazat dekat Garden Cafe IPBA-UNIKL dan moreh dekat surau. Insya-Allah esok kita akan mula berpuasa. dah niat puasa ke belum semua?? aku just nak share something. maybe ramai yang dah tau. tapi takpe nak gitaw jugak. tadi dekat surau ustaz ajar kitorang untuk niat berpuasa sebulan. niat berpuasa sebulan ni lain taw dengan niat puasa harian. kalau kita dah lafazkan niat puasa sebulan ni, in case la kite terlupa nak berniat puasa untuk hari tersebut, puasa kita still sah sebab kita dah berniat untuk berpuasa sebulan. tapi jangan pulak lepas lafazkan niat berpuasa sebulan ni korang tak nak niat puasa harian.


niat untuk berpuasa sebulan:
 sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala



niat berpuasa harian:
sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

dapat? baiklah, mari mulakan membuat kerja. esok kuliah Dr.L. takut takut.

*sumber dari sini

kenangan puasa zaman kanak-kanak ribena

assalamualaikum. ye aku update lagi. janganla terkejut. sebab pidato BM dah siap (alhamdulillah) so jejari montelku macam ketagih nak tekan-tekan keyboard. elehh yela tu. kalau tekan keyboard for the sake buat assignment macam tak rela je. tapi kalau update blog, pheww laju tak menyempat nak kejar. ceisscake!

esok dah start puasa. alhamdulillah puasa ganti dan puasa nazar semuanya dah settle. sambil dok berangan sorang-sorang ni teringat pulak kenangan puasa zaman kanak-kanak dulu. kecik-kecik dulu, kalau puasa penuh satu bulan mesti mak dengan abah bagi hadiah. setiap kali buka puasa abah belikan air soya dengan ayam madu. sedapnya subhanallah.  balik sekolah muka pucat lesi sebab penat, bila mak tanya nak buka puasa ke tak, laju je jawab tak sebab takut tak dapat hadiah nanti. sungguh tidak ikhlas puasa zaman kanak-kanakku. tsk tsk.


kadang-kadang, kanak-kanak ni perangai nakalnya tak boleh nak dipertikai. sambil berkumur ambik air sembahyang pun sempat je teguk air. konon nak hilangkan dahaga. padahal bukan kenyang pun. kan dah batal puasa. jangan cakap korang tak pernah buat ye. lepas tu sibuk dok tanya mak dengan abah lambat lagi ke nak buka puasa. kekerapan bertanya ialah setiap lima minit. pukul enam, ema masuk dapur untuk masak. laju je aku ikut dengan alasan nak tolong mak masak. padahal curi makan kuih buah melaka kat bawah saji. hahahahahaha keji perangai!


Ramadhan tahun ni, macam tahun lepaslah aku berpuasa di perantauan. dah dua tahun aku sambut 1 Ramadhan di perantauan. dulu zaman-zaman sekolah kalau minggu first puasa mesti warden bagi balik. weeeehaaaa bestnye. sedih tu adala sikit tapi nak buat macam mana. Terengganu tu bukannya dekat untuk aku ulang alik balik rumah tiap-tiap hari. sabar jela.


ok dah. nak mandi. nak dinner. tarawikh jom malam ni. Insya-Allah.

Saya Nak GA dari Korea dan Bandung!

[ tagged by Miss Orangee. thanks dear. awak suka tag saya masuk contest yang best-best. me likey beri-beri mushie.]


assalamualaikum. Miss Orangee dah tag aku masuk GA yang best. so aku tanpa segan dan silu join. thank you Miss Orangee. sayang awak lebih teheeeee :P



Photobucket 


so kawan-kawan, nak join GA ni jugak? syarat-syaratnya mudah aje.
  cuma perlu follow kedua-dua blog penganjur, letak banner buat entry dan tag kawan-kawan kita yang lain. simple je kan?

semua tu dah settle kecuali mengetag kawan-kawan.dan kawan-kawan bertuah yang akan di tag oleh jari-jemari montelku..jeng...jeng...jeng........

  1. si gojess Puteri Zahra
  2. si gojess Yuyun Ahmad
  3. si gojess Sya Valesya
  4. si gojess Mera Zati
  5. si gojess Ara
  6. si gojess Cik Najwa
  7. si tak berapa nak gojess Alaina.
  8. si gojess Misz Molecule
  9. si doodler gojess Nanad
  10. si gojess housemateku Gwen
  11. si gojess housemateku Tiara
  12. si sweet and gojess Amna 


cukuplah.  ramai dah ni kot. cukup sudah untuk memeriahkan GA ni. jangan lupa join ye kawan-kawan gojessku sekalian.  oh ya, jangan lupa. tarikh tutup GA ni ialah pada 15 Ogos 2011. so boleh lagi ajak kawan-kawan blogger lain join. kita meriahkan GA ni (:


ok, dah. babai uol's. nak sambung berpidato. sikit je lagi ni. fighting!!

i need assignment-theraphy. really.

assalamualaikum (wajib jawab ye hensems and gojesses)
Bella Bellitos is super duper busy tonight.
Bella Bellitos is struggling to finish her pidato.
but at the same time she curi-curi buka facebook, buzz Mr.Hubby and now update blog.
good job girl.
Bella Bellitos is having SIX more assignments untouched
why untouched?
of courselah because she is so busy lazing around.
sat nak tengok Running Man la, sat nak tengok citer korea la, sat nak online la.
belum masuk melepak buat benda entah ape-ape.
kalau start buat kraf makan pun lupa.
that is why she always choose to do her assignment in a very very last minute.
"eh, takdela last minute mane pun. pidato tu kena hantar 5/8. sempat lagi ni nak enjoy. buat esok-esok jela"
astaghfirullahalazim. tengok tu, syaitan dok goda cik Bella hingga ke saat terakhir.
kuatkan iman. kuatkan azam.
dah, sambung buat pidato jom!

Saturday, July 30, 2011

[30 Days Challenge] Day 17 : someone you would want to switch lives with for one day and why

assalamualaikum. hari ni aku nak sambung pasal 30 Days Challenge ni. nak tukar nyawa dengan seseorang untuk satu hari? mustahil la kan. aku tak suka la topik hari ni tapi terpaksa ikutkan jugak. kalau tak sampai ke sudah 30 Days Challenge aku tak siap-siap.




kalau diberi peluang, aku nak tukar nyawa dengan adik bongsu aku yang tak sempat lahir. mak aku pernah keguguran masa aku Form 5. kalau dia sempat dilahorkan, adik aku sekarang ni dah berumur 3 tahun. mesti meriah kan rumah aku ade budak kecik. tapi nak buat macam mane Allah lebih sayangkan dia. 2 bulan je dia sempat menghuni rahim mak aku. takpela adik. kita jumpa kat sana nanti ye. along sentiasa doakan adik. eh, rindu budak debab Anas la. :')


atau pun, aku nak tukar nyawa dengan anak kucing aku yang mati sebab termakan racun tikus. racun tikus yang abah aku letak dekat bawah rak dalam stor rumah kitorang. entah macam mane anak kucing tu boleh masuk main kat dalam tu. kesian dia. tengok-tengok dah keras kejung kat depan pinti stor. poor kitty.satu-satunya anak kucing yang hidup. mak dia nenek aku ambik. sobs sobs.



ok, dah. babai. have a great weekend uolls. walaupun weekend aku memang dah terang-terang tak syok!

Friday, July 29, 2011

keep your head down, dummy!

Changmin comel lah. asal selama ni tak perasan pun ea? tsk tsk rugi-rugi.


assalamualaikum. sudah virus DBSK jangkit kat aku. tu lah sape suruh SM Entertainment lambat sangat upload teaser album terbaru Super Junior. grrrr. oh ya, dengar lagu ni sambil buat assignment, boleh ke? boleh ajeee~~lagu tema untuk malam ini. ade sedikit kaitan dengan kejadian hari ini.
 ok, dah. assignment  dok tunggu aku.adios.


oh btw, Changmin pujaan hati terbaru! lantak lah ape orang nak kata.


Dear Nanad, nak doodle free!

assalamualaikum. hi Nanad. korang tak kenal Nanad? meh nak perkenalkan. Nanad ni blogger macam kita jugak. ape yang spesial pasal dia ialah dia pandai mendoodle. comey siot. dan sekarang Nanad buat offer untuk sesiapa yang nak doodle free. check out her blog guys.


oh panjang mukadimah. sori ye Nanad.


bukti kecomelan doodle beliau. aww daku terpikat!





kenapa saya (tetiba la pulak sopan kan) nak doodle free :

sebab bagi saya doodle merupakan satu seni yang unik dan bukan semua orang boleh buat. dan saya akan merasa sangat-sangat-sangat bahagia sekiranya terpilih untuk mendapat doodle free dari Nanad. kalau saya bahagia, Nanad 1000 kali lagi bahagia. sebab saya akan sentiasa mendoakan orang yang baik hati macam Nanad   :D.

ok. itu sahaja. merapu je aku ni. kalau dapat doodle free from Nanad ni, konpem-konpem aku letak buat header untuk tujuh keturunan. korang berminat? terjah blog Nanad

Thursday, July 28, 2011

tahniah Harimau Malaya. pertahanan Malaysia, belajarlah dari kesilapan.

assalamualaikum. buang tebiat ke hape entah, perlawanan antara Singapura dan Malaysia malam ni berjaya buat aku lekat kat kerusi. walaupun kiri kanan penuh dengan budak lelaki dan hanya ada secipu je budak perempuan yang join sama tengok bola. lantaklah janji dapat tengok bola. lagi menambah semangat Mr. Hubby kat sebelah. muahahaha gelak keji.


aku bukan minat bola sepak pun. tapi lepas tengok perlawanan Malaysia vs Singapura masa depa lawan kat Singapura hari tu, tiba-tiba rasa semangat nak tengok perlawanan kedua mereka yang kat Bukit Jalil. pasal aku yakin mereka boleh menang kat Bukit Jalil walaupun masa lawan kat Singapura hari tu kalah.


tapi nak buat macam mana. lawan kat tempat sendiri pun kalah jugak. dah takde rezeki Malaysia kot. separuh masa pertama tadi agak bosan la. walaupun banyak je cubaan menjaringkan gol tapi menyampah dengan pemain Singapura yang asyik buat aksi sakit. jatuh sikit pun sakit. paling tak boleh belah goalkeeper Singapore tuh. dok pegang-pegang kepala. konon sakit lettew. tapi boleh pulak marah-marah orang. sakit sangat ye bang?


masa Safie Sali (betul ke tak entah aku eja nama dia ni) jaringkan gol tu aku rasa macam nak melompat je. nasiblah cik abang sayang ade. kalau tengok kat common room yang mana semuanya pompuan, mau aku jerit melompat-lompat. tadi pun dah terjerit ayu. tapi kan, pertahanan Malaysia nampak sangatla senang bolos. kalau bukan Khairul Fahmi yang jadi goalkeeper Malaysia tadi, rasanya teruk jugak Malaysia kena belasah. kawasan gol Malaysia nampak macam takde pengawal. kesian Apek. memang dia perform habis-habisan la malam ni. kalaulah Syafiq Rahim dengan Norshahrul Idlan Talhah ade sekali...



ok dah. babai. mood buat assignment dah datang balik




ohYESiFORGOTtoTELL : peminat-peminat bola sepak Malaysoa di luar sana, ini hanyalah pandangan daripada seorang penonton yang jarang-jarang tengok perlawanan bola sepak. maafkan aku kalau ada tersilap kata.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #4: miss you Geng Patio SESTER

Geng Patio. aku rindu gile-gile ko sep mu. bilo la nak jupo lagi nih. tsk tsk. Aya & Bol kat University Nottingham Cawangan semenyih, Mimi, Nadeq ngan aku semua kat IPG, Nuyue kat Cyberjaya (lupa nama kolej dia), Azie study dekat UIA, Aten Malin pulak baru je fly pi India bulan Mac ari tu. miss u la guys. :(


maaf, caption panjang berekar-ekar.

[30 Days Challenge] Day 16 : Take A Picture Of You and Upload It.

assalamualaikum. this picture was captured using my Sony Ericsson kiut miut. ok tipu. muka tak kiut sekarang sebab ada jerawat tengah membesar dekat dahi. cheit cheit pooodah betul.kalau korang terer cuba intai jerawat aku dok celah mana.


muka suci lagi murni. model tidak mengenakan sebarang mekap, hanya memakai compact powder Silkygirl, eyeliner Silkygirl dan lip balm Lip Ice Sheer Colour. VENUE : library IPBA. Gambar-grapher : Mr.Hubby si gulahati.
gambar ni tak iedit ye. takde bloom pon nak kasi muka nampak flawles. ini lighting kat library IPBA yang tak berapa nak besar tu. aku just letak watermark ala kadar je kat bawah tu. kang nanti orang curi gambar gebu aku susah pulak. ade sesiapa berminat untuk menggunakan khidmat model bersaiz XL ini? sila hubungi saya melalui e-mel. kesian. eh sekian.

ok, dah. nak update next entry pulak. ceh ceh macma rajin sangat kau.

[30 Days Challenge] Day 15: put your iPod on shuffle. First 10 songs that play

assalamualaikum. lama tak jenguk blog sendiri. kesian blog dicampak ke tepi. amoun ya ibu-ibu juga bapak-bapak. banyak perkara yang menyimpangkan azam aku untuk update blog tiap-tiap hari. pagi tadi dengan jayanya aku telah menaikkan banner dateline untuk setiap assignment. kononnya untuk mendisiplinkan diri sendiri supaya don't procastinate the assignment. kihkih kuikui. geli ketiak aku.

dah. kembali kepada topik. skema gila ayat aku. terpengaruh dengan pidato tadi la ni. sabo jela.  ok first step, set kan mp3 Sony Biru kesayangan kepada mood shuffle. den tak mampu nak beli iPod nih. dan berikut adalah ....*drum roll*



  1. Surah Al-Fatihah.
  2. Super Junior - Don't Don't
  3. 2AM - I Can't Let You Go Even If I'm Die
  4. 2PM - I'll Be Back
  5. Maddie Jane - Rolling In The Deep
  6. J.Lo - On The Floor
  7. G.Na - Black and White
  8. Beast - On Rainy Days
  9. Super Junior M - Perfection
  10. Pink - Perfect.

baiklah sekarang masa untuk membuat analisis. kalau korang perhatikan list lagu dekat atas tu, genre mane yang paling banyak disenaraikan? agak-agak korang lah aku ni suka lagu jenis macam mana? sila jawab dengan jujur. esok hantar atas meja cikgu. kahkah koikoi.


ok, dah. babai. melayan perasaan kejap.

Monday, July 25, 2011

monday blue.

assalamualaikum. gedik kan aku kejap update kejap tak. ah gasak lah tak de masa nak update selalu. assigment beratur tunggu turn untuk disiapka. masak masak. 24 jam 1 hari memang tak cukup. weekend pun dah tak macam weekend. tiada hiburan sana sini. just dok melangut depan laptop sambil tarik-tarik rambut supaya idea untuk mengarang keluar sepantas kereta lumba Formula 1.

yeahh. hari ini isnin. ak taw la semua orang taw hari ni hari isnin. korang konpem pernah dengar istilah "Monday Blue" kan? zaman kanak-kanak dulu aku tak berapa nak faham pun pejadah nye istilah Monday Blue ni. tapi bila dah cukup umur ni, baru aku faham (betul ke faham nih).

hari ini penuh dengan kuliah. hanya ada 1 aje gap. sempat la pergi melantak kejap. lepas tu dapat pulak Dr.L yang mengajar Language and the Learner (L&L). fuh fuh nak luruh jantung. dia ni stail mintak buku kehadiran and then randomly call any names to answer his question. tapi aku suka stail dia pasal memang aku fokus 150% dalam kelas dia. takmau kantoi mengelamun kalau tak boleh jawab soalan. budak-budak laki pun datang kelas awal hari ni sebab kelas Dr.L pukul 8. tapi Dr.L suka buat lawak. 2 jam kelas dia aku enjoy. just cuak masa dia panggil-panggil nama.


kemuncak Monday Blue aku hari ni, dapat lagi satu assignment. assignment kali ni adalah untuk subjek L&L. yeayyy sukaa sangat!(agak-agak aku betul-betul suka ke?). so sekarang semuanya ada 5 assignment. choyy terbaiklah wa cakap lu. tak boleh nak melagha tengok Song Jong Ki dalam Running Man tiap-tiap malam dah. tsk tsk tsk.


yes isnin pada kali ini tidak best. first time aku rasa cenggini. asal ye? adakah kerana duit dalam akaun semakin susut juga?


sudah. tido lagi bagus. babai

Saturday, July 23, 2011

short update before taking a nap.

assalamualaikum. alhamdulillah dah selesai mene,pah kek Chocolate Indulgence dekat Secret Recipe Bangsar untuk Pajama Party bersama housemates. pasal party tu nanti lain har aku cerita. dan masa dalam kereta baru aku perasan yang anklet aku takde kat kaki. dengan kata lain beliau telah menghilangkan diri. aigoo aigoo mane la beliau pergi. patutla senyap je tak dengar pun bunyi lecong beliau berdering girang gumbira. sekarang aku moody sebab anklet hilang. salah siapa? salah diri sendiri la careless. pfftt!



ok dah. adioss. mood takde nak membebel panjang-panjang!

Friday, July 22, 2011

[30 Days Challenge] Day 14: A Picture of You and Your Family

assalamualaikum. penat aku godek-godek laptop cari gambar family yang kitorang ambik masa raya hari tu tapi tak jumpa. then baru teringat laptop hantar repair hati tuh. konpem la semua gambar takde. ada la sikit yang sempat transfer masuk external hard disk. nasiblah badan. ini aje yang aku ada. gambar paling latest kitorang.


memperkenalkan.......*drum roll*



emak tersayang. muda jelita tak padan usia.

abah tercinta. tetap hensem walaupun uban penuh di kepala. kahkah
hero no 1. single and available. eh kat sebelah tu cousin ye. dan really really hard to have him in my camera.

hero no 2. umur? still in lower secondary. kawan aku cakap macam Rosyam Noor. uhuk uhuk uhuk batuk berdarah.
hero no 4. kesayangan seisi keluarga. tak suka dipanggil "adik " tapi suka menggelar diri sendiri dengan panggilan "abang cik" dengan harapan mak beranakkan adik untuk dia. haha comell (:

ini tak perlu diperkenalkan lagi. the one and only princess of Mr. Zainudin and Ms. Naimah. teka muka aku iras sape? mak ke abah?







ohYESiFORGOTtoTELL : miss them..so much..cepatlah cuti!!

Thursday, July 21, 2011

to my adik manis, Happy Birthday sayang.

today is her birthday. eh assalamualaikum. lupa pulak. birthday adik manisku, Nabila Ayuni. actually dia adik Mr. Hubby tapi aku dah anggap macam adik sendiri. boleh pulak kan. layankan aje. maklumlah aku takde adik perempuan. yang ada semua hero tiga orang T_____T

ok back to business. to my dear sweetie, happy 15th birthday sekali lagi. akak harapkan adik sentiasa mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang adik lakukan. belajar rajin-rajin. jangan jadi macam akak masa sekolah dulu main je keje. nak exm baru kalut belajar balik.ouh sadisnya. jaga kesihatan elok-elok. good luck for PMR. semoga mendapat result yg gempak. doa akak sentiasa mengiringi adik. 

last but not least, may your day be filled with the warmth sunshine of love and the bright colour of laughter. err hadiah nanti claim dengan abang ye.




picit sini untuk terjah blog sweet birthday girl ini. 

[30 Days Challenge] Day 13: A Letter to Someone Who Hurt You Recently

assalamualaikum. sebelum ada pihak yang terasa, aku nak nagitaw siap-siap. surat  ini adalah general dan bukan berniat untuk memalukan mana-mana pihak.


tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. masing-masing melakukan kesilapan. kadang-kadang kita sendiri tak sedar pun kita telah melakukan kesilapan. biasalah tu kan. aku sendiri pun banyak buat kesilapan. kesilapan-kesilapan bodoh yang kadangkala melukakan hati orang-orang yang sentiasa ada di sisi aku. i'm really really sorry for that.

baiklah mukadimah je ni. neves sikit sebab banyak beno nak diluahkan tapi kite citer sikit sikit jelah ye. 

 kau,aku ada benda nak cakap.  aku taw ko banyak agenda tersembunyi. aku tak kisah dah ape kau nak buat selagi kau tak kacau hidup aku. cuma satu je aku nak bagitaw, hal hidup aku langsung takde kaitan dengan kau.





sekian. 



yg gojes lagi cun, 

Bella Bellitos

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #3: craving for this.......

Blueberry Cheese Tart. Mr. Hubby jom pegi beli dekat Midvalley jom jom jom!




Secret Recipe Yogurt Cheesecake. craving for this as well. gambar cilok dari sini
have a pleasant evening people. babai!

[30 Days Challenge] Day 12: How You Find About Blogger and Why You Made One.

assalamualaikum. just short update sebelum pergi kelas kejap lagi. my roomate in SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) introduce me to blogging. masa tu dia selalu suruh aku bagi pandangan blog dia serabai ke tak. ade pulak tanya aku dahla aku buta blogging masa tu. tapi demi seorang kawan ku turutkan jua. hahahahahahohoho.


first blog yang aku buat kalau tak silap masa aku form 5. tapi jarang gila nak update sebab busy sangat dengan life masa tu. and blog tu private. ada lagi sampai sekarang. aku buat blog tu suka-suka je sebenarnya.  and tulis entry masa tu pun buntu habes. takde idea langsung nak menulis entry. balik-balik aku cerita what happen today. so blog tu dah jadi macam diari aku la.


ok dah. babai. nak bersiap pergi kelas pulak.

Tuesday, July 19, 2011

weh, nak beli gula menggelungsur tak? LOL

assalamualaikum. hari ini dalam sejarah aku tak pegi pehimpunan (lagi). eleh macam tak pernah ponteng je sebelum ni. korang pun selalu buat an? jangan nak berdusta lah. kalau kantoi ponteng pun paling tidak dapat borang LAM-PT je nanti. kohkehkohkeh gelak keji.



hari ni, kuliah yang padat dari pukul 8 pagi sampai 1.30 tengahari buat aku mual dan pening-pening lalat. jangan salah faham ok ini bukan simptom orang alahan pregnant. ini simptom budak yg panas montot duduk dalam dewan kuliah ber'air-cond' ditemani suara mendatar lecturer-lecturer yang masuk silih berganti. mengantok seyh. masing-masing tayang muka terlebih makan sambal belacan. budak belakang aku lagi lah masuk dream land 5 minit lepas kuliah start. patutlah senyap kalau tak macam pasar ikan kat belakang tuh.


bila semua orang dah bosan dan tak boleh nan fokus, masing-masing ligat mengeluarkan pendapat. sekali budak belakang aku cuit aku and then he asked me:

Boy : Bella, ko ada bela gula menggelungsur tak?

Bella Bellitos : menatang hape gula menggelungsur tuh?


Boy : ala gula menggelungsur. takkan tak tau kot. GULA MENGGELUNGSUR. aku nak jual nih. (sambil sengih-sengih tengok muka lampi aku)

Bella Bellitos : (senyap kejap, dok digest menatang hape gula menggelungsur tu, and after a few seconds) SUGAR GLIDER ke? ya Allah aku ingatkan hape lah. ade pulak gula menggelungsur. ingatkan spesies baru. malasla aku nak bela gula menggelungsur ni. kalau kucing ke rerabit (arnab) ke aku nak lah jugak. 

Boy : hahahaha ( gelak seth tan/setan)



hai. sayalah GULA MENGGELUNGSUR. nama glamour saya Sugar Glider. comelkan saya. LOL. oh ya. kepala yang besar tu kepala aku ye.

ini bukan sugar glider aku. tak mampula nak beli binatang kecik yang harganya mahal ni.ini kawan aku punya. namanya Bugsy. habis satu kepala aku dia tawaf. geli mak noks.


cinabeng punya budak. nak kenakan aku rupanya. aku yang dah lalok mengantuk tu tiba-tiba segar kejap. hingar-bingar kat belakang tu depa dok gelakkan aku. cheit!



ok, dah. babai! teacher busy petang nih. bukan busy body ok.

Monday, July 18, 2011

[30 Days Challenge] Day 11: Another Picture Of You and Your Friends

kamilah wirawati harapan bangsa. ces. kenapakah muka aku yang terpaling eksaited di situ?
me with Husna.kami bukan pasangan lesbian. harap maklum.
tak sah kalau tak posing kat depan bas IPBA. nanti pak cik bas tu cakap den ni dorhako. tak masal kena balik naik teksi.











assalamualaikum. alhamdulillah lebih kurang setengah jam lagi untuk berbuka puasa. tapi petang ni terover slept la pulak. ingat nak tido kejap je tadi sekali terbangun pukul 6. demm habis masa masa nak baca nota Learning and the Learners (kononnya lah kan).




dan yeah selepas mandi dan slat asar, otak kembali berfungsi dengan waras. aku tak suka tidur petang pasal bila bangun nanti mesti aku sakit kepala. cisskek betul. oh ya. perlu bersiap untuk turun berbuka puasa. jadi entry ni hanyalah sekangkang kera sahaja. just to inform, all those pictures above merupakan memori terhebat aku sepanjang bergelar foundation student in IPBA. semua tu was captured when we (i mean my class) went to Kenaboi, Negeri Sembilan untuk habiskan credit hour subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. syok taw masuk hutan, mandi air sungai yang sejuknya menikam kalbu. masuk gua, jungle trekking dan paling tak boleh lupa terpaksa naik kenderaan pacuan empat roda untuk pergi ke base camp. tempat ni memang pedalaman sampaikan line telefon pun kadang-kadang ade selalunya takde.



ok dah. babai uol's. nak berbuka dah ni. ade mase aku sambung meraban lagi.