tabung kelas teacher bella

Wednesday, June 29, 2011

projek DIY : ribbon flower (5 petal)

assalamualaiku. jangan terkejut hari ni aku update sampai 2 kali. mak bersemangat nokss dapat hobi baru ni. kalau boleh nak buat ribbon flower ni sampai 2 bakul sehari. ohh jawabnya ke langit lah tutorial task aku. baiklah kali ni pulak aku nak share dengan korang semua satu lagi cara untuk buat  ribbon flower. belajar kat mana ni? ofkos la dekat Youtube lagi. bunga yg kita nak buat hari ni adalah seperti gambar di bawah.ini adalah hasil kerja tangan kedua dari tangan aku yg keras kejung ni.


aku tak tahu ape nama bunga ni tapi yg penting dia gojess. kebanyakan  orang yang meniaga pin comel-comel  macam yg kita pakai kat shawl tu buat bunga stail ni lah.
kasi close-up sikettt. hot kan merah i.

ok. memandangkan aku pun belajar dari Youtube, so aku tak pandai nak buat tutorial bergambar untuk korang tengok. takut nanti korang salah faham pulak macam mana step dia. kang nak buat bunga jadi benda lain. haru weh. untuk kesenangan semua pihak mari kita belajar daripada video di bawah ini.



video kredit to Youtube. banyak yg aku belajar daripada video ni. korang taknak join same ke? it take only 10 minutes beb!



dah tengok??mudah bukan? aku buat bunga ni untuk diletakkan pada pencil box aku. pencil box aku tu mulanya plain aje tanpa sebarang corak mahupun bling-bling. bila aku jumpa tutorial ni dekat Youtube, tanpa teragak-agak aku mencuba dan Alhamdulillah, jadi la sekuntum bunga . 

satu lagi ribbon flower yg aku buat. ini pun 1st try jugak. alhamdulillah yg ini pun menjadi. aku guna ribbon organza corak love-love yg lebihan buat bunga rose untuk Madam Norzalina hari tu. 


untuk lagi menarik, aku tambah satu bunga kecik kaler pink kt atas bunga kaler merah tu. kira yg aku buat tu double layer ribbon flower la. jahitkan bunga pink yg kecik tu kat atas bunga merah. nak gam pun boleh tapi jahit lagi kukuh kot. tak senang tercabut. cara buat bunga pink ni lain sikit ye dari bunga merah tu. kalau korang perasan bunga merah tu kelopaknya muncung tapi yang pink tu kelopaknya bulat. maaf aku tak jumpa pulak mane video tutorial bunga pink ni aku letak. insya-Allah nanti aku akan ajar korang buat bunga pink tu next time ok. 



ni keadaan asal pencil box aku. beli kat Hinode Midvalley dengan harga RM 5. kosong kan? aku nengok pon takde mood nak guna beliau.

tapi bila dah tambah bunga ribbon yg aku buat tadi tu, nampak lawa la sikit. xdela kosong sangat kan. oh btw aku tambah 2 bijik manik bentuk bulat yg aku cilok daripada Kak Noor hari tu. letak kat tengah bunga supaya ia boleh tutup kesan jahitan bunga tu. 

see.see. kan aku dah cakap cantik. dan dan je aku bawak pencil box baru pergi kelas. emm suka hati korang la nak letak bunga tu kat mana pun.  kalau ade kreativiti macam-macam boleh buat kan. 


selain ribbon, kita jugak boleh gunakan fabrik macam kain cotton. mane-mane yg ada kain lebih baki buat baju raya tu boleh try buat bunga ni. saiznya pulak bergantung kepada korang. kalau nak bunga tu besar potongla fabrik/ribbon tu besar sikit. kalau nak bunga tu cinonet potong fabrik/ribbon korang kecik sikit. untuk bunga aku ni, aku guna ribbon organza merah yg lebarnya 2 inci dan ribbon organza love-love pink lebar 1 inci. kalau kat rumah boleh pergi cari fabrik kat dalam bilik jahit emak. senang dan cepat kan? hasilnya pun menarik. silap-silap ko boleh buat bisnes lagi. mane taw kot-kot ade rezeki korang kan?


babai uoll's. see you in my next entry!!



p/s : aku tertido masa update entry ni. tunggu upload video lame kemain. urgh!




ohYESiFORGOTtoTELL : aku pernah jumpa di blog Kak Zira ni dia buat bunga from tissue. it turn out very well. nanti aku tunjuk pulak macam mana nak buat bunga tisu tu okey. dan kepada bakal-bakal pengantin di luar sana yg nak cut cost perkahwinan mereka, boleh try buat bunga telur sendiri sama ada menggunakan ribbon, fabrik mahupun tissue. aku jamin, ianya mudah dan hasilnya menawan. 



comments, anyone?

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)