tabung kelas teacher bella

Saturday, June 4, 2011

Cuti-cuti Malaysia di Demong Beach Resort, Pantai Bukit Keluang.

assalamualaikum..hamboi sejak-sejak balik kampung ni blog aku dianak-tirikan ye.maaflah kalau sape-sape yg datang blog aku ni tengok entry lama-lama je yg ade. entry baru langsung non-hado. ku susun sepuluh jari tangan gebu ini memeohon kemaafan..ceh ceh ceh..tenet gelong la kat rumah aku. dh nama pon dok kat kampung kan. relakan aje~

okey okey. tukar kepada mood riang ria. i'm now on vacation. 2 hari 1 malam je. pegi pon yg dekat-dekat je. mak bapak bizi + most resort full book cuti sekolah ni. family aku ngan family Mok Nie (mak sedara aku) pegi bercuti de Demong Beach Resort, Pantai Bukit Keluang, Besut..hohohoho tempat mainan aku zaman kecik-kecik. dah besar ni jarang datang sini. belagak konon woi..ngahahaha

pukul 12 tengahari semalam check-in, adik aku dah siap-siap nak pegi terjun kolam. pastu kezen aku pulak nak join. memandangkan aku yg paling besar so akula dipertanggungjawabkan mengawasi kanak-kanak riang tu mandi kolam. dah macam mak-mak je aku masa tu.haihh. dah penat mandi kolam balik bilik makan mee kari. sedap Mok Nie aku masak. udang banyak woooo.. terus menggaru-garu lepas tu..tsk tsk tsk.. nasib baik bawak krim alegik.


budak yg terjun kolam awal-awal lagi

lepas terjun kolam serang pantai pulak

anak bujang for sale. 1 singgit. adik aku ni. xde ghupa aku pon kan

ini bukan skandal. adik aku amir ngan kezen aku syamimi

dear baby akasyah. eh eh ni bukan adik aku. ni kezen aku. mak aku dah pencen beranak. 

tanam dia..aktiviti wajib setiap kali pegi pantai.

comel kan? muka terpaksa kena timbus.


bondaku tersayang..1st time kot aku letak gambar mak kat blog

ok tu aje. mak aku dah sound suruh kemas-kemas nak check out nanti. banyak lagi gambar sebenarnya. nanti la kalau rajin aku update balik. babai semua.balik nanti nak pegi kenduri kawen..yipppi yaaayyyyaaa~!!!

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)