tabung kelas teacher bella

Saturday, May 21, 2011

sesi merungut mengkomplen mengeluh meyumpah dan mencarut (dalam hati je)




assalamualaikum..ceh ceh konon-konon niat sebelum exam aritu taknak update blog sampai exam habis. masa tu kemain tekad " biar la blog aku bersawang beranai-anai pun janji aku focus on study and jawab exam leklok". tapi tengok update jugak. janji tinggal janji. tengok-tengok update jugak. dasar xsedar diri tengah exam week.

oh ya. aku nak cerita. ceh ceh macam ajak gosip je. gasak la. tadi aku ade jamuan. eh salah kami ada jamuan. kami tu refer tu kelas aku and two other classes. jamuan ni anjuran lecturer GERKO  yg gojes and hensem, Sensei Tai and Dr. Ghazali pujaan ramai. Dr. Ghazali ni penah jadi pengacara talkshow kat TV1 (until now). rancangan hape ntah aku pon tak ingat. dahla muka ala-ala lelaki melayu terakhir (menurut kawan aku la). well kalau dah nama jamuan ofcourse la yg terbayang di otak genius kita ialah event yg meriah dan penuh gelak ketawa. hak tuihh dia. as for me, jamuan tadi was a disaster (kalau ade IPBARIAN yg baca ni maafla. this is just  my humble mumble opinion)

sumpah aku tak enjoy jamuan tadi. daripada tiga kelas tu, dalam separuh je yg datang. budak laki pulak dahla spesis terlindung, yg datang pon tak habis bilanh dengan jari tangan. dengan miscommunication lagi dan masalah-masalah lain yg buat mood enjoy hilang terus. makanan pulak tak cukup. oh terbaiknya. sapa la yg lahap sangat ambik makanan banyak-banyak sampai tak ingat orang belakang. agak-agak ar derr.. wa pon bayar jugak! bengang weh bila sampai turn aku amek makanan salad dah habis, sosej tinggal lagi 2 ketul. sudahnya aku makan kek, buah ngan jagung je tadi.

lepas tu, aku, MOK CIK and HUSNA  membawa diri pegi makan kat tangga depan DKB. sikit pun tak ambik port ape yg jadi kat Triangle Court tu. lepas makan dan bergosipan kami blah menaiki kereta budak botak. dan dalam kereta budak botak pulak meluahkan ketidak puasan hatinya.

melengkapkan pakej malam yg penuh durjana ni, turun-turun keta aku perasan henset aku takde lam poket seluar. OH DAMN!! berlari MR.HUBBY ngan aku naik atas balik pegi cari. cari-cari tak jumpa. mula la rasa na nangis nak meraung. then dapat call kata ada orang jumpa henset tu kat depan blok 6. maknenye henset tu jatuh masa aku turun keta la.DAMN berganda. buat semput je lari naik balik. kesian gila kat MR. HUBBY. tak pasal-pasal dye pon semput tadi.

balik bilik dengan mengahnya terus terjah pintu bilik dan nampak henset ade atas katil. phew lega. terus tukar baju dan masuk bilik mandi dan nangis. yes aku nangis. tak tahu kenapa tapi rasa nak nangis (tak payah nak ejek aku lepas ni). then YM ngn MR.HUBBY. seperti biasa YM adalah tempat meluahkan segala rasa.


penah dengar perkataan "KERJASAMA" tak? well kerjasama ni penting to make sure everything run smoothly. wonderpets pun ajar kita suruh bekerjasama kan?

eh bye. aku nak tido. nite malaysia. sebelum tu, terimalah tarian meronggeng daripada KUMPULAN ONIGIRI 567











ohYESiFORGOTtoTELL : blog aku tengah berserabut and under construction. takde masa nak mekapkan beliau. tunggu lepas exam nanti aku mekap lawa-lawa kalah Ratu Pondan (mampu ke?)

0 students asking questions:

Post a Comment

pecah kaca pecah cermin, dah baca rajin-rajin ler komen :)