tabung kelas teacher bella

Wednesday, June 29, 2011

projek DIY : hand-made ribbon flower (first attemp)

assalamualaikum.  hari ini aku berumur 20 tahun 2 hari. apekah?? saje nak ingatkan diri sendiri dah tua



ingat tak aku pernah cakap pasal Projek XXX kat entry ini? ape kejadah Projek XXX tu? oh yg pasti ia bukannya sekuel Projek X yg Annas Easkey dok buat tu. ni projek ciput-ciput yg aku buat. participant nya pun aku je. akulah penganjur akulah peserta. so nice lah bro!


Projek XXX yg aku maksudkan tu sebenarnya projek DIY (Do It Yourself) Ribbon Flower. kebetulan hari tu mase dok mendownload video from youtube, aku ternampak satu video (kinda tutorial) yg tunjuk cara nak buat bunga dari ribbon. well memandangkan step dia xdela susah mane, dengan tangan keras kejung aku pun try la buat. lunyai jugakla ribbon tu aku dok pusing sana sini, lipat atas bawah. tapi hasilnya alhamdulillah memuaskan hati.


sumber youtube. dari sini lah aku belajar buat bunga rose menggunakan ribbon. comel sangat-sangat.
masa keluar pergi Midvalley hari tu, aku ngan Mok Cik ada la beli ribbon tambahan sikit. sebab ribbon yg ada ngan aku pun tak banyak. sekali si Mok Cik ni bagi idea brilliant la pulak. dia cadangkan kitorang buat bunga ros tu banyak-banyak dan bagi kat lecturer yg kitorang suka. aku pun on jela.

antara bahan-bahan yg aku guna. toothpick, ribbon (pink and red), gan UHU, pasu kecik (ala yg macam kita dapat kalau pergi kenduri kawen tu). oh lupa span takde dalam gambar. 


for my first project DIY ni, pening-pening lalat jugakla nak cari barang-barang yg nak guna. nasib baik dah quite familiar dengan Midvalley tu. ribbon organza yg ade love-love tu aku beli dekat Cabin Life (kedai dekat aras 2 kalau tak silap). harga semeter RM 1.50 tapi aku beli 2 meter untuk both colour. pasu marmar comey tu pulak beli kat kedai Hinode (level 2 jugak) harga RM 5. toothpick, span ngan gam UHU tu beli kat Carefour je ye. sebenarnya nak guna dawai tapi tak jumpa pulak kat mana kedainya. so penyelesaian terakhir guna toothpick pon jadi. oh ye, ade yang guna hot glue gun instead of gam Uhu but for a beginner like me, aku guna gam uhu je dulu. tunggu dah pro nanti aku borong la hot glue gun pulak.


dan sorry, aku lupa nak ambik gambar masa proses buat ribbon rose ni. syok sangat dok kelepet ribbon tu sana sini sambil tengok Maharaja Lawak. malam tu Husna pun datang tolong buat sekali. and she is a quick learner. bagi tengok video tutorial yg kat atas tu sekali je dia dah boleh buat. hebat!


cara membuatnya, first sekali potong span ikut ukuran pasu yg kita nak guna. then gamkan span tu pada pasu menggunakan gan UHU untuk mengelakkan dia tercabut. lepas tu boleh start buat bunga. macam mana nak buat bunga tu boleh rujuk pada video kat atas ye kawan-kawan.


hasilnya................
tada. dah siap pun. aku susun ikut suka hati je. kad tu Husna yg buat.

semua ada 5 kuntum bunga.  ready for delivery!!

dan bunga ni sudah selamat diber kepada lecturer cute dan sporting yang mengajar kami masa foundation years dulu, Madam Norzalina. happy gilak tengok Madam suka hadiah kitorang ni. lebiuu lah ma'am.



ade lagi satu DIY projek yg aku dah siapkan. tunggu nanti aku update sat lagi naa.....



komen diperlukan. sebarang teguran dan cadangan penambah baikan amat dialu-alukan. maklumla aku kan budak baru belajarOnigiri confetti

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)