tabung kelas teacher bella

Wednesday, June 8, 2011

"maybe dia bukan jodoh saya kot. mungkin lepas ni saya akan jumpa yg lebih baik"

assalamualaikum and salam sejahtera uolss. pe cer cuti ni? mesti korang banyak jalan-jalan kan. aku banyak pegi kenduri je. sana sini kenduri. ramai yg amek kesempatan buat majlis perkahwinan masa cuti sekolah ni. sampaikan sehari ade 3,4 kenduri. awat la perut ni kecik sangat kalau tak boleh sumbat semua makanan yg ada kat kenduri tu. eheh. aktiviti feveret aku kalau pi kenduri kawen ialah pegi usha pelamin. hohoho. sekarang ni banyak design pelamin cantik-cantik kan.


intro aku takde kaitan langsung dengan tajuk entry. tajuk entry tu takde kena mengena dengan aku ye. ok back to business. memandangkan sekarang musim cuti, so most of kawan-kawan aku ni bercuti la. masa ni la kalau nak merayap pi rumah kawan-kawan lama lepak-lepak dan berkongsi cerita. 2,3 hari lepas aku pegi jalan-jalan rumah besties aku zaman sekolah rendah dulu. dia sekarang tengah tunggu result exam and kalau passed boleh pegi jordan. ouhh tercabar di situ ye.lupa nak itaw. dia ni budak maahad. pakai jubah bertudung litup. jubah dia semua lawa-lawa. jangan kata muslimah tak reti berfesyen. hafal al-Quran beb. aku? Surah Yasin ngan Al-Mulk tu je yg mampu. *dang*


tradisi bagi budak maahad ni, kalau ade orang yg berkenan kat girls yg study kat maahad, family lelaki akan terus pi jumpa family si perempuan, kira macam merisik la. kalau 2,2 pihak setuju so diorang kawen or bertunang dulu sementara tunggu bes belajar. baru-baru ni ada orang datang merisik kawan aku ni, and both family setuju utk kawenkan diorang ni sebelum kawan aku fly ke jordan. si lelaki tu dah ada kat jordan tengah sambung masters. so kalau kawan aku ni kawen sebelum fly kiranya family dia xrisau la sal laki dia leh jaga dia kat jordan tu.


ni lebih kepada arranged married la. kawan aku cakap lelaki tu anak ustazah yg mengajar dia dulu. dia tak kenal pun lelaki tu. jumpa pun tak pernah. dah family dia berkenan dia pun akur jela. taat gila dia ni. diorang ni kira macam bertunang la and tarikh kawin ditetapkan pada raya kedua (kalau aku tak silap la). persiapan serba sedikit dah siap tapi.....


perkahwinan tu tak dapat diteruskan. kensel weh! sebabnya kawan aku ni cakap si lelaki tu dah ada pilihan hati. perempuan arab la. tapi family dia taknak dia kawen dengan foreigners pasal tu la mak si lelaki tu dok kalut carikan calon menantu idaman hati.  tapi si lelaki tu lagi bijak. dia dah siap kawen ngan si kekasih hatinya. yela dia kan lelaki tak payah nak risau pasal wali ke ape ke kan kan. si lelaki tu hanya maklumkan kepada family dia yg perkahwinannya dengan kekasih hati dah selamat dilangsungkan selepas 2 minggu diorang kawen. of course la family si lelaki tu terkejut tapi dah takleh nak buat apa la kan. diorang pun dah selamat kawen.


kawan aku ni pulak macam heartbroken la. dah elok menganyam mimpi nak kawen lagi beberapa bulan tiba-tiba dapat taw tunang dia dah kawen ngan pompuan lain. sakit beb. injured teruk hatinya. nasib baik diorang plan nak buat kendri simple-simple je. kalau tak dah rugi teruk. dia gitaw aku persiapan kawen dah 60% siap.  tiba-tiba majlis kensel. sedih kan? dia agak terkilan la tapi ape boleh buat. takkan nak kawen dengan laki orang kan? bertabahlah wahai sahabat T___T


kawan aku tu redha je dengan apa yg dah jadi. "maybe dia bukan jodoh saya kot. mungkin lepas ni saya akan jumpa yg lebih baik". positif kan dia ni? insyaalah, awak akan jumpa jodoh yg lebih baik. amin. hope persahabatan kita berkekalan (:


ohYESiFORGOTtoTELL : nama dan gambarnya tak dapat disiarkan bagi menghormati permintaan kawan aku ni :D

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)