tabung kelas teacher bella

Tuesday, May 31, 2011

konsert suju-m sempena hari belia negara

miss mc, serena


kyuhyun oppa & zhou mi oppa...kyuhyun tomeiii


ouhh malam tu baru aku perasan yg henry pon comeiiiiiiiii


kyuhyun oppa again..sweet sangat bila dia try cakap malay


eunhyuk :D dancing dye memang stail habes wa cakap lu



henry again


maapla ye...aku ni minat mamat jambu kyuhyun ni..so gambar dye aku taruk banyak-banyak sikit la



teruja?? aku lagi teruja..sampai lupa nak bagi salam..assalamualaikum semua..lame kan tak update..bajet bizi la konon..ptuiiiiii..aku tak sihat sekarang ni..tengah selsema..hidung merah dah macam badut..selera makan langsung non hado...slim la aku tak lama lagi..hahahaha berangan  nak slim konon.


ok aku sure ramai lagi remaja cam aku kat luar sana yg pegi konsert Suju-M haritu kan??dah namenye pun free memang rugi la tak pegi..aku pon pegi..ngahahahaha.nukan takat belia yg pegi konsert tu, mak bapak belia pon ramai weh..ade yg siap bawak baby kecik lagi ha...ramainya masya-Allah tak boleh nak cakap..pakat dok berebut nak dok depan.


thanks to kezen ku kak noor yg sudi bawakkan aku pegi konsert tu walaupun dia penat & tak minat Suju (ceh ceh ayat bodek). Faten Ermala & Nadia Shahida bestfren dari sekolah dulu sampai sekarang, best kan gi konsert..len kali jom pegi lagi taw (:..pegi konsert ni dapat kawan baru..kalau tak silap nama budak tu Tasha. dia yg ajak aku dok sebelah dia pasal masa tu Faten Ermala & Nadia Shahida xsampai lagi..comel budaknya baru form 4 kalau tak silap..


sehari lepas konsert, aku demam selsema..bravo bella bravo..manja ngat aihh badan aku ni..memang nak bagi aku rest sepenuhnya la cuti ni..tsk tsk..

ok lah babai. nak mendownload pulak.





Saturday, May 28, 2011

Konvoi Hari Belia Negara 2011

assalamualaikum...haihh lame bebeno tak hupdate..bizi la kononnya...takpe takpe ni dah hupdate kan..sabo sabo aku nak cerita menda best ni..

semalam (27 Mei 2011), aku ngan kezen aku KAK NOOR join Konvoi 4WD sempena Hari Belia Negara ni ha...kami dapat jemputan office-mate KAK NOOR, namanya ABG.LIZAM. penganjur konvoi ni adik ipar dia so dia ajak kitorang join sama. so semalam aku, KAK NOOR, KAK SARA, KAK FAZ and ABG.LIZAM (depa semua ni office-mate KAK NOOR) menempek la sekali dalam 4WD milik ABG. AKASYAH (adik ipar ABG.LIZAM).

konvoi ni dari Dataran Merdeka ke Putrajaya. pukul 7 kami dah kena bertolak dari Putrajaya. KAK AYANG (adik ABG.LIZAM) dah menunggu kitorang kat tapak 4WD sebelah Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS). then kitorang bertolak ke Dataran Merdeka. KAK AYANG bapak otai..memang hardcore lah dia ni..semua 4WD diabedal je bawak. masa otw pegi Dataran Merdeka kitorang dok gelakkan dua beradik tu la. kemain dok mengutuk sesama sendiri.



ada dalam 160 biji kenderaan 4WD yg dok konvoi semalam


hilux hitam ni yg kitorang naik. kak ayang yg drive. sempoii aje

kak noor, aku, kak faz, kak sara.. all not available.

kak ayang cakap : korang ni for display je ==,

next time nak join lg!!!

abg lizam bajet macam ade 4 bini..hohehohe



KAK AYANG memang stail habis la..bawak 4WD sambil lambai-lambai. sembang-sembang ngan kami.penat dok gelakkan dia je semalam. patutla dia aktif dengan sukan lasak ni. husband dia tu presiden kelad  Redah 4WD negeri Selangor. memang otai habis la dia tu. selamba badak je bawak hilux tu naik bukit. aku pulak yg terjerit-jerit sebab takut menda tu terbalik. tak sempat nak bergambar ngan dia pasai dia dok kalut uruskan makanan semalam. .


kitorang sampai putrajaya balik dalam pukul 12 malam. lepak-lepak kejap sambil makan sate ayam kat depan menara KBS tu. then ABG. LIZAM hantar kami balik rumah.


the end. ok lets say babai sebab aku penat. malam ni nak pegi tengok Super Junior horay horay..sebelum tu terimalah gambar budak annoying yg semakin menggebu. hohoho..




MR.HUBBY, thanks for the blouse :D

Saturday, May 21, 2011

sesi merungut mengkomplen mengeluh meyumpah dan mencarut (dalam hati je)




assalamualaikum..ceh ceh konon-konon niat sebelum exam aritu taknak update blog sampai exam habis. masa tu kemain tekad " biar la blog aku bersawang beranai-anai pun janji aku focus on study and jawab exam leklok". tapi tengok update jugak. janji tinggal janji. tengok-tengok update jugak. dasar xsedar diri tengah exam week.

oh ya. aku nak cerita. ceh ceh macam ajak gosip je. gasak la. tadi aku ade jamuan. eh salah kami ada jamuan. kami tu refer tu kelas aku and two other classes. jamuan ni anjuran lecturer GERKO  yg gojes and hensem, Sensei Tai and Dr. Ghazali pujaan ramai. Dr. Ghazali ni penah jadi pengacara talkshow kat TV1 (until now). rancangan hape ntah aku pon tak ingat. dahla muka ala-ala lelaki melayu terakhir (menurut kawan aku la). well kalau dah nama jamuan ofcourse la yg terbayang di otak genius kita ialah event yg meriah dan penuh gelak ketawa. hak tuihh dia. as for me, jamuan tadi was a disaster (kalau ade IPBARIAN yg baca ni maafla. this is just  my humble mumble opinion)

sumpah aku tak enjoy jamuan tadi. daripada tiga kelas tu, dalam separuh je yg datang. budak laki pulak dahla spesis terlindung, yg datang pon tak habis bilanh dengan jari tangan. dengan miscommunication lagi dan masalah-masalah lain yg buat mood enjoy hilang terus. makanan pulak tak cukup. oh terbaiknya. sapa la yg lahap sangat ambik makanan banyak-banyak sampai tak ingat orang belakang. agak-agak ar derr.. wa pon bayar jugak! bengang weh bila sampai turn aku amek makanan salad dah habis, sosej tinggal lagi 2 ketul. sudahnya aku makan kek, buah ngan jagung je tadi.

lepas tu, aku, MOK CIK and HUSNA  membawa diri pegi makan kat tangga depan DKB. sikit pun tak ambik port ape yg jadi kat Triangle Court tu. lepas makan dan bergosipan kami blah menaiki kereta budak botak. dan dalam kereta budak botak pulak meluahkan ketidak puasan hatinya.

melengkapkan pakej malam yg penuh durjana ni, turun-turun keta aku perasan henset aku takde lam poket seluar. OH DAMN!! berlari MR.HUBBY ngan aku naik atas balik pegi cari. cari-cari tak jumpa. mula la rasa na nangis nak meraung. then dapat call kata ada orang jumpa henset tu kat depan blok 6. maknenye henset tu jatuh masa aku turun keta la.DAMN berganda. buat semput je lari naik balik. kesian gila kat MR. HUBBY. tak pasal-pasal dye pon semput tadi.

balik bilik dengan mengahnya terus terjah pintu bilik dan nampak henset ade atas katil. phew lega. terus tukar baju dan masuk bilik mandi dan nangis. yes aku nangis. tak tahu kenapa tapi rasa nak nangis (tak payah nak ejek aku lepas ni). then YM ngn MR.HUBBY. seperti biasa YM adalah tempat meluahkan segala rasa.


penah dengar perkataan "KERJASAMA" tak? well kerjasama ni penting to make sure everything run smoothly. wonderpets pun ajar kita suruh bekerjasama kan?

eh bye. aku nak tido. nite malaysia. sebelum tu, terimalah tarian meronggeng daripada KUMPULAN ONIGIRI 567











ohYESiFORGOTtoTELL : blog aku tengah berserabut and under construction. takde masa nak mekapkan beliau. tunggu lepas exam nanti aku mekap lawa-lawa kalah Ratu Pondan (mampu ke?)

Thursday, May 19, 2011

falsampah pendidikan..kita jumpa lagi sem depan ye!




(oh aku sangat suka tiga beradik di atas)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..ha jawab kalau taknak kena laknat..ouh huh ho he simptom kemerengan semakin manguasai diri..ape kena ngan aku entah ni..nu semua salah Philosophy and Malaysia Education..semua salah kau..tsk tsk sobs sobs 


Anda semua pending? tak faham kenapa aku meroyan persis ibu kucing hilang laki?? bawak bertenang ye semua..teacher bella masih dalam mood trauma jawab exam Philosophy tadi. susah nak mampos kau!! nasib baik aku tak study hard. kalau study hard pon nanti tak bpleh jawab jugak kan kan kan (ayat nak sedapkan hati sendiri yg xpenah siyes study)..1 hall keluar mengeluh sakan..dan status berbaur "Marilah kita repeat Philosophy berjemaah sem depan" mencanak-canak keluar kat facebook dan juga twitter...ohh ohh apekah?? 


ahh...let by gone be by gone..taakguna fikir pasal paper yg dah lepas..ada lagi 3 paper yg aku nak pulun ni..babai Philosophy..kau ingat kau boleh buat aku down la????? never la weiiii (padahal tensen kemain lepas keluar hall tadi..siap paksa MR.HUBBY ajak makan aiskrim..ohh!)..aku majok ngan ang Philosophy..aku benci ang..benci benci benci nyahh!!

sekarang, aku rasa nak menari poco-poco..ayuhhh join bersama kawan-kawan di bawah :

 (mendalah ni namanya onigiri hokeyyy..need more explaination?? picit SINI) agak-agak depa semua ni boleh beat MAX 247 tak??? hoheohohe (gelak setan)




babai...aku nak buat macam ni pulak (simbah asid rainbow dekat orang yg buat soalan Philosophy tadi..grrr)

Wednesday, May 18, 2011

apesal makin dekat nak exam aku makin banyak main?

assalamualaikum..bukan takat bersawang dah banyak menatang buat habitat kat blog aku ni..maaf maaf maaf.....



sesungguhnya ini disengajakan oleh aku yang tidak bertanggungjawab...konon nak focus study sebab nak exam...ptuih ptuihh main adela..esok (19 mei) first paper dah start...ofkos la aku dah 150% ready nak jawab exam  <--------jangan tiru aksi beliau~~





aku memang suka exam ni sebb nanti tak payah pegi kelas..pagi-pagi boleh bangun lewat...tak payah mngadap cermin nak betulkan tudung....tak perlu menyakitkan hati tengok muka annoying lecture yg macam nak tak nak je mengajar......ouhh bahagia taw tak????




itu sebab aku suka exam....cam bongok je aku suka exam kan??? sekarang saat yg ditunggu-tunggu..kenapa aku 100X xsuka exam lebih dari aku suka exam..... first, terima kasih kepada exam kerana telah membuat aku dengan tidak rela hatinya melepaskan peluang berjimba d A famosa Resort fully sponsored by Perbadanan Putrajaya.... arghh nak nanges nak nanges laju-laju...


second, sebab kau exam aku kena hadap buku lama-lama (ini sangat jarang berlaku kepada diriku) dan meninggalkan segala macam cerita korea n variety show yang dok beratur lam laptop aku tuh..sabar ye 25 mei ni kita tengok sampai pengsan ok....and lastly, SEBAB KAU LAH EXAM AKU XLEH STALK PAGE  24:7 NGAN GULA-GULA LAMA-LAMA!!!!!!!!  URGHHHH meroyan meroyan...



konklusinya, exam membawa kemudaratan kepada perkembangan emosi dan mental remaja hyperaktif macam aku ni.... (dan dan je letak emoticon sakit..apekess??)

till then,   






<========== aku yg eksaited sebab dah siap 1 esei...wallaweiii......wish me all the best guys..