tabung kelas teacher bella

Wednesday, June 29, 2011

projek DIY : ribbon flower (5 petal)

assalamualaiku. jangan terkejut hari ni aku update sampai 2 kali. mak bersemangat nokss dapat hobi baru ni. kalau boleh nak buat ribbon flower ni sampai 2 bakul sehari. ohh jawabnya ke langit lah tutorial task aku. baiklah kali ni pulak aku nak share dengan korang semua satu lagi cara untuk buat  ribbon flower. belajar kat mana ni? ofkos la dekat Youtube lagi. bunga yg kita nak buat hari ni adalah seperti gambar di bawah.ini adalah hasil kerja tangan kedua dari tangan aku yg keras kejung ni.


aku tak tahu ape nama bunga ni tapi yg penting dia gojess. kebanyakan  orang yang meniaga pin comel-comel  macam yg kita pakai kat shawl tu buat bunga stail ni lah.
kasi close-up sikettt. hot kan merah i.

ok. memandangkan aku pun belajar dari Youtube, so aku tak pandai nak buat tutorial bergambar untuk korang tengok. takut nanti korang salah faham pulak macam mana step dia. kang nak buat bunga jadi benda lain. haru weh. untuk kesenangan semua pihak mari kita belajar daripada video di bawah ini.



video kredit to Youtube. banyak yg aku belajar daripada video ni. korang taknak join same ke? it take only 10 minutes beb!



dah tengok??mudah bukan? aku buat bunga ni untuk diletakkan pada pencil box aku. pencil box aku tu mulanya plain aje tanpa sebarang corak mahupun bling-bling. bila aku jumpa tutorial ni dekat Youtube, tanpa teragak-agak aku mencuba dan Alhamdulillah, jadi la sekuntum bunga . 

satu lagi ribbon flower yg aku buat. ini pun 1st try jugak. alhamdulillah yg ini pun menjadi. aku guna ribbon organza corak love-love yg lebihan buat bunga rose untuk Madam Norzalina hari tu. 


untuk lagi menarik, aku tambah satu bunga kecik kaler pink kt atas bunga kaler merah tu. kira yg aku buat tu double layer ribbon flower la. jahitkan bunga pink yg kecik tu kat atas bunga merah. nak gam pun boleh tapi jahit lagi kukuh kot. tak senang tercabut. cara buat bunga pink ni lain sikit ye dari bunga merah tu. kalau korang perasan bunga merah tu kelopaknya muncung tapi yang pink tu kelopaknya bulat. maaf aku tak jumpa pulak mane video tutorial bunga pink ni aku letak. insya-Allah nanti aku akan ajar korang buat bunga pink tu next time ok. 



ni keadaan asal pencil box aku. beli kat Hinode Midvalley dengan harga RM 5. kosong kan? aku nengok pon takde mood nak guna beliau.

tapi bila dah tambah bunga ribbon yg aku buat tadi tu, nampak lawa la sikit. xdela kosong sangat kan. oh btw aku tambah 2 bijik manik bentuk bulat yg aku cilok daripada Kak Noor hari tu. letak kat tengah bunga supaya ia boleh tutup kesan jahitan bunga tu. 

see.see. kan aku dah cakap cantik. dan dan je aku bawak pencil box baru pergi kelas. emm suka hati korang la nak letak bunga tu kat mana pun.  kalau ade kreativiti macam-macam boleh buat kan. 


selain ribbon, kita jugak boleh gunakan fabrik macam kain cotton. mane-mane yg ada kain lebih baki buat baju raya tu boleh try buat bunga ni. saiznya pulak bergantung kepada korang. kalau nak bunga tu besar potongla fabrik/ribbon tu besar sikit. kalau nak bunga tu cinonet potong fabrik/ribbon korang kecik sikit. untuk bunga aku ni, aku guna ribbon organza merah yg lebarnya 2 inci dan ribbon organza love-love pink lebar 1 inci. kalau kat rumah boleh pergi cari fabrik kat dalam bilik jahit emak. senang dan cepat kan? hasilnya pun menarik. silap-silap ko boleh buat bisnes lagi. mane taw kot-kot ade rezeki korang kan?


babai uoll's. see you in my next entry!!



p/s : aku tertido masa update entry ni. tunggu upload video lame kemain. urgh!




ohYESiFORGOTtoTELL : aku pernah jumpa di blog Kak Zira ni dia buat bunga from tissue. it turn out very well. nanti aku tunjuk pulak macam mana nak buat bunga tisu tu okey. dan kepada bakal-bakal pengantin di luar sana yg nak cut cost perkahwinan mereka, boleh try buat bunga telur sendiri sama ada menggunakan ribbon, fabrik mahupun tissue. aku jamin, ianya mudah dan hasilnya menawan. 



comments, anyone?

projek DIY : hand-made ribbon flower (first attemp)

assalamualaikum.  hari ini aku berumur 20 tahun 2 hari. apekah?? saje nak ingatkan diri sendiri dah tua



ingat tak aku pernah cakap pasal Projek XXX kat entry ini? ape kejadah Projek XXX tu? oh yg pasti ia bukannya sekuel Projek X yg Annas Easkey dok buat tu. ni projek ciput-ciput yg aku buat. participant nya pun aku je. akulah penganjur akulah peserta. so nice lah bro!


Projek XXX yg aku maksudkan tu sebenarnya projek DIY (Do It Yourself) Ribbon Flower. kebetulan hari tu mase dok mendownload video from youtube, aku ternampak satu video (kinda tutorial) yg tunjuk cara nak buat bunga dari ribbon. well memandangkan step dia xdela susah mane, dengan tangan keras kejung aku pun try la buat. lunyai jugakla ribbon tu aku dok pusing sana sini, lipat atas bawah. tapi hasilnya alhamdulillah memuaskan hati.


sumber youtube. dari sini lah aku belajar buat bunga rose menggunakan ribbon. comel sangat-sangat.
masa keluar pergi Midvalley hari tu, aku ngan Mok Cik ada la beli ribbon tambahan sikit. sebab ribbon yg ada ngan aku pun tak banyak. sekali si Mok Cik ni bagi idea brilliant la pulak. dia cadangkan kitorang buat bunga ros tu banyak-banyak dan bagi kat lecturer yg kitorang suka. aku pun on jela.

antara bahan-bahan yg aku guna. toothpick, ribbon (pink and red), gan UHU, pasu kecik (ala yg macam kita dapat kalau pergi kenduri kawen tu). oh lupa span takde dalam gambar. 


for my first project DIY ni, pening-pening lalat jugakla nak cari barang-barang yg nak guna. nasib baik dah quite familiar dengan Midvalley tu. ribbon organza yg ade love-love tu aku beli dekat Cabin Life (kedai dekat aras 2 kalau tak silap). harga semeter RM 1.50 tapi aku beli 2 meter untuk both colour. pasu marmar comey tu pulak beli kat kedai Hinode (level 2 jugak) harga RM 5. toothpick, span ngan gam UHU tu beli kat Carefour je ye. sebenarnya nak guna dawai tapi tak jumpa pulak kat mana kedainya. so penyelesaian terakhir guna toothpick pon jadi. oh ye, ade yang guna hot glue gun instead of gam Uhu but for a beginner like me, aku guna gam uhu je dulu. tunggu dah pro nanti aku borong la hot glue gun pulak.


dan sorry, aku lupa nak ambik gambar masa proses buat ribbon rose ni. syok sangat dok kelepet ribbon tu sana sini sambil tengok Maharaja Lawak. malam tu Husna pun datang tolong buat sekali. and she is a quick learner. bagi tengok video tutorial yg kat atas tu sekali je dia dah boleh buat. hebat!


cara membuatnya, first sekali potong span ikut ukuran pasu yg kita nak guna. then gamkan span tu pada pasu menggunakan gan UHU untuk mengelakkan dia tercabut. lepas tu boleh start buat bunga. macam mana nak buat bunga tu boleh rujuk pada video kat atas ye kawan-kawan.


hasilnya................
tada. dah siap pun. aku susun ikut suka hati je. kad tu Husna yg buat.

semua ada 5 kuntum bunga.  ready for delivery!!

dan bunga ni sudah selamat diber kepada lecturer cute dan sporting yang mengajar kami masa foundation years dulu, Madam Norzalina. happy gilak tengok Madam suka hadiah kitorang ni. lebiuu lah ma'am.



ade lagi satu DIY projek yg aku dah siapkan. tunggu nanti aku update sat lagi naa.....



komen diperlukan. sebarang teguran dan cadangan penambah baikan amat dialu-alukan. maklumla aku kan budak baru belajarOnigiri confetti

Monday, June 27, 2011

hepy 20th bday to myself.

dapat kek sebesau ni tengah-tengah malam ni pon sodap! encik google bg nih.
assalamualaikum. 20 tahun yg lepas, kelahiran aku telah membantutkan hajat mak aku untuk pegi kenduri kawen sepupu aku. sampaikan mak aku kempunan nak makan gulai kambing. takpe mak. pengorbanan mak tu berbaloi sebab mak dapat anak dara gebu,comey lote, manis dan ayu gitu. kah kah pujian terhadap  diri sendiri yg x boleh belah.

perasaan aku bila dah jejak umur 20-an ni? well aku pun taktau rase ape. happy ofkos sebab masih bernafas di bumi Allah ni. terharu sebab ramai kawan-kawan yg wish through sms or facebook. femes jugak aku ni ye. oh sudah hentikan keperasanan ini!

happy birthday to me. azam aku nak baiki semua kelemahan yg ada pada diri aku. insya-Allah. semoga dipermudahkan segala urusan.


ok babai. esok kuliah bersusun tunggu aku.



ohYESiFORGOTtoTELL : Mr.Hubby pesan suh matured siket. umo dah 20 katenye. hoh heh hoh heh.

Saturday, June 25, 2011

syok baca buku dekat MPH Midvalley

assalamualaikum dan salam sejahtera bloggers sekalian. amacam weekend korang? mesti banyak aktiviti menarik yg korang buat weekend ni kan. well bagi aku, memandangkan poket tak berapa nak tebal dan taktaw nak pegi mana, mulanya ingatkan weekend ni nak duduk kat hostel je. tapi si Mok Cik ni pulak tiba-tiba ajak jalan-jalan kat Midvalley. aku pun on jela. yela daripada bosan dok kat bilik kan? (alasan je padahal dah panas bontot dok kat bilik taktaw nak buat ape).


lepas lunch, Mr. Hubby hantarkan kitorang pegi Midvalley. lepas tu dia gerak pegi rumah pak cik dia kat Puchong pasal pak cik dia buat kenduri sikit. masuk Midvalley kami plan dulu nak pegi mane. then we decide to went up to the 3rd floor. teka aku pegi mana weh? haha mane lagi Petworld la. masya-Allah ade sekor kucing kat Petworld tadi comel sangat-sangat!! teruja aku wehh. ade arnab jugak yg gebu macam kena pam.  then ikan pon banyak jugak. semua kalerful-kalerful. (kalau Mr. Hubby ade mesti dia excited. dia suka bela ikan).

and then pegi beli barang untuk Projek XXX dekat Hinode and Cabin Life. pasal Projek XXX tu nanti aku citer next time ok. lepas tu baru la turun pegi MPH. whoaa banyak gilak buku. teka kitorang baca buku ape kat sana?

kau ingat budak-budak hingusan je baca komik? aku sampai sekarang still baca komik taw. siap buat koleksi lagi kat rumah.
manyak syiokk weh baca komik. xsedar hampir 3 jam kami bertapa kat MPH tu semata-mata dok baca komi. hilang semua penning-pening lalat aku lepas tak tidur semalam. dah lama tak beli komik ni sebab kalau beli pun takde masa nak baca. lagi buat aku bengang kalau beli pastu ade orang pinjam then buat macam harta sendiri tak reti nak pulang balik. derr wa bukan beli pakai air liur. pulangkan balik komik wa derr. pulangkan!! (maaf ter'emo' kejap).


lepas tu Mok Cik nak beli barang siket. kami pergi Carrefour beli ape-ape yg patut. aku pulak dok usha ape-ape yg xpatut. cekidaut ape yg aku jumpa..


hai. nama saya cik bunga. panggil saya Pinky. saya muda lagi. tengok banyak kan kudup-kudup saya yg xkembang lagi.

yang ni kakak saya. namanya Hot Pinky. jelita kan kakak saya ni. gojess giteww nokss!

yg ni budak rumah sebelah. ape mat saleh kate neighbor? namanya oren. dia ada kembar tiga. lagi 2 kuntum nama
kuning dan merah. depa ni pon hot taw. bukan hot hot chicken shit ye. 

seronok berdialog dengan bunga ni. sejuk hati. sejak bila aku minat bunga ni? haha sejak mak aku dok gila tanam bunga kat rumah kot. lawa je tengok pokok bunga penuh kat depan rumah kan?

maka berakhirlah pengembaran kami ke Midvalley untuk hari ini. penat jugak ye. ok lah bye aku nak stat buat Projek XXX ngan Mok Cik and Husna. stay tuned bebeh!

Friday, June 24, 2011

baru seminggu along dah rindu anas :'(

peace yaww!



mulut muncung adalah trademark beliau

assalamualaikum. hari ni mood sedikit touching. bangun tido pagi tadi teringatkan adik bongsu aku, Anas. 'sihat' budak ni. dia la adik yg paling kamceng dengan aku. selalu jadi mangsa buli abang-abangnya. baik hati dan suka tolong orang. dia ni selalu basuh pinggan sendiri sebab katanya takut mak letih lepas balik sekolah kena basuh pinggan dia pulak. comel kan? rindu lah kat dak Anas ni..



ok dah. tulis lebih-lebih kang meleleh air mata pulak. enjoy your friday people!!

Thursday, June 23, 2011

entry tertangguh : di suatu petang sabtu yg meletihkan

assalamualaikum. syuh syuh main jauh-jauh haiwan ternakku. dh rupa zoo negara da blog aku nih. terabai dek kelekaan tuan tanah sendiri. maaf maf! banyak benda perlu disetelkan. maklumla sem baru dah start. first week ni hectic sikit. terkejar sana sini. salah masuk dewan kuliah la. pfftt

baiklah. meh sini nak citer. hari sabtu lepas (18 Jun 2011) aku, Pak Su Ali & family serta Kak Noor pegi jalan-jala ke Berjaya Times Square (BTS). well, tujuan sebenar pegi sana just nak hantar lappy Pak Su masuk wad sebab kena jirus ngan air oleh Tuah Iskandar and lepas tu hantar aku balik hostel. alang-alang dah sampai sana Mak Su pulak ajak jalan-jalan. lepas tu entah macam mana, Alyssa (anak sulung Pak Su) ternampak entrance Cosmoworld. terus tergedik-gedik nak masuk dalam tu. so Pak Su pun bawak la kitorang masuk theme park tu.


sebelum masuk tu Mak Su dah pesan awal-awal kat Alyssa, "jangan nakal-nakal kat dalam tu nanti sesat. dengar cakap kaklong (aku la tu)". tapi bila dah excited, langsung dia lupa pesan ibu dia tu. berlari sana sini sampai semput aku nak mengejarnya. Kak Noor yg dok control Tuah Iskandar pulak lagi kesian. leka kejap je tengok-tengok dah lesap. hadoi pening dengan budak-budak ni.







segerombolan kami menerjah BTS. teka mana satu maksu, paksu ngan kak noor.

kak noor ni tua 4 tahun dari aku. cuba kira berapa umur kitorang.
 sape taw jawapan sila emelkan kpd aku

aku dan si diva alyssa. budak nih cilok lipstik aku!

 
ini alyssa yg snap. lepas tu merengek-rengek dekat papanya minta belikan aiskrim.
tp aku suka gambar ni. kalerful!
maksu yg sporting ting ting. aku, maksu ngan kak noor mmg geng ting tong!


poor kakak. kaklong memang saja ambik gambar ni.


lesung pipit special edition. kau hado??

pheww. sikit je gambar aku tempek. blog aku ni buat-buat majok nak upload gambar pun susah. pehalnye entah. lepas menghabiskan tenaga kat Cosmoworld, paksu terus hantar aku balik IPBA. ouhh taknak cerita macam mana sem baru aku start sebab in overall semuanya horror. really pissed off.


eh ok la bye. esok aku ada kelas.








ohYESiFORGOTtoTELL : kawan aku suruh buat 30 Days Challenges tu. nak buat ke tak ye?

Tuesday, June 14, 2011

dear ♥

dear love MR. HUBBY ♥,
since you remind me to sleep earlier, so i will keep it short. i know you care about me. thanks a lot dear . i really appreciate it. it's already 1 year, 3 months and 3 days since we declared ourselves as a lover. you have been a great partner for me. always be with me through pain and gain. whenever i'm sad, you always there to console me. i like it beri beri mush!!
i know you dislike when people lying to you. i promised, with all my heart, there will be no secrets between us. believe in me, because i believe in you.
sincerely, 
your ♥ayg














ohYESiFORGOTtoTELL :: mind my grammar. i know it's sucks. and to MR.HUBBY, i know this might sound silly. but i love you and miss you so much ::

Wednesday, June 8, 2011

"maybe dia bukan jodoh saya kot. mungkin lepas ni saya akan jumpa yg lebih baik"

assalamualaikum and salam sejahtera uolss. pe cer cuti ni? mesti korang banyak jalan-jalan kan. aku banyak pegi kenduri je. sana sini kenduri. ramai yg amek kesempatan buat majlis perkahwinan masa cuti sekolah ni. sampaikan sehari ade 3,4 kenduri. awat la perut ni kecik sangat kalau tak boleh sumbat semua makanan yg ada kat kenduri tu. eheh. aktiviti feveret aku kalau pi kenduri kawen ialah pegi usha pelamin. hohoho. sekarang ni banyak design pelamin cantik-cantik kan.


intro aku takde kaitan langsung dengan tajuk entry. tajuk entry tu takde kena mengena dengan aku ye. ok back to business. memandangkan sekarang musim cuti, so most of kawan-kawan aku ni bercuti la. masa ni la kalau nak merayap pi rumah kawan-kawan lama lepak-lepak dan berkongsi cerita. 2,3 hari lepas aku pegi jalan-jalan rumah besties aku zaman sekolah rendah dulu. dia sekarang tengah tunggu result exam and kalau passed boleh pegi jordan. ouhh tercabar di situ ye.lupa nak itaw. dia ni budak maahad. pakai jubah bertudung litup. jubah dia semua lawa-lawa. jangan kata muslimah tak reti berfesyen. hafal al-Quran beb. aku? Surah Yasin ngan Al-Mulk tu je yg mampu. *dang*


tradisi bagi budak maahad ni, kalau ade orang yg berkenan kat girls yg study kat maahad, family lelaki akan terus pi jumpa family si perempuan, kira macam merisik la. kalau 2,2 pihak setuju so diorang kawen or bertunang dulu sementara tunggu bes belajar. baru-baru ni ada orang datang merisik kawan aku ni, and both family setuju utk kawenkan diorang ni sebelum kawan aku fly ke jordan. si lelaki tu dah ada kat jordan tengah sambung masters. so kalau kawan aku ni kawen sebelum fly kiranya family dia xrisau la sal laki dia leh jaga dia kat jordan tu.


ni lebih kepada arranged married la. kawan aku cakap lelaki tu anak ustazah yg mengajar dia dulu. dia tak kenal pun lelaki tu. jumpa pun tak pernah. dah family dia berkenan dia pun akur jela. taat gila dia ni. diorang ni kira macam bertunang la and tarikh kawin ditetapkan pada raya kedua (kalau aku tak silap la). persiapan serba sedikit dah siap tapi.....


perkahwinan tu tak dapat diteruskan. kensel weh! sebabnya kawan aku ni cakap si lelaki tu dah ada pilihan hati. perempuan arab la. tapi family dia taknak dia kawen dengan foreigners pasal tu la mak si lelaki tu dok kalut carikan calon menantu idaman hati.  tapi si lelaki tu lagi bijak. dia dah siap kawen ngan si kekasih hatinya. yela dia kan lelaki tak payah nak risau pasal wali ke ape ke kan kan. si lelaki tu hanya maklumkan kepada family dia yg perkahwinannya dengan kekasih hati dah selamat dilangsungkan selepas 2 minggu diorang kawen. of course la family si lelaki tu terkejut tapi dah takleh nak buat apa la kan. diorang pun dah selamat kawen.


kawan aku ni pulak macam heartbroken la. dah elok menganyam mimpi nak kawen lagi beberapa bulan tiba-tiba dapat taw tunang dia dah kawen ngan pompuan lain. sakit beb. injured teruk hatinya. nasib baik diorang plan nak buat kendri simple-simple je. kalau tak dah rugi teruk. dia gitaw aku persiapan kawen dah 60% siap.  tiba-tiba majlis kensel. sedih kan? dia agak terkilan la tapi ape boleh buat. takkan nak kawen dengan laki orang kan? bertabahlah wahai sahabat T___T


kawan aku tu redha je dengan apa yg dah jadi. "maybe dia bukan jodoh saya kot. mungkin lepas ni saya akan jumpa yg lebih baik". positif kan dia ni? insyaalah, awak akan jumpa jodoh yg lebih baik. amin. hope persahabatan kita berkekalan (:


ohYESiFORGOTtoTELL : nama dan gambarnya tak dapat disiarkan bagi menghormati permintaan kawan aku ni :D

Saturday, June 4, 2011

Cuti-cuti Malaysia di Demong Beach Resort, Pantai Bukit Keluang.

assalamualaikum..hamboi sejak-sejak balik kampung ni blog aku dianak-tirikan ye.maaflah kalau sape-sape yg datang blog aku ni tengok entry lama-lama je yg ade. entry baru langsung non-hado. ku susun sepuluh jari tangan gebu ini memeohon kemaafan..ceh ceh ceh..tenet gelong la kat rumah aku. dh nama pon dok kat kampung kan. relakan aje~

okey okey. tukar kepada mood riang ria. i'm now on vacation. 2 hari 1 malam je. pegi pon yg dekat-dekat je. mak bapak bizi + most resort full book cuti sekolah ni. family aku ngan family Mok Nie (mak sedara aku) pegi bercuti de Demong Beach Resort, Pantai Bukit Keluang, Besut..hohohoho tempat mainan aku zaman kecik-kecik. dah besar ni jarang datang sini. belagak konon woi..ngahahaha

pukul 12 tengahari semalam check-in, adik aku dah siap-siap nak pegi terjun kolam. pastu kezen aku pulak nak join. memandangkan aku yg paling besar so akula dipertanggungjawabkan mengawasi kanak-kanak riang tu mandi kolam. dah macam mak-mak je aku masa tu.haihh. dah penat mandi kolam balik bilik makan mee kari. sedap Mok Nie aku masak. udang banyak woooo.. terus menggaru-garu lepas tu..tsk tsk tsk.. nasib baik bawak krim alegik.


budak yg terjun kolam awal-awal lagi

lepas terjun kolam serang pantai pulak

anak bujang for sale. 1 singgit. adik aku ni. xde ghupa aku pon kan

ini bukan skandal. adik aku amir ngan kezen aku syamimi

dear baby akasyah. eh eh ni bukan adik aku. ni kezen aku. mak aku dah pencen beranak. 

tanam dia..aktiviti wajib setiap kali pegi pantai.

comel kan? muka terpaksa kena timbus.


bondaku tersayang..1st time kot aku letak gambar mak kat blog

ok tu aje. mak aku dah sound suruh kemas-kemas nak check out nanti. banyak lagi gambar sebenarnya. nanti la kalau rajin aku update balik. babai semua.balik nanti nak pegi kenduri kawen..yipppi yaaayyyyaaa~!!!